IS Dedah Gambar 'Schweppes' Peledak Bom Letup Pesawat Rusia

Majalah rasmi Kumpulan Negara Islam (IS) pada Khamis mendedahkan gambar minuman Schweppes yang didakwa digunakan sebagai bahan membuat bom yang meletupkan pesawat Metrojet Russia di Semenanjung Sinai bulan lalu.


IS Dedah Gambar 'Schweppes' Peledak Bom Letup Pesawat Rusia


Dalam kejadian itu, semua 224 penumpang dan kru pesawat penumpang itu terkorban.

Gambar itu menunjukkan minuman tin Schweppes Gold yang menjadi bahan peledak dengan satu suis berwarna biru pekat serta tiga komponen ringkas yang didakwa menjatuhkan pesawat berkenaan.

Kerajaan barat berkata, pesawat berkenaan kemungkinan terhempas disebabkan letupan bom.

Malah Moscow pada Rabu mengesahkan letupan bom sebagai punca pesawat itu terhempas.

Bagaimanapun, kerajaan Mesir menegaskan mereka masih belum menjumpai sebarang bukti menunjukkan ia perbuatan jenayah.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, John Kirby pada Rabu berkata, kerajaan Amerika tidak dapat mengesahkan mengenai kesahihan dalam dakwaan majalah itu.

IS juga menyiarkan gambar yang didakwa mereka pasport dimiliki mangsa warga Rusia. - Reuters

Adele Semakin Langsing Dan Bergaya

Selepas tiga tahun sepi daripada dunia muzik, Adele muncul dengan single lagu baharu, Hello, sehingga meraih perhatian dunia.


Adele Semakin Langsing Dan Bergaya

Menurut laporan Dailymail, selain mendapat perhatian kerana lagu baharu yang hebat, penyanyi itu juga turut tampil dengan imej lebih langsing dan bergaya.

Perkara itu jelas dilihat apabila Adele muncul pada sebuah majlis di New York Isnin lalu, dia tampil penuh elegan dan klasik dengan menggayakan gaun hitam bersama kasut tinggi.

Berbeza denga penampilannya sebelum ini yang lebih berisi dan dilihat kurang keyakinan diri.-mstar

Wang Tebusan Tidak Dipenuhi Sebabkan Kepala Then Dipenggal

Seorang pegawai kanan tentera Filipina mendakwa kepala tebusan warga Malaysia, Bernard Then dipenggal oleh kumpulan militan Abu Sayyaf kerana tuntutan wang tebusan yang diminta tidak dipenuhi.


Wang Tebusan Tidak Dipenuhi Sebabkan Kepala Then Dipenggal

Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Then.

Menurut Arrojado, rundingan gagal dicapai menyebabkan kumpulan itu memenggal kepala mangsa di Taran, Indanan pada pukul 4 petang.

Arrojado memetik sumber perisikan tentera berkata, kepala Then dipenggal dan dikebumikan dengan segera.

Beberapa jam sebelum pemenggalan, tentera melancarkan serangan udara ke atas wilayah yang dikuasai kumpulan Abu Sayyaf.

Arrojado berkata beliau telah mengarahkan unit Scout Ranger dan Marin untuk melakukan operasi memburu kumpulan itu dan mencari mayat mangsa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya pada malam Selasa memaklumkan polis masih belum dapat mengesahkan nasib Then buat masa ini.-mstar

Man United Kehilangan Anthony Martial

Manchester United mungkin terpaksa melupakan khidmat penyerang mudanya, Anthony Martial untuk sementara waktu apabila pemain itu mengalami kecederaan.


Man United Kehilangan Anthony Martial

United yang akan menentang Watford pada Sabtu ini mungkin kehilangan Martial selepas pemain itu kelihatan bertongkat dengan kaki kirinya berbalut akibat kecederaan ketika membantu Perancis menentang England pada Selasa.

Dalam perlawanan yang menyaksikan England menang 2-0, Martial terpaksa dikeluarkan pada minit ke-67 apabila penyerang Perancis itu mengalami kecederaan.

"Dia berada dalam kesakitan ketika ketika dikeluarkan. Tahap kecederaan pemain berusia 19 tahun itu belum diketahui setakat ini," jelas ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Martial menjaringkan lima gol untuk United pada musim ini selepas dibeli dengan nilai £36 juta dari Monaco.-mstar

Penyokong Turki 'Boo' Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris

Penyokong bola sepak Turki bertindak menyorak 'boo' ketika ketika pemain bertafakur selama seminit terhadap mangsa serangan di Paris.

Penyokong Turki 'Boo' Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris

Sebaliknya, penyokong melaungkan 'Allahu Akhbar' sebelum perlawanan persahabatan antara Turki bertemu Greece bermula di Stadium Basaksehir Fatih Terim.

Dalam perlawanan itu, Turki dan Greece terikat 0-0 sehingga perlawanan tamat.

Media barat menyifatkan tindakan penyokong Turki sebagai biadap dan tidak menghormati Greece serta Perancis.

Bagaimanapun, penyokong pula menganggap kejadian itu merupakan insiden kecil berbanding yang dilakukan negara barat terhadap negara Islam lain.

Tiada kejadian tidak diingini atau kekerasan ditimbulkan penyokong sehingga perlawanan tamat.

Perlawanan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras dan Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu.-mstar

Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!

Semalam, hujan lebat telah menyebabkan banjir di kawasan Shah Alam dan Bandaraya Johor Bahru. Kalau kita lihat gamabr di mana-mana keratan akhbar dan media sosial, banyak kereta ditenggelami air.


Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!

Kalau nak betulkan semula mesti memakan kos yang banyak kan? Sebab bukan semua insurans akibat bencana alam boleh dituntut. Oleh itu, kami nak kongsikan tips bagaimana nak selamatkan duit anda daripada melayang sehingga RM3,0000 dengan kereta anda sekali.

3 Tips Jika Kereta Ditenggelami Air Ini Akan Menyelamatkan RM3,000 Duit Poket Anda
Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!



1. Jangan BUKA PINTU Langsung



2. Jangan START KERETA Langsung

Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!


3. Jangan Lupa Minta Mekanik CHECK MINYAK ENJIN

Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!

-ohbulan

Xavi Anggap Van Gaal Bodoh

Bekas ketua pasukan Barcelona, Xavi mengakui menganggap Louis Van Gaal sebagai seorang yang bodoh ketika jurulatih itu dilantik untuk membimbing kelab berkenaan.


Xavi Anggap Van Gaal Bodoh

Bekas pemain Sepanyol itu berkata, ketika itu dia merupakan pemain remaja di Nou Camp.

Bagaimanapun selepas seminggu menjalani latihan di bawah kendalian Van Gaal, Xavi mula menyedari bahawa Van Gaal tidak seperti yang disangkanya.

"Selepas dua hari berlatih saya mula sedar. Siapa yang bodoh? Selepas seminggu pula baru saya tahu bahawa dia orang yang tepat untuk melatih Barcelona.

"Dia seorang jurulatih yang baik. Dia mempunyai karektor yang tegas tetapi mampu bersabar walaupun dalam keadaan tertekan," jelas Xavi yang merupakan pemain kelab Al Sadd di Qatar.

Tambahnya, Van Gaal mempunyai cita-cita yang tinggi ketika mahu mendapatkan sebarang kejuaraan.

"Dia juga tegas dan sangat memilih supaya ia tidak lari daripada falsafah dirinya," jelas Xavi.-mstar

Kerani Sekolah Agama Dirogol Sebelum Dijerut Sehingga Mati

Seorang wanita ditemui mati dibunuh di kediamannya di Sungai Terap, malam tadi. Mangsa, Nurul Shahira binti Mohamed Yatim, 29, bekerja sebagai seorang kerani di Sekolah Agama Sungai Raya, Bukit Pasir, Muar, ditemui oleh pasukan polis yang menerima aduan dari jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa tidak keluar rumah jam 7 malam tadi.


Kerani Sekolah Agama Dirogol Sebelum Dijerut Sehingga Mati

Polis tiba di rumah mangsa mendapati enjin kereta Honda Civic, JJQ8178 milik mangsa masih hidup dengan pintu kereta bahagian pemandu terbuka.

Mayat mangsa ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik dipercayai dirogol sebelum dijerut dengan tali pengikat langsir sehingga mati. Seluar dalam mangsa juga ditemui di atas badannya.

Terdapat juga kesan-kesan tompokan darah di atas lantai berhampiran mangsa dan serangkai kunci.

Barang-barang berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.

Motif kejadian masih tidak diketahui dan polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengesan suspek. - THEHYPEMEDIA.COM

Real Madrid Sedia Lepaskan Cristiano Ronaldo

Real Madrid dilapor sedia melepaskan bintangnya Cristiano Ronaldo pada musim depan jika mereka menerima bayaran sebanyak £80 juta.


Real Madrid Sedia Lepaskan Cristiano Ronaldo

Pemain Portugal itu sebelum ini memberi isyarat akan meninggalkan Real Madrid dengan Manchester United dan PSG antara kelab yang mahu mendapatkannya.

Dalam persaingan antara dua kelab itu, United berharap dapat mencipta pembelian yang penuh emosi di kalangan penyokong kerana bintang pujaan mereka kembali ke Old Trafford.

Bagaimanapun Ronaldo pula mahukan cabaran baru bagi sebelum mengakhiri karier bola sepak yang penuh gemilang itu.

Media melaporkan, Real Madrid berharap mendapat bidaan tinggi kerana ia mampu membantu menambah tabung kelab berkenaan.

Tidak ketinggalan untuk mendapatkan Ronaldo ialah Chelsea selepas pemiliknya Roman Abramovic dikatakan sedang berusaha membawa pemain itu ke Stamford Bridge.-mstar

Zara Zya Akur Ada Pihak Tidak Gemar Lakonannya

Pelakon Zara Zya sedar ada pihak tidak menyukai lakonannya termasuklah dalam drama baharu, Tuan Anas Mikail siaran Astro Ria.


Zara Zya Akur Ada Pihak Tidak Gemar Lakonannya


Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, dia bersifat terbuka dengan sebarang kritikan terhadapnya dan mengambil kritikan sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam kerjaya seninya itu.

"Itu biasa. Bukan semua orang suka kita. Tetapi setiap kerja yang diberi, saya buat yang terbaik.

"Sebelum ini pun, ada saja yang tidak sukakan lakonan saya. Saya sedar tentang perkara itu. Apa-apapun, saya percaya, dalam 80 peratus orang memuji, 20 peratus lagi adalah yang membenci," katanya kepada mStar Online.

Zara diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan mengenai lakonan Zara Zya sebagai Ayu Maisarah yang dianggap terlalu berlebih-lebihan dan wataknya tidak dilihat semula jadi.

Malah Zara turut dikritik kerana terlalu kerap bermonolog dengan kamera sehingga menimbulkan rasa rimas penonton.

Sementara itu, Zara menjelaskan, dia faham ada yang tidak selesa mengenai lakonan bercakap dengan kamera lebih-lebih lagi ia sebuah drama berepisod.

Namun, konsep itu adalah biasa bagi produksi di negara luar, cuma ia kurang diaplikasikan di negara ini.

"Setiap lakonan dalam Tuan Anas Mikail, saya hanya mengikut kata pengarah iaitu Raja Ahmad Alauddin.

"Saya ada juga buat lakonan bercakap dengan kamera bagi telefilem Isteri Aku Bukan Tukang Masak dan ia diterima ramai. Mungkin drama ini berepisod, membuatkan penonton sedikit rimas. Mungkin orang tak biasa, saya tak pasti," ujarnya.

Dalam pada itu, drama Tuan Anas Mikail  memberi cabaran kepadanya lebih-lebih lagi ia perlu dilakonkan menggunakan dialek Utara.

"Susah sebenarnya nak berlakon drama ini, tetapi saya cuba jayakannya. Walaupun orang kritik lakonan saya, kiranya mereka tetap menonton drama ini.

"Bagaimanapun, saya tak pasti adakah drama ini sebenarnya diterima ataupun tidak," tuturnya.

Drama Tuan Anas Mikail yang turut dilakonkan oleh Aaron Aziz disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria, pukul 10 malam.

Dalam drama itu Zara Zya memegang watak sebagai Ayu Maisarah.-mstar