Soffi Jikan bakal muncul dengan filem terbaru "Keajaiban Kembali"

Pelakon, pengarah dan penerbit, Soffi Jikan bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Keajaiban Kembali" (Ajib Kembali) yang diterbitkan oleh syarikat miliknya Iman Film.


Soffi Jikan bakal muncul dengan filem terbaru "Keajaiban Kembali"

Menurut pelakon "KL Gangster" ini, filem terbaru terbitannya itu akan menampilkan pelakon hebat seperti Saiful Apek, Khir Rahman dan Fauziah Nawi.

"Filem itu lambat siap kerana saya terpaksa kumpul bajet sendiri. Apabila siap nanti, ia akan ditayangkan terlebih dulu di pusat pengajian tinggi sebelum dibawa ke panggung wayang," katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun ini yang satu ketika pernah mengeluarkan kenyataan yang dia sudah muak dengan industri filem tempatan berikutan tiada sebarang perubahan sepanjang 20 tahun pembabitannya dalam industri seni kini lebih lebih selektif memilih naskhah.

Soffi menjelaskan sekirannya dia ingin berlakon, dia hanya akan berbuat demikian menerusi filem terbitan produksinya sahaja.

Tetapi dia tidak akan menolak untuk berlakon dengan produksi luar sekiranya naskhah tersebut betul-betul bagus.

Tambah Soffi lagi, walaupun dia sudah lagi tidak berlakon sejak kebelakangan ini, namun dia masih lagi ada beberapa buah filem yang masih menunggu tarikh tayangan.

Sementara itu, Soffi kini lebih memberi fokus kepada bidang nyanyian yang menjadi minat utamanya dengan membuat persembahan di kawasan luar bandar.

Selain itu, dia juga aktif dengan melakukan kerja-kerja amal.-cinema

“Happy Anniversary Sayangku, Ini Sahaja Yang Mampu”

Kejutan bersama hadiah ulang tahun untuk isteri daripada suami contohnya, mampu mempereratkan lagi hubungan dan menjadikan kehidupan rumah tangga lebih bahagia.

“Happy Anniversary Sayangku, Ini Sahaja Yang Mampu”


Beberapa keping gambar yang dikongsikan di Facebook ini, menunjukkan bagaimana seorang suami memberikan kejutan buat isteri tersayang.

“Happy anniversary Sayangku Norazlina, ini sahaja yang mampu,” tulis seorang suami pada bekas polisterin makanan sebelum diberikan kepada isterinya.


“Happy Anniversary Sayangku, Ini Sahaja Yang Mampu”

Apbila si isteri membuka polisterin tersebut terdapat beberapa ulas durian di dalamnya.

Namun siapa sangka, di sebalik isi-isi durian tersebut terselit sebutir loket emas tanda kasih sayang, cinta dan pengorbanan yang dilakukan.

“Happy Anniversary Sayangku, Ini Sahaja Yang Mampu”

Baru lapan jam dimuat naik, foto-foto berkenaan menerima 10 ribu likes, lebih 2 ribu perkongsian dan 724 komen daripada pelayar laman sosial.

Rata-rata yang mengutarakan komen adalah dari kalangan wanita terutama para isteri yang mengakui cemburu terhadap Norazlina dan berharap suami mereka memperlakukan perkara sama.

Antara komen tersebut adalah, ” Kempunan durian pun belum dapat apatah lagi emas. Untung akak,” tulis Rasyidawati Waty.

“Masa kita pun hampir tiba Shahril Ketam. Ambil ni sebagai idea.. hahahaha,” komen Hasliza Ahmad Shah pula, sambil men-tag akaun Facebook suaminya. – MYNEWSHUb

Keluarga Kardashian Ditawarkan RM400 Juta Berlakon Filem

Keluarga bintang realiti Kim Kardashian ditawarkan USD$100 juta (RM400 juta) untuk berlakon dalam filem yang mengangkat kisah sebenar mereka.


Keluarga Kardashian Ditawarkan RM400 Juta Berlakon Filem

Mirror melaporkan tawaran itu dibuat oleh seorang penerbit filem terkenal Hollywood dan perkara itu didedahkan oleh penulis Ian Halperin yang juga penulis biografi keluarga Kardashian.

"Seorang penerbit Hollywood terkenal memberitahu saya yang dia berminat untuk menghasilkan sebuah filem tentang Kardashian malah membuat tawaran lumayan kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, Ian berkata, jika mereka bersetuju Kardashian bakal menjadi bintang realiti TV pertama yang dibayar lumayan untuk berlakon dalam sebuah filem.

Sumber pula memberitahu keluarga Kardashian menunjukkan minat terhadap tawaran berkenaan dan menganggap ia peluang besar untuk melebarkan sayap ke Hollywood.

Kardashian terdiri daripada Kris Jenner, Kourtney Kardashian, Kim Kardashian, Khloe Kardashian, Kendall Jenner, Kylie Jenner, Rob Kardashian and Caitlyn Jenner kini mempunyai program realiti mereka sendiri iaitu Keeping Up With The Kardashian.-mstar

DJ Lin Bakal Keluarkan Produk Jenama Sendiri

Penyampai radio Suria FM, DJ Lin tidak mahu melepaskan peluang ketika namanya semakin mendapat perhatian untuk melibatkan diri secara serius dalam lapangan perniagaan selepas ini.


DJ Lin Bakal Keluarkan Produk Jenama Sendiri

Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 40, berkata, biarpun kerjaya seninya semakin berkembang selepas memenangi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH29), dia tetap merancang untuk mengeluarkan produk sendiri seperti pakaian dan wangian.

"Sebetulnya saya sudah terlibat dalam lapangan perniagaan secara tidak langsung kira-kira dua tahun lalu berikutan sering diberi peluang untuk menyertai karnival jualan di seluruh Malaysia.

"Perasaan untuk lebih serius berniaga timbul setelah melihat jumlah followers saya semakin meningkat di  Instagram apalagi setelah diumumkan sebagai pemenang di ABPBH29 yang lalu,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, keputusan untuk mengeluarkan jenama pakaian dan wangian itu  didorong oleh minatnya  dalam bidang fesyen dan kecantikan, selain segmen 'Suria Cinta' kendaliannya  cukup sinonim untuk dikaitkan dengan produk wangian.


DJ Lin Bakal Keluarkan Produk Jenama Sendiri

Dalam perkembangan kerjaya seni pula kata DJ Lin, tahun 2016 sekali lagi menjadi tahun rezeki buatnya setelah 10 tahun mengendalikan program 'Suria Cinta'.

"Alhamdulillah, selain dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Program Suria FM pada tahun ini, saya turut diumumkan sebagai Penyampai Radio Popular ABPBH29 sekali gus telah membuka pintu rezeki apabila diberikan pelbagai tawaran untuk pengacaraan majlis,” katanya.

Ujar Lin, bermula Ramadan sehinggalah menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti, jadual seninya begitu padat kerana dia menerima undangan mengacara majlis untuk program berbuka puasa.

Selain itu, dia turut dilantik sebagai Rakan Selebriti CUCKOO (produk minuman kesihatan) di mana  bersempena kemenangannya di ABPBH29 baru-baru ini, pengeluar produk itu  telah menganjurkan sebuah majlis minum petang bersama 50 peminat bertuah.

Ditanya perancangan terdekat, dia berhasrat untuk mengadakan jamuan sebagai tanda terima kasihnya kepada peminat di mana dia sendiri akan memasak beberapa juadah istiemewa orang Johor seperti soto, sambal tumis telur dan sotong kering, laksa johor, nasi minyak dan ayam masak merah.

Perkembangan lanjut mengenai majlis itu akan dikongsikan di akaun Twitter, Instagram dan juga fan page Facebook miliknya.-mstar

Jun Juara Ceria Popstar 2016, Bawa Pulang Hadiah RM23,000

Peserta dari Tawau, Sabah iaitu Siti Junaidah Bekri muncul sebagai juara program Ceria Popstar 2016 yang diadakan di Studio Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Jumaat.


Jun Juara Ceria Popstar 2016, Bawa Pulang Hadiah RM23,000

Dengan kemenangan itu Siti Junaidah atau Jun menerima hadiah wang kemenangan sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Jun turut menerima Anugerah Bintang Genius tajaan Qu Puteh IQ Genius dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi.

Pada malam kemuncak itu, Jun menyampaikan dua buah lagu iaitu Sesal Separuh Nyawa dan Bahtera Merdeka pada pusingan battle.


Jun Juara Ceria Popstar 2016, Bawa Pulang Hadiah RM23,000

Tempat kedua pula milik Muhammad Shahrezza Abu Samah atau Rezza dari Sarawak yang menyampaikan lagu Dealova dan Mewangi.

Rezza membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi.

Tempat ketiga dan keempat pula milik  Muhammad Aniq Iffat Ruzaimi dan Hazmil Hassan.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Kesemua hadiah adalah sumbangan Astro.

Pada peringkat akhir itu, kesemua peserta perlu menyampaikan dua buah yang turut menyaksikan mereka membuat persembahan pada pusingan battle bagi menentukan juara.

Lagu pada pusingan penentuan itu dipilih oleh barisan juri.

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Awie bertindak selaku juri tetap manakala Zizan Razak sebagai juri jemputan.


Jun Juara Ceria Popstar 2016, Bawa Pulang Hadiah RM23,000

Pemarkahan pusingan pertama menggunakan format penjurian profesional sebanyak 50 peratus manakala selebihnya adalah undian peminat.

Manakala menerusi pusingan battle adalah menerusi penjurian sepenuhnya oleh juri profesional.

Konsert kemuncak Ceria Popstar 2016 turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan Wings, Hazama dan Hafiz Suip.

Siaran langsung itu turut disiarkan menerusi Astro Ceria (611), Astro Maya HD (135) dan Astro Prima (105) pada pukul 9 malam.

Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad manakala Datuk Aznil Nawawi bertindak sebagai penaung program itu.-mstar

Suntik Botox, Aznil Belanja RM4,000 Sebulan Untuk Cantik

Selalu juga melihat pengacara serba boleh Aznil Nawawi yang seringkali kelihatan muda ketika muncul di kaca televisyen. Mendedahkan dirinya tidak menggunakan botox, Aznil rupanya-rupanya mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan keremajaan wajah.


Suntik Botox, Aznil Belanja RM4,000 Sebulan Untuk Cantik

“Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi. Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira”


“Saya akui membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah RM4,000 sebulan,” jelasnya kepada mStar Online.

Terjawab juga bagaimana Aznil mampu menjaga kecantikan wajah. Boleh tahan juga perbelanjaan bulanan yang dikeluarkan oleh Aznil ya. Kini Aznil juga keluar dengan produk sendiri yang sesuai digunakan untuk lelaki mahupun wanita.-rotikaya

Punca Ayda Jebat Diragut Oleh Dua Lelaki Tak Dikenali

Malang tidak berbau apabila semalam penyanyi Pencuri Hati, Ayda Jebat telah diragut oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali ketika beliau sedang berada disebuah kafe yang terletak di Wangsa Melawati. Kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 12 tengah malam semalam, dimana Ayda baru sahaja sampai ke kafe berkenaan.


Punca Ayda Jebat Diragut Oleh Dua Lelaki Tak Dikenali

“Saya baru sahaja duduk dan mahu memesan minuman. Selepas saya membuka beg dan mengambil telefon bimbit, tiba-tiba datang dua orang lelaki ke meja saya dan melarikan beg tangan saya. Dalam beg tersebut terdapat wang tunai, kunci kereta, dompet dan benda-benda penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank”


“Malangnya, tiada kamera litar tertutup di kawasan kafe tersebut untuk mengenalpasti dua individu yang tidak bertanggungjawab itu dan selepas itu saya terus segera membuat laporan polis. Atas nasihat pihak polis, saya tidak boleh mendedahkan kos kerugian yang saya alami. Tetapi apa yang saya tahu, perkara ini sedang aktif berleluasa”

“Ini kerana malam tadi sahaja, terdapat lebih tiga kes ragut yang berlaku di kawasan yang sama. Namun begitu, saya tak rasa trauma, tapi saya berasa terkejut kerana saya diragut ditempat terbuka seperti di sebuah kafe dan tempat itu kelihatan selamat kerana pada ketika itu masih ramai orang lagi di sana,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Ayda yang telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati turut menasihati kaum wanita diluar sana supaya lebih berhati-hati serta peka dengan keadaan sekeliling agar kejadian yang tidak diingini seperti ini belaku. Malah katanya, keadaan mungkin nampak selamat tetapi jenayah boleh berlaku dimana-mana sahaja.-rotikaya

Bertunang Dalam Diam Tidak Beri Tekanan Kepada Amyra Rosli

Pelakon Amyra Rosli memberitahu tidak tertekan apabila beberapa kali terpaksa berhadapan dengan khabar angin tentang pertunangannya dengan aktor Amar Baharin.


Bertunang Dalam Diam Tidak Beri Tekanan Kepada Amyra Rosli

Nur Amira Izzati Rosli, 25,berkata, biarpun perkara tersebut tidak benar, namun dia menganggap ia sebagai khabar angin yang baik dan doa daripada orang ramai.

"Saya tidak rimas atau tertekan dengan gosip tersebut biarpun sudah beberapa kali keluar benda yang sama. Ianya terpulan kepada peminat yang ingin percaya kami atau khabar angin itu.

"Lagi pula pada saya ia bukan berita buruk, seperti saya merampas hak orang lain. Ia cuma tidak betul sahaja dan belum lagi berlaku," ujarnya kepada mStar Online.

Amyra berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin terbaharu kononnya dia sudah bertunang dengan Ammar Baharin dalam diam dan dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada masa terdekat.

Bertunang Dalam Diam Tidak Beri Tekanan Kepada Amyra Rosli

Jelasnya, jika benar perkara tersebut berlaku, dia sendiri akan mengumumkannya dan berkongsi perkara gembira berkenaan kepada umum.

"Kenapa kita nak sorok perkara itu, jika benar kami bertunang kami akan kongsi dengan semua. Namun, setakat ini belum ada perancangan ke arah itu lagi.

"Kami masing-masing sibuk dengan kerja sehingga hujung tahun," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang tindakannya enggan berterus terang tentang hubungan cintanya dengan pelakon itu, Amyra berkata, mereka dalam proses berkawan.

Dia juga lebih selesa berkawan dengan pemuda itu berbanding digelar sebagai pasangan kekasih.

"Bukan tidak mahu mengaku sebaliknya saya tidak mahu hubungan kami renggang jika jodoh tidak kesampaian.

"Saya mahu hubungan persahabatan terus kekal sampai bila-bila meskipun jika ditakdirkan kami berkahwin dengan orang lain," ujarnya.-mstar

Inilah Tugas Pertama Mourinho di United

Jose Mourinho perlu mengembalikan semula identiti Manchester United sebaik sahaja beliau dilantik sebagai pengurus Red Devils, menurut Cristiano Ronaldo.


Inilah Tugas Pertama Mourinho di United

Penyerang Real Madrid itu pantas memuji Mourinho yang sedang memuktamadkan kontrak dengan United untuk mengisi jawatan yang ditinggalkan Louis van Gaal di Old Trafford.

Ronaldo pernah bekerjasama dengan Mourinho semasa di Santiago Bernabeu.

Pemain kelahiran Portugal itu berhijrah ke Madrid dari United dengan nilai perpindahan sebanyak 80 juta pound pada 2009.

Beliau menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan dan dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia selepas membantu United menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti untuk merangkul trofi ketiga Liga Juara-Juara pada 2008.

Ronaldo merasakan tugas pertama Mourinho di Old Trafford adalah menggembalikan corak kemenangan dan mencari semula identiti mereka yang hilang sejak Sir Alex Ferguson bersara sebagai pengurus pada 2013.

"Dia sudah tandatangan kontrak, betul tak? Saya fikir ia bagus jika itu yang difikirkan United.

"Saya harap United kembali seperti dulu kerana mereka sebuah kelab yang hebat tetapi pada tahun lalu mereka hilang identiti.

"Dan ia amat menyakitkan apabila melihat United seperti itu kerana kelab tersebut sentiasa berada di dalam hati saya. Saya harap Mourinho dapat mengembalikan semula identiti kelab itu," katanya.-mstar

Punca Jue Aziz Keguguran

Pelakon Jue Aziz telah mengalami keguguran pada tiga bulan lalu ketika usia kandungan yang masih baru. Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 33, berkata, dia menyedari keguguran tersebut selepas diberitahu oleh seorang tukang urut yang bertanya tentang kandungannya.


Punca Jue Aziz Keguguran

"Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak.

"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya," ujar Jue kepada mStar Online.


Pelakon Jue Aziz telah mengalami keguguran pada tiga bulan lalu ketika usia kandungan yang masih baru.

Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 33, berkata, dia menyedari keguguran tersebut selepas diberitahu oleh seorang tukang urut yang bertanya tentang kandungannya.

"Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak.

"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya," ujar Jue kepada mStar Online.

Jue berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Royal Glow, yang diadakan Restoran Talent Lounge, di sini, Rabu.

Pelakon itu berkahwin dengan pemuzik Indonesia Bayu Pramana Putra Achmal pada 9 Mac 2014.

Pasangan ini mengambil seorang anak angkat iaitu Dawrish Naufal yang kini berusia 4 tahun.

Sementara itu, Jue mengakui dia berasa sedih dan tertekan setalah menerima berita tersebut kerana terlalu mengharap untuk mendapat cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangganya.

"Sudah tentu saya rasa sangat sedih bila dapat tahu saya sudah keguguran tapi nak buat macam mana terpaksa reda kerana ia adalah ujian daripada Allah.

"Saya akan terus berusaha untuk itu dan saya harap dapat mengandung sekali lagi dalam masa terdekat. Saya juga elakkan diri daripada rasa tertekan dan terlalu aktif," ujarnya.-mstar