Real Madrid Sedia Lepaskan Cristiano Ronaldo

Real Madrid dilapor sedia melepaskan bintangnya Cristiano Ronaldo pada musim depan jika mereka menerima bayaran sebanyak £80 juta.


Real Madrid Sedia Lepaskan Cristiano Ronaldo

Pemain Portugal itu sebelum ini memberi isyarat akan meninggalkan Real Madrid dengan Manchester United dan PSG antara kelab yang mahu mendapatkannya.

Dalam persaingan antara dua kelab itu, United berharap dapat mencipta pembelian yang penuh emosi di kalangan penyokong kerana bintang pujaan mereka kembali ke Old Trafford.

Bagaimanapun Ronaldo pula mahukan cabaran baru bagi sebelum mengakhiri karier bola sepak yang penuh gemilang itu.

Media melaporkan, Real Madrid berharap mendapat bidaan tinggi kerana ia mampu membantu menambah tabung kelab berkenaan.

Tidak ketinggalan untuk mendapatkan Ronaldo ialah Chelsea selepas pemiliknya Roman Abramovic dikatakan sedang berusaha membawa pemain itu ke Stamford Bridge.-mstar

Zara Zya Akur Ada Pihak Tidak Gemar Lakonannya

Pelakon Zara Zya sedar ada pihak tidak menyukai lakonannya termasuklah dalam drama baharu, Tuan Anas Mikail siaran Astro Ria.


Zara Zya Akur Ada Pihak Tidak Gemar Lakonannya


Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, dia bersifat terbuka dengan sebarang kritikan terhadapnya dan mengambil kritikan sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam kerjaya seninya itu.

"Itu biasa. Bukan semua orang suka kita. Tetapi setiap kerja yang diberi, saya buat yang terbaik.

"Sebelum ini pun, ada saja yang tidak sukakan lakonan saya. Saya sedar tentang perkara itu. Apa-apapun, saya percaya, dalam 80 peratus orang memuji, 20 peratus lagi adalah yang membenci," katanya kepada mStar Online.

Zara diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan mengenai lakonan Zara Zya sebagai Ayu Maisarah yang dianggap terlalu berlebih-lebihan dan wataknya tidak dilihat semula jadi.

Malah Zara turut dikritik kerana terlalu kerap bermonolog dengan kamera sehingga menimbulkan rasa rimas penonton.

Sementara itu, Zara menjelaskan, dia faham ada yang tidak selesa mengenai lakonan bercakap dengan kamera lebih-lebih lagi ia sebuah drama berepisod.

Namun, konsep itu adalah biasa bagi produksi di negara luar, cuma ia kurang diaplikasikan di negara ini.

"Setiap lakonan dalam Tuan Anas Mikail, saya hanya mengikut kata pengarah iaitu Raja Ahmad Alauddin.

"Saya ada juga buat lakonan bercakap dengan kamera bagi telefilem Isteri Aku Bukan Tukang Masak dan ia diterima ramai. Mungkin drama ini berepisod, membuatkan penonton sedikit rimas. Mungkin orang tak biasa, saya tak pasti," ujarnya.

Dalam pada itu, drama Tuan Anas Mikail  memberi cabaran kepadanya lebih-lebih lagi ia perlu dilakonkan menggunakan dialek Utara.

"Susah sebenarnya nak berlakon drama ini, tetapi saya cuba jayakannya. Walaupun orang kritik lakonan saya, kiranya mereka tetap menonton drama ini.

"Bagaimanapun, saya tak pasti adakah drama ini sebenarnya diterima ataupun tidak," tuturnya.

Drama Tuan Anas Mikail yang turut dilakonkan oleh Aaron Aziz disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria, pukul 10 malam.

Dalam drama itu Zara Zya memegang watak sebagai Ayu Maisarah.-mstar

Astro Tidak Mahu 'Bunuh' Kreativiti Nabil Ahmad

Pihak pengurusan Astro tidak mahu terlalu menyekat setiap kata-kata yang dibuat oleh pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada program Gegar Vaganza 2 kerana ia akan menyekat kreativitinya.


Astro Tidak Mahu 'Bunuh' Kreativiti Nabil Ahmad

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu walaupun masih ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan cara pengacaraannya.

"Pihak kami berpuas hati dengan Nabil dan apa yang saya lihat, Nabil sudah banyak mengurangkan gurauannya di atas pentas.

"Jika pihak kami terlalu ketat dalam meletakkan syarat-syarat cara pengacaraan, ia akan menyekat dan 'membunuh' kreativiti Nabil mengendalikan program berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Raqim yang ditemui pada konsert Gegar Vaganza 2  minggu kelima pada malam Ahad diminta mengulas mengenai komen orang ramai yang masih tidak senang dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu yang dianggap seperti bergurau tidak kena tempat.

Nabil turut mendapat kritikan apabila dia dilihat suka mencelah ketika juri sedang memberi komen kepada peserta dan perkara itu dianggap sebagai kurang sopan.

Bagaimanapun Raqim menjelaskan, menjadi tanggungjawab pengacara untuk meneutralkan keadaan lebih-lebih lagi ketika juri memberi kritikan pedas.

"Pengacara perlu menjadi neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak baik pada peserta mahupun juri.

"Jika ada yang berasa Nabil sengaja mahu mencelah, mereka silap. Nabil termasuklah pengacara gandingannya iaitu Jihan Muse sekadar mahu meredakan keadaan," ujarnya.

Gegar Vaganza 2 disiarkan secara langsung pada setiap Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).-mstar

Cristiano Ronaldo Beri Isyarat Kembali Ke Man United

Cristiano Ronaldo memberi isyarat bahawa dia akan kembali ke pasukan kesayangannya iaitu Manchester United.


Cristiano Ronaldo Beri Isyarat Kembali Ke Man United

Bintang bola sepak dunia itu mendakwa United masih kekal sebagai kelab isitmewa di hatinya apabila berjaya memenangi enam piala di Old Trafford sebelum berhijrah ke Real Madrid dengan nilai £80 juta.

United pada 2013 pernah berusaha untuk membawa Ronaldo kembali tetapi pemain berkenaan menyambung kontraknya selama lima tahun di Bernabeu.

Ronaldo, 30, kini mengakui gembira di Real Madrid dan tidak menolak kemungkinan akan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

"Kenapa tidak? Dalam bola sepak anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok.

"Saya gembira di sini, ia sebuah kelab yang hebat, tetapi untuk esok saya tidak tahu.

"Semua orang tahu saya sayangkan Manchester United. Ia sebuah pasukan yang hebat dan telah memberi banyak sokongan kepada saya," jelasnya.-mstar

Mendiang Michael Jackson Kekal Miliki Pendapatan Tinggi!

Mendiang Michael Jackson meraih pendapatan £75 juta (RM488 juta) tahun ini yang secara tidak langsung menobatkannya sebagai kalangan selebriti yang sudah mati dengan pendapatan tertinggi.


Mendiang Michael Jackson Kekal Miliki Pendapatan Tinggi!

Sepanjang kariernya selama lebih 30 tahun sebagai penghibur solo, Raja Pop itu memperoleh mendapatan £719 juta (RM4.7 bilion). Bagaimanapun, pendapatannya terbukti lebih lumayan, £653 juta (RM4.25 bilion) sejak 2009.

Pendapatan tahunan terbarunya itu membolehkan dia berada di tangga teratas dalam senarai pendapatan selebriti yang sudah mati, menurut majalah Forbes.

Tempat kedua ialah mendiang Elvis Presley yang memperoleh £36 juta (RM234 juta), pelukis kartun Peanuts Charles Shulz di tempat ketiga dengan £26 juta (RM169 juta) sementara tempat keempat dengan pendapatan £14 juta (RM91 juta) dikuasai oleh Bob Marley.

Elizabeth Taylor menduduki tempat kelima dengan £13 juta (RM85 juta).

Jackson memperoleh pendapatan melebihi £65 juta (RM423 juta) setiap tahun sejak kematiannya pada 2009, bermakna dia bukan saja mengalahkan semua selebriti yang sudah mati, tetapi juga sebahagian pemuzik solo terkenal yang masih hidup.

Ketika mati, Jackson dilapor berhutang £392 juta (RM2.6 bilion) kerana boros dan bayaran faedah pinjaman yang tinggi.

Penyanyi itu ditemui mati di kediamannya di Los Angeles pada 25 Jun 2009, dipercayai selepas diserang sakit jantung akibat mengambil ubat berlebihan.-murai

Datuk Sheila Majid Kembali Berlakon Dalam Filem Sinaran

Setelah sekian lama, Ratu Jaz Negara Datuk Sheila Majid, 50, bakal kembali ke layar perak dalam filem muzikal terbaru berjudul Sinaran pada 26 November ini.


Datuk Sheila Majid Kembali Berlakon Dalam Filem Sinaran

Pun begitu, kemunculannya itu hanyalah sekadar cameo sahaja, selain sebanyak 9 buah lagu popularnya akan ditampilkan dalam filem arahan Osman Ali tersebut.

"Sebenarnya saya tak nak beritahu sama ada saya bakal muncul atau tidak dalam filem ini.Tapi oleh kerana media sudah tanya, saya hanya boleh beritahu saya hanya muncul sebagai cameo.

"Mengenai watak apa? Itu saya rasa semua kena tontonnya sendiri, barulah surprise nanti.

"Saya tahu ramai yang ternanti-nanti bila saya akan berlakon kembali. Tapi saya rasa saya tak pandai berlakon..., lebih baik saya menyanyi sahaja," katanya kepada murai.com.my

Sheila ditemui pada majlis pelancaran lagu tema filem Sinaran iaitu Sinaran Cinta di pusat karaoke Red Box di The Gardens kemarin.

Sementara itu, Sheila bersyukur apabila ada pihak begitu menghargai bakatnya bagi menerbitkan filem Sinaran, sebuah karya muzikal yang menampilkan lagu-lagu popularnya.

"Sebenarnya, idea ini sudah diberikan pada beberapa tahun lalu dan tak sangka filem ini benar-benar dihasilkan.

"Bagi saya ianya satu penghargaan untuk saya apabila ada yang sanggup melaburkan wang menghasilkan filem muzikal lagu-lagu saya.

"Single terbaru saya iaitu Sinaran Cinta juga bakal jadi lagu tema filem ini yang saya percaya peminat-peminat pasti menyukainya,"jelasnya lagi.

Antara lagu yang ditampilkan ialah Sinaran, Di Dalam Emosi Ini, Warna, Fikirkan Dahulu, Cinta Jangan Kau Pergi dan Antara Anyer Dan Jakarta.

Kesemua lagu itu telah disusun dan dinyanyikan semula oleh Malaque Mahdali dan Evan Sanders.

Manakala lagu temanya, iaitu Sinaran Cinta yang dicipta oleh Kevin Chin dan Shahrom Rashid akan menjadi single baharu Sheila.

Sinaran merupakan filem arahan Osman Ali yang dibintangi oleh Lisa Surihani, Izara Aisyah, Syarif Sleeq dan Nadiah M.Din

Filem muzikal itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 26 November ini.-murai

Sultan Johor, TMJ Bakal Tunai Nazar, Derma RM1 Juta

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal menunaikan nazar selepas pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih trofi juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Di Tajikistan pada Sabtu lalu.


Sultan Johor, TMJ Bakal Tunai Nazar, Derma RM1 Juta

Baginda berkongsi berita gembira kejayaan itu di laman rasmi Facebook miliknya pada Selasa.

"Alhamdulillah, Piala Asian Football Confederation (AFC) kini milik kita! Kejayaan ini adalah berkat doa anda semua dan kesungguhan para pemain bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang bermain bermati-matian hingga ke tiupan wisel yang terakhir.

"Sebaik saja kita memenangi perlawanan akhir AFC, saya telah membuat panggilan telefon kepada anakanda saya, Tunku Mahkota Johor, untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Dia terlalu emosional dan menangis, tetapi tangisan yang gembira. Dia memang begitu gembira. Memang, kalau boleh, dia ingin berada bersama-sama pasukan JDT dan para penyokong semua merayakan kemenangan ini, tetapi dia terikat dengan komitmennya".

"Tunku Mahkota Johor berkata, dia ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka dia akan menderma kepada semua masjid di negeri Johor. Dan saya sendiri pula sudah bernazar untuk menderma sebanyak RM 1 juta kepada rumah-rumah anak yatim di Johor," baginda bertitah.

Tambah baginda, pemain-pemain JDT diraikan di Dataran Bandaraya Johor Bahru selepas TMJ kembali ke Johor pada 18 November ini.

"InsyaAllah, Piala AFC akan dipamerkan ke semua daerah di negeri Johor, supaya rakyat Johor dapat melihat piala itu. JDT adalah milik Bangsa Johor. Kesetiaan anda semua telah membawa kita ke tahap ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu dan doa dari anda semua," titah baginda.-mstar

Bintang Chelsea Lebih Suka Kalah Daripada Menang

Jose Mourinho akan diberi peluang untuk kekal di Chelsea, namun perlu memenangi semula kepercayaan daripada pemain juara Liga Perdana Inggeris berkenaan.


Bintang Chelsea Lebih Suka Kalah Daripada Menang

Pengendali The Blues itu berdepan keputusan buruk sejak awal liga kerana didakwa tidak lagi disukai oleh beberapa pemain yang telah membantunya pada musim lalu.

Pengacara BBC, Garry Richardson mendakwa, hubungan baik jurulatih itu dengan seorang bintang Chelsea kini terjejas teruk.

"Seorang bintang Chelsea baru-baru ini berkata, dia lebih suka kalah daripada menang.

"Selain itu, perhubungan Mourinho dengan beberapa pemain lain juga terjejas ketika ini," dakwanya.

Bagaimanapun Chelsea menafikan wujud perselisihan faham antara Mourinho dengan pemain walaupun sedia memberi peluang kepada jurulatih kelahiran Portugal berkenaan untuk membimbing kelab itu.-mstar

Video Lima Bintang Barcelona Bertindak Biadap

Barcelona memohon maaf secara terbuka selepas beberapa pemain kelab itu mengganggu sidang media dengan meraikan sambutan Halloween.

Lima Bintang Barcelona Bertindak Biadap


Dalam insiden itu seramai lima bintang Barcelona cuba meraikan kemenangan 2-0 ke atas Getafe dengan membuat bising sambil memakai topeng di kawasan sidang media.

Pada masa sama, pemain Getafe, Victor Rodriguez sedang menjawab soalan para pemberita mengenai kekalahan pasukannya.

Lima Bintang Barcelona Bertindak Biadap

Lima pemain yang menimbulkan kekacauan tersebut ialah Gerard Pique, Luis Suarez , Neymar, Marc Bartra dan Jordi Alba.

Lima Bintang Barcelona Bertindak Biadap

Berikutan itu, Rodriguez turut mengutuk tindakan pemain Barcelona yang tidak menghormati lawan serta sidang media yang diadakan.

Lima Bintang Barcelona Bertindak Biadap

Akibatnya, Barcelona terpaksa memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat kerana gagal mengawal disiplin pemain di dalam stadium.-mstar


Lima Bintang Barcelona Bertindak Biadap


Zul Handy Black & Ezlyn Tersingkir Di Minggu Ketiga Gegar Vaganza 2

Selepas 2 minggu berturut-turut tiada penyingkiran, akhirnya Gegar Vaganza 2 minggu ketiga berakhir dengan penyingkiran 2 peserta sekaligus. Perjuangan Zul Handy Black dan Ezlyn telah pun tamat di Gegar Vaganza 2 selepas nama mereka diumumkan tersingkir. Abang Nara terkejut juga bila Zul Handy Black tersingkir kerana persembahannya pada minggu pertama dan kedua memang power.


Zul Handy Black & Ezlyn Tersingkir Di Minggu Ketiga Gegar Vaganza 2

Namun persembahan Zul Handy Black pada minggu ketiga ini  yang menyaksikan para peserta menyanyikan lagu di luar genre mereka memang agak mengecewakan. Kedengaran agak sumbang. Biasalah tue. Selalu nyanyi lagu rock tiba-tiba kena nyanyi genre dangdut, rock dan lagu joget memang ke lautlah jawapannya. Abang Nara sedih juga bila Zul Handy Black disingkirkan sebab dia merupakan salah satu peserta feveret.


Zul Handy Black & Ezlyn Tersingkir Di Minggu Ketiga Gegar Vaganza 2

Walaupun begitu, semoga nama Zul Handy Black dan Ezlyn akan kembali popular setelah menyertai Gegar Vaganza 2. Buat 10 peserta lain iaitu Haiza, Nassier Wahab, Farahdhiya, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Siti Nordiana, Azian Mazwan Safuan, Ezad Lazim, Sheeda dan Amir Ukay, semoga berjaya membuat yang terbaik pada minggu hadapan dengan tema “Berdua Lebih Baik”. All the best!!!-beautifulnara