IS Dedah Gambar 'Schweppes' Peledak Bom Letup Pesawat Rusia


Majalah rasmi Kumpulan Negara Islam (IS) pada Khamis mendedahkan gambar minuman Schweppes yang didakwa digunakan sebagai bahan membuat bom yang meletupkan pesawat Metrojet Russia di Semenanjung Sinai bulan lalu.


IS Dedah Gambar 'Schweppes' Peledak Bom Letup Pesawat Rusia


Dalam kejadian itu, semua 224 penumpang dan kru pesawat penumpang itu terkorban.

Gambar itu menunjukkan minuman tin Schweppes Gold yang menjadi bahan peledak dengan satu suis berwarna biru pekat serta tiga komponen ringkas yang didakwa menjatuhkan pesawat berkenaan.

Kerajaan barat berkata, pesawat berkenaan kemungkinan terhempas disebabkan letupan bom.

Malah Moscow pada Rabu mengesahkan letupan bom sebagai punca pesawat itu terhempas.

Bagaimanapun, kerajaan Mesir menegaskan mereka masih belum menjumpai sebarang bukti menunjukkan ia perbuatan jenayah.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, John Kirby pada Rabu berkata, kerajaan Amerika tidak dapat mengesahkan mengenai kesahihan dalam dakwaan majalah itu.

IS juga menyiarkan gambar yang didakwa mereka pasport dimiliki mangsa warga Rusia. - Reuters

Filled Under: