Jun Juara Ceria Popstar 2016, Bawa Pulang Hadiah RM23,000


Peserta dari Tawau, Sabah iaitu Siti Junaidah Bekri muncul sebagai juara program Ceria Popstar 2016 yang diadakan di Studio Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Jumaat.


Jun Juara Ceria Popstar 2016, Bawa Pulang Hadiah RM23,000

Dengan kemenangan itu Siti Junaidah atau Jun menerima hadiah wang kemenangan sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Jun turut menerima Anugerah Bintang Genius tajaan Qu Puteh IQ Genius dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi.

Pada malam kemuncak itu, Jun menyampaikan dua buah lagu iaitu Sesal Separuh Nyawa dan Bahtera Merdeka pada pusingan battle.


Jun Juara Ceria Popstar 2016, Bawa Pulang Hadiah RM23,000

Tempat kedua pula milik Muhammad Shahrezza Abu Samah atau Rezza dari Sarawak yang menyampaikan lagu Dealova dan Mewangi.

Rezza membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi.

Tempat ketiga dan keempat pula milik  Muhammad Aniq Iffat Ruzaimi dan Hazmil Hassan.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Kesemua hadiah adalah sumbangan Astro.

Pada peringkat akhir itu, kesemua peserta perlu menyampaikan dua buah yang turut menyaksikan mereka membuat persembahan pada pusingan battle bagi menentukan juara.

Lagu pada pusingan penentuan itu dipilih oleh barisan juri.

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Awie bertindak selaku juri tetap manakala Zizan Razak sebagai juri jemputan.


Jun Juara Ceria Popstar 2016, Bawa Pulang Hadiah RM23,000

Pemarkahan pusingan pertama menggunakan format penjurian profesional sebanyak 50 peratus manakala selebihnya adalah undian peminat.

Manakala menerusi pusingan battle adalah menerusi penjurian sepenuhnya oleh juri profesional.

Konsert kemuncak Ceria Popstar 2016 turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan Wings, Hazama dan Hafiz Suip.

Siaran langsung itu turut disiarkan menerusi Astro Ceria (611), Astro Maya HD (135) dan Astro Prima (105) pada pukul 9 malam.

Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad manakala Datuk Aznil Nawawi bertindak sebagai penaung program itu.-mstar

Filled Under: