Yaya Toure Terlepas Hukuman Larangan Memandu

Bintang Manchester City, Yaya Toure terlepas daripada hukuman larangan memandu selepas mahkamah majistret hanya mengenakan denda di atas pertuduhan memandu melebihi had laju di lebuh raya. Beliau mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. 


Yaya Toure Terlepas Hukuman Larangan Memandu

Toure bagaimanapun diberikan penalti enam mata kepada lesen memandunya. Kesalahan pemain kebangsaan Ivory Cost yang memandu dengan kelajuan 160 kilometer sejam melebihi had laju di lebuh raya itu dirakamkan pada 20 Mei lalu.


Pemain tengah yang dilaporkan meraih pendapatan £220,000 (RM1.4 juta) seminggu bagi Liga Perdana Inggeris itu mengaku bersalah memandu melebihi had 110 kilometer sejam.
Beliau didenda £1,665 (RM10,601) tidak termasuk kos lain. - MAIL ONLINE

5 Gol: Lewandowski Terima Empat Anugerah Guinness Book Of Records

Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski menerima empat anugerah daripada Guinness Book of Records bagi mengiktiraf jaringan lima gol terpantas ketika bertemu Wolfsburg September lalu.
5 Gol: Lewandowski Terima Empat Anugerah Guinness Book Of Records

Pemain kelahiran Poland itu mula beraksi pada separuh masa kedua, namun berjaya meledak lima gol dalam tempoh lapan minit 59 saat.

Lewandowski kini memegang rekod hatrik terpantas (3 minit, 22s), empat gol terpantas (5m,42s), lima gol terpantas dan menjadi pemain gantian pertama yang menjaringkan lima gol dalam aksi liga Jerman.

“Ia merupakan malam bersejarah buat saya.

“Saya mengambil masa hampir dua minggu untuk mempercayainya, dan keluarga saya sebenarnya yang lebih teruja berbanding saya.”

Bagaimanapun, lima gol ketika beraksi 30 minit gagal memberi peluang kepada Lewandowski untuk menambah gol keenam bagi memadamkan rekod 38 tahun yang dilakukan Dieter Mueller (enam gol dalam satu permainan).-mstar

Rentak Permainan Man United Boleh Buat Penyokong Menangis

Lagenda bola sepak Belanda sekitar 1974, Willem van Hanegem menyifatkan aksi yang dipamerkan pemain Manchester United dalam setiap perlawanan mampu membuatkan dia menangis.


Rentak Permainan Man United Boleh Buat Penyokong Menangis

Kritikan itu ditujukan Van Hanegem yang pernah membantu negaranya ke final Piala Dunia kepada rakan senegaranya, Louis van Gaal yang merupakan ketua jurulatih United.

Van Gaal dikatakan gagal menjadikan rentak permainan United lebih menarik dan kreatif sekaligus berjaya mendapatkan lebih banyak gol.

Malah, Van Hanegem mendakwa aksi pemain United semakin membosankan kerana tiada pemain bertaraf bintang dan benar-benar mampu mengubah kedudukan United untuk ke puncak liga.

Selain itu, taktikal yang digunakan Van Gaal turut mendapatkan kritikan daripada barisan bekas pemain United iaitu Roy Keane, Paul Scholes, Gary Neville, Rio Ferdinand, Owen Hargreaves dan Michael Owen.

Mereka masing-masing pelik dengan aksi pemain United yang enggan menyerang sebaliknya hanya mengawal permainan dan bertahan.

Taktikal membosankan itu turut memberi tekanan kepada penyokong yang akhirnya bersorak " serang, serang, serang" dalam beberapa perlawanan sebelum ini.-mstar

Chelsea Mahu Thomas Muller Ganti Diego Costa

Chelsea sedia bersaing dengan Manchester United untuk mendapatkan penyerang Bayern Munich, Thomas Muller.


Chelsea Mahu Thomas Muller Ganti Diego Costa

Muller disebut sebagai pengganti kepada Diego Costa yang akan disisihkan Chelsea selepas pemain itu mencampak bid ke atas Jose Mourinho.

Bagaimanapun bekas pemain tengah Bayern dan Jerman, Lothar Matthaus memberi amaran kepada Muller supaya tidak menyertai Liga Perdana Inggeris.

"Muller tidak perlu ke Manchester United atau Chelsea. Barcelona mungkin lebih baik. Saya tidak yakin dia mampu menerima rentak permainan di Liga Perdana Inggeris.

"Pada pendapat saya, dia perlu kekal di Bayern sehingga penghujung karier. Dia tidak perlu ke tempat lain dan cuba mencari cabaran baru," jelas Matthaus.-mstar

Ballon d'Or 2015: Messi, Ronaldo Dan Neymar Bakal Bukti Siapa Terbaik

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar disenarai pendek bagi pencalonan Anugerah Ballon d’Or 2015.

Ballon d'Or 2015: Messi, Ronaldo Dan Neymar Bakal Bukti Siapa Terbaik

Sebelum itu, seramai 23 orang pemain dicalonkan bagi bagi merebut anugerah yang dianjurkan oleh badan bola sepak dunia, FIFA dan majalah bola sepak Perancis, namun hanya tiga nama sahaja yang menjadi pilihan terakhir sebelum diumumkan sebagai pemenang.

Messi dan Ronaldo mencatat rekod lapan tahun berturut-turut disenarai pendek bagi anugerah pemain terbaik dunia yang akan diumumkan di Zurich pada 11 Januari ini.

Rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Gareth Bale menjadi pemain tunggal British yang tersenarai dalam 23 pencalonan ini.

Sementara itu, tiada wakil pemain dari Liga Perdana Inggeris yang berjaya berada dalam kelompok tiga terakhir walaupun Sergio Aguero, Kevin De Bruyne, Yaya Toure, Eden Hazard dan Alexis Sanchez berada dalam senarai penuh pencalonan.

Selain itu, Messi menjadi pemain pilihan untuk merangkul gelaran ini buat kali kelima selepas membantu Barcelona mencatat gelaran treble dengan menjulang trofi Liga Juara-Juara, La Liga dan Copa del Rey.

Messi merangkul anugerah pemain terbaik ini bermula tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012.

“Secara jujurnya, saya yakin Messi akan memenangi anugerah ini kerana ia berdasarkan kepada undian,” jelas Ronaldo sebelum ini.

“Kamu menang pertandingan, kamu menjuarai Liga Juara-Juara, menang liga berdasarkan kemahiran individual.

“Saya telah melakukan yang terbaik sepanjang musim, dan saya adalah penjaring terbanyak (Eropah), namun ia terpulang kepada undian.

“Ia sangat sukar dan secara jujurnya tidak terlalu bimbang dengan situasi itu kerana seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk menang anugerah ini sebanyak tiga kali”.

Ronaldo merangkul trofi terbaik sebanyak tiga kali termasuk dua kali berturut-turut 2014, 2013 dan 2008, namun dilihat agak sukar untuk mencatat gelaran ketiga berturut-turut selepas menamatkan musim lalu tanpa sebarang trofi.

Bagaimanapun Ronaldo merupakan penjaring terbanyak dalam semua perlawanan di Eropah  tahun ini, malah turut menjaringkan gol untuk Real Madrid dalam empat aksi terakhir Liga Juara-Juara.

Secara keseluruhannya, Ronaldo mencatat 48 gol dalam 51 perlawanan musim lalu, namun kelabnya gagal menjulang sebarang trofi.

Dalam pada itu, Neymar dianggap sebagai kunci kejayaan Barcelona malah merupakan penjaring terbanyak dalam aksi La Liga dengan 11 gol.

“Saya yakin layak berada dalam senarai tiga terakhir pencalonan berdasarkan aksi saya,” jelasnya ringkas.

Selain itu, pengurus Barcelona Luis Enrique dicalonkan untuk gelaran jurulatih terbaik bersama Pep Guardiola selaku pengendali Bayern Munich serta jurulatih Chile, Jorge Sampaoli yang membawa negaranya merangkul juara Copa Amerika buat kali pertama dengan menewaskan Argentina melalui penentuan sepakan penalti pada Julai lalu.-mstar

Pengawal Keselamatan Adele Mendapat Perhatian Netizen

Sejak membuat kemunculan semula, Adele sentiasa diburu media dengan topik-topik terkini.

Menurut laporan Dailymail, terbaharu, pengawal keselamatan Adele iaitu Peter Van der Veen pula menjadi bualan ramai.

Pengawal Keselamatan Adele Mendapat Perhatian Netizen

Pesonanya yang kacak dan berbedan tegap menjadi bualan terutamanya para netizen wanita di laman sosial.

Malah salah seorang bloger fesyen iaitu Bryanboy turut sempat meletakkan status di Twitter berbunyi:

"Hello bodyguard Adele, ini saya. Haha.."-mstar

Ditamatkan Kontrak Sinar FM: Raja Azura Belum Terima Hakikat, Salih Yaakob Reda

Pelawak Salih Yaakob berkata rakan seangkatannya, Raja Azura, masih lagi belum menerima hakikat kontrak kedua-dua mereka mengendalikan Sinar Pagi di Sinar FM tidak disambung.

Ditamatkan Kontrak Sinar FM: Raja Azura Belum Terima Hakikat, Salih Yaakob Reda

Salih, 54, berkata, dia faham dengan keadaan Raja Azura memandangkan mereka serta deejay-deejay lain sama-sama memperjuangkan radio tersebut sehingga mencapai kejayaan.

"Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal.

"Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar FM termasuklah tagline  'Muzik Retro Terbaik' ditukar kepada 'Menyinari Hidupmu', di mana isi kandungan dan hala tuju radio berkenaan juga diubah," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Pada 22 November lalu, Salih dan Raja Azura membuat pengumuman meninggalkan stesen berkenaan  bermula 27 November 2015 ketika hadir sebagai artis jemputan di pentas Gegar Vaganza 2 minggu keenam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, (MBSA).

Pengumuman tersebut membuatkan ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apakah punca kontrak mereka tidak disambung lagi.

Bagaimanapun pada Ahad lalu di program GV2, kumpulan Sepahtu mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Salih dan Raja Azura bagi segmen Sinar Pagi itu.

Sementara itu, Salih berkata, dia terpaksa akur apabila khidmatnya sebagai penyampai radio slot berkenaan tidak diperlukan lagi walaupun sudah sembilan tahun mengendalikan segmen berkenaan.

"Saya akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Lagipun, mereka (Sinar FM) lebih berkuasa dalam memilih yang terbaik untuk stesen mereka kekal menjadi pilihan masyarakat.

"Mereka juga telah menawarkan saya mengendalikan slot petang bersama Feeya bermula tahun depan. Cuma gajinya lebih rendah daripada apa yang saya dapat sekarang.

"Ada juga beberapa stesen radio menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih belum membuat keputusan lagi. Biarlah saya berehat dahulu sepanjang sebulan ini," ujarnya.

Ditanya bagaimana dia akan menguruskan keluarganya apatah lagi pelawak itu mempunyai empat orang isteri beserta anak yang ramai, kata Salih, dia percaya Tuhan pasti akan memberi rezeki yang cukup buat keluarganya.

Malah Salih juga mahu kembali aktif menerima undangan persembahan di luar selain mahu memulakan perniagaan.

"Sepanjang sebulan ini, saya cuba buat kerja luar dahulu. Maklumlah, sebelum ini, apabila mendapat tawaran menjayakan sesebuah majlis, saya terikat dengan kerja deejay.

"Maka kali ini saya fokus semula menerima undangan persembahan. Allah yang memberi rezeki, bukan manusia. Yang penting kita perlu usaha, InsyaAllah," tuturnya.

Raja Azura yang popular dengan panggilan Kak Engku dan Salih (SY) sudah hampir sembilan tahun bertugas di stesen radio berkenaan dalam mengendalikan segmen Sinar Pagi. -mstar

Ibu Mahu Cristiano Ronaldo Pilih Man United

Ibu Cristiano Ronaldo, Dolores Aveiro mahu anaknya ke Old Trafford jika meninggalkan Real Madrid selepas ini.

Ibu Mahu Cristiano Ronaldo Pilih Man United

Permintaan itu dibuat kerana Dolores bimbang insiden seperti serangan di Paris bulan lalu berulang.

Ronaldo sebelum ini dilapor memilih Paris Saint-Germain (PSG) jika dia meninggalkan Real Madrid walaupun Manchester United mengharapkan kepulangan bintang tersebut.

PSG dikatakan sedia membayar sebanyak £250,000 seminggu selepas ditolak cukai kepada Ronaldo untuk menggantikan Zlatan Ibrahimovich yang akan tamat kontrak pada akhir musim ini.

Dolores turut berharap dengan menetap di Manchester, keselamatan cucunya iaitu anak Ronaldo akan lebih terjamin.-mstar

Arab Saudi Bina 'Jeddah Tower' Bangunan Tertinggi Di Dunia

Pemaju Arab Saudi yang merancang untuk membina bangunan tertinggi di dunia berkata, ia berjaya mendapatkan pembiayaan bagi menyiapkan projek pecah rekod itu.


Arab Saudi Bina 'Jeddah Tower' Bangunan Tertinggi Di Dunia

Mail Online melaporkan Kingdom Holding Co yang dipengerusikan oleh bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal berkata, sekutunya iaitu Jeddah Economic Company telah memperoleh perjanjian pembiayaan AS$2 bilion (RM8.51 bilion) dengan Alinma Investment di Arab Saudi bagi menyiapkan Jeddah Tower di negara itu.

Arab Saudi Bina 'Jeddah Tower' Bangunan Tertinggi Di Dunia

Bangunan yang sebelum ini digelar sebagai 'Kingdom Tower' mempunyai 170 tingkat dengan ketinggian satu kilometer atau hampir 1,000 meter sekali gus melepasi Burj Khalifa di Dubai yang merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika ini.

Kos untuk keseluruhan projek tersebut sebelum dianggarkan AS$1.2 bilion (RM5.1 bilion).

Burj Khalifa mempunyai ketinggian 828 meter.

Menurut satu kenyataan, Alinma Bank akan membiayai dana itu, yang akan diuruskan oleh Alinma Investment, manakala Jeddah Economic Company menjadi pemaju utama bagi projek berkenaan.

Arab Saudi Bina 'Jeddah Tower' Bangunan Tertinggi Di Dunia
Bangunan Jeddah Tower masih dalam pembinaan.


Ia berkata, dana AS$2.24 bilion (RM9.52 bilion) yang diperoleh menerusi pembiayaan berasaskan Syariah turut akan digunakan untuk membangunkan fasa pertama Bandar Ekonomi Jeddah, sebuah projek bandar di sekitar menara berkenaan di kawasan Obhur di utara Jeddah.

Tahun lalu, Alwaleed berkata, menara yang terdiri daripada pejabat, hotel dan kediaman itu dijangka siap pada 2018.-mstar

Siti Nurhaliza Kongsi Berita Keguguran Kepada 3.9 Juta Peminat

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pada Selasa berkongsi berita sedih mengalami keguguran kepada 3.9 juta peminatnya di laman sosial miliknya.


Siti Nurhaliza Kongsi Berita Keguguran Kepada 3.9 Juta Peminat

Siti, 36, berkata, pada asalnya dia ingin berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya itu tetapi selepas kandungan itu stabil, namun  terpaksa reda dengan ketentuan Ilahi apabila dia keguguran di usia kandungannya itu dua bulan.

"Mula-mula Siti ingin berkongsi cerita indah namun Siti pecaya semua dugaan ada hikmah dariNya. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia anugerah terindah yang lama Siti nantikan dan sudah pastinya peminat yang mendoakan juga.

"Nak mengiakan pun takut kerana anugerah ini terlalu baru dan fragile untuk dihebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai. Ternyata, Allah SWT pinjamkan anugerah ini untuk seketika," katanya.


Siti Nurhaliza Kongsi Berita Keguguran Kepada 3.9 Juta Peminat

Tambah Siti, dia tetap bersyukur apabila sempat merasa untuk mengandungkan anaknya walaupun hanya untuk tempoh dua bulan sahaja.Malah dia percaya keguguran tersebut mungkin satu permulaan untuk dia mendapatkan cahayamata pada masa akan datang.

"Sempat dua bulan Siti kandungkan dan Siti keguguran. Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Siti jawapan di atas doa Siti... Insya-Allah semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya,” katanya.

Sehingga kini Siti mempunyai sebanyak 2.1 juta pengikut di Intagram manakala 1.8 juta di Twitter.

Siti dan suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa berkahwin pada 21 Ogos 2006.-mstar