Lady Gaga Terima Gelaran ‘Women Of The Year Billboard 2015’

Bintang terkemuka di Hollywood, Lady Gaga telah menerima gelaran serta anugerah Women of The Year Billboard untuk tahun 2015.


Lady Gaga Terima Gelaran ‘Women Of The Year Billboard 2015’

Penyanyi berusia 29 tahun itu berjaya mengatasi dan menggantikan Taylor Swift yang merangkul gelaran tersebut tahun lepas.

Anugerah yang dianjurkan oleh Billboard dengan kerjasama rangkaian televisyen Lifetime itu adalah untuk mengetengahkan serta menghargai penyanyi wanita yang berada dalam industri muzik tempatan.


Lady Gaga Terima Gelaran ‘Women Of The Year Billboard 2015’

Don Mischer Production yang pernah menghasilkan beberapa majlis seperti Anugerah Billboard, Oscars, Emmy dan Superbowl Halftime akan mengendalikan majlis tersebut buat kali pertama di televisyen.

Majlis pada 1 Disember ini di Cipriani Midtown, New York, sebelum ini turut meraikan wanita dalam industri muzik seperti Ariana Grande, Jessie J, Idina Menzel, Charli XCX dan ramai lagi.

Nama-nama selebriti wanita lain yang akan diberi penghargaan serta diraikan dalam majlis tersebut tahun ini akan dikeluarkan tidak lama lagi. –mynewshub

Neymar Kongsi Gambar Santai Atas Bumbung Ferrari 458 Spider

Neymar bukanlah pemain popular di Barcelona pada minggu ini selepas dikritik hebat oleh penyokong kelab itu berikutan aksi hambar kelab berkenaan pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu.


Neymar Kongsi Gambar Santai Atas Bumbung Ferrari 458 Spider

Bagaimanapun pemain Brazil itu membidas kritikan penyokong dengan memuat naik gambarnya yang sedang santai di atas bumbung kereta jenis Ferrari 458 Spider bernilai £200,000.

"Terima kasih Tuhan kerana memberikan kesihatan yang baik dan hasil kerja keras yang diidamkan sejak zaman kanak-kanak," katanya di Instagram.

Neymar Kongsi Gambar Santai Atas Bumbung Ferrari 458 Spider

Dalam perlawanan pada Selasa lalu, Barcelona perlu menunggu sehingga minit ke-80 untuk mendapatkan gol penyamaan selepas ketinggalan 0-1 kepada Bayer Leverkusen .

Sebelum perlawanan tamat, kelab gergasi Sepanyol itu berjaya memperolehi kemenangan menerusi jaringan Luis Suarez.

Aksi hambar Barcelona berpunca daripada ketiadaan Lionel Messi yang mengalami kecederaan dan terpaksa direhatkan selama dua minggu.-mstar

Manchester United Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Dapatkan Thomas Muller

Manchester United dilapor mahu mendapatkan penyerang Bayern Munich, Thomas Muller pada akhir musim ini walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih tinggi.


Manchester United Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Dapatkan Thomas Muller

Ejen pemain bola sepak terkenal, Giovanni Branchini memberitahu, pendahulu Liga Perdana Inggeris itu sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan Muller tiba di Old Trafford untuk musim depan.

Ejen kelahiran Itali itu turut mengakui dakwaan bahawa United pernah membuat bidaan sebanyak £71 juta untuk mendapatkan Muler sebelum ini.

"Manchester United mahukan Thomas Muller dengan apa cara sekalipun, saya menghabiskan masa selama sehari untuk menerangkan kepada Bayern Munich yang enggan melepaskan pemain tersebut," dedah Branchini.

Tambahnya, kelab Liga Perdana Inggeris mempunyai dana yang banyak berikutan perjanjian baharu dengan pihak penyiaran dan berikutan itu kewangan bukan menjadi masalah untuk mereka.

Selain itu, pengedali United, Louis Van Gaal dikatakan meminati Muller dan mempunyai agenda tersendiri jika pemain itu berjaya tiba di Old Trafford.-mstar

Malaysia Akan Terima 3,000 Pelarian Syria

Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Malaysia Akan Terima 3,000 Pelarian Syria

Perdana Menteri berkata negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan orang Syria yang terpinggir melarikan diri dari negara mereka dengan jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.

"Sebab itu Malaysia selama ini telah mengambil banyak orang yang melarikan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan. Kini kami mempunyai ratusan ribu migran dan kami mengambil lebih ramai awal tahun ini apabila terdapat krisis kemanusiaan di Laut Andaman," katanya pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini, Khamis.

Pengumuman oleh Najib berhubung kesediaan untuk menerima pelarian Syria itu disambut tepukan gemuruh audien.

Adalah dilaporkan sejak empat tahun lepas, kira-kira empat juta pelarian Syira telah melarikan diri ke negara-negara jiran dan bergelumang dalam kancah kemiskinan.

Najib berkata penyelesaian antarabangsa yang baharu diperlukan bagi menangani krisis migrasi.

Katanya "kita mesti menghormati nilai kemanusiaan bersama" dan isu berjuta-juta rakyat Syria melarikan diri dari negara mereka harus menjadi kebimbangan dan perhatian dunia.

"Hanya apabila kita melangkaui batas bangsa dan anutan, hanya apabila kita melihat gambar-gambar migran yang terdesak, mangsa ekstremis dan mereka yang hidup diselubungi kebuluran dan kemiskinan - dan melihat mereka bukan sebagai orang asing tetapi sebagai saudara kita.

"Apabila kita melihat gambar memilukan jasad Aylan Kurdi berusia tiga tahun yang terdampar di pantai dan merasakan seolah-olah anak kita sendiri dalam wajah kanak-kanak lelaki tidak berdosa itu maka kita akan bertindak untuk berbuat lebih baik.

"Orang di seluruh dunia merayu bantuan kita. Kita tidak boleh - tidak akan membiarkannya sahaja," kata Najib.

Perdana Menteri turut mengulangi kekecewaan Malaysia terhadap kegagalan PBB menerima pakai resolusi menubuhkan sebuah tribunal antarabangsa untuk menyiasat insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 kerana kuasa veto dikenakan.

"Kami akan terus menuntut keadilan menerusi opsyen undang-undang lain kerana kami bertanggungjawab terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian jenayah yang kejam ini," katanya.

Pada 29 Julai lepas, Rusia menggunakan kuasa veto untuk menghalang cadangan lima negara yang dirintis Malaysia untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa sementara bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17 tahun lepas.

Resolusi tersebut mendapat 11 undi menyokong daripada Chad, Chile, Perancis, Jordan, Lithuania, Nigeria, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

China, Venezuela dan Angola, bagaimanapun, berkecuali daripada mengundi.

Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.-mstar

Terkini | Perlaku gadis macam Tarzan

Alor Setar: “Saya terpaksa mencari daun untuk menutup tubuh selepas ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan hanya berpakaian dalam dan berjalan sejauh beberapa meter untuk meminta bantuan sebelum diselamatkan seorang lelaki lalu dibawa ke masjid dan diberi pakaian.”


Terkini | Perlaku gadis macam Tarzan

Demikian kata seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Awien, 21, ketika menceritakan pengalaman mengaibkan selepas diserang dua wanita dan seorang lelaki yang memukul sebelum menanggalkan pakaiannya.

Dia kemudian ditinggalkan di tepi jalan di Jeniang, Sik, dekat sini, Ahad lalu akibat perselisihan faham berkaitan bekas teman lelakinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Awien yang berada di sebuah pusat siber berhampiran Masjid Aman, di sini, kerana sedang menunggu teksi untuk pulang ke kampungnya terkejut apabila didatangi wanita berusia 30 tahun yang juga isteri kepada bekas teman lelakinya bersama seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang lagi wanita yang kemudian menyerangnya.

Menurutnya, dia kemudian meminta untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kerana orang ramai menyaksikan kejadian itu.-hmetro

Zara Zya Enggan Dikongkong Bawah Syarikat Pengurusan

Pelakon Zara Zya memberitahu dia menolak tawaran sebuah syarikat pengurusan artis popular baru-baru ini kerana enggan terkongkong dengan jadual yang diatur syarikat berkenaan.


Zara Zya Enggan Dikongkong Bawah Syarikat Pengurusan

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, biarpun tawaran yang diberikan memberi faedah kepada kedua-dua pihak, namun dia lebih selesa mengurus kerjayanya sendiri tanpa melibatkan banyak pihak.

"Saya ditawarkan untuk bernaung di bawah sebuah syarikat pengurusan artis popular, namun terpaksa saya tolak dengan baik kerana buat masa ini saya fikir ia tidak perlu.

"Kalau jadual saya diatur oleh orang lain tentu mereka tidak tahu bila masa saya ingin berehat dan ia akan menjadikan saya seperti dikongkong serta buat perkara yang saya tidak suka," ujarnya kepada mStar Online.

Zara berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem pertamanya iaitu Rembat di Cineleisure, di sini.

Jelas Zara, dia lebih suka menguruskan hal berkaitan tawaran filem atau drama itu sendiri daripada melalui pihak ketiga.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjayanya yang kurang mendapat tempat di filem berbanding drama televisyen, Zara berkata, kebanyakan tawaran filem datang ketika dia sibuk dengan penggambaran drama.

Katanya, perkara tersebut membuatkan dia tidak dapat menerima tawaran itu walaupun mengetahui filem tersebut mempunyai potensi yang baik dan mampu mengukuhkan namanya dalam industri.

"Saya bukan tidak ada tawaran filem tapi kebanyakan tawaran yang datang pada waktu yang salah iaitu ketika jadual saya sibuk dengan penggambaran drama.

"Saya anggap ia seperti ujian, bila sibuk penggambaran banyak tawaran datang dan bila saya tidak buat apa-apa, tiada pula tawaran," ujarnya.

Sementara itu, Zara mengakui lega apabila filem yang menjalani penggambaran dua tahun lalu akhirnya mendapat tarikh tayangan pada 8 Oktober depan.

"Akhirnya dapat juga saya menjawab pertanyaan peminat-peminat saya yang tidak habis-habis bertanya tentang tarikh tayanyan filem ini.

"Mereka tahu saya berlakon filem kerana saya sering muat naik di Instagram ketika penggambaran dulu, itu yang mereka tanya bila filem nak keluar. Lagi pula peminat saya teruja nak lihat lakonan saya di layar lebar," ujarnya.

Zara membawa watak Azira dalam filem Rembat dan bergandingan dengan pelakon-pelakon polular iaitu Shaheizy Sam, Aniu dan Zizan Razak.-mstar

Gambar Lelaki Jual Mi Goreng & Sandwich Jadi Viral

Bak kata pepatah ‘nak seribu daya, tak nak seribu dalih’, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang perniaga muda ini yang gigih mencari rezeki dengan caranya tersendiri.


Gambar Lelaki Jual Mi Goreng & Sandwich Jadi Viral

Gambar yang menjadi viral di media sosial ini mendapat ribuan maklum balas positif netizen disebabkan cara pemuda ini yang tidak menunggu pelanggan, sebalik berlari menuju ke pelanggan jika ada memanggil.

Anda boleh lihat sendiri inisiatif menggantungkan notis pada dirinya berkenaan barangan makanan yang dijualnya bagi memudahkan orang ramai.

“Mi goreng!!! Sandwich!!! Jerit anak muda ini…sambil tangannya dilihat memegang erat barangan jualannya,” ujar lelaki tersebut seperti mana yang diceritakan oleh pemuat naik gambar.

Menurut maklum balas di ruangan komen, lokasi peniaga gigih ini terletak di tepi jalan besar berhadapan stesyen minyak Petronas, Ampang Jaya.

“Pagi-pagi pergi kerja selalu nampak abang ni berniaga tepi jalan. Sebelum ni dia berniaga dekat traffic light keluar dari Taman Kosas. Semoga rezeki abang ni diperluaskan-Nya. Amin,” ujar Syeruk Diana.

“Bagus adik! Berusaha kuat macam ni inshaAllah akan maju! Janji rezeki halal dan diberkati Allah,” kata Normah Ibrahim.

Berlainan dengan segelintir pemuda yang seringkali hanya mengeluh nasib apabila tidak mendapat pekerjaan, anak muda ini tidak segan silu untuk menjual makanan berhampiran stesen minyak.

Yang penting rezeki halal kan, semoga bertambah maju bro! –mynewshub

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea

Entah kenapa sejak kebelakangan ini, wanita mahupun lelaki yang memiliki susuk tubuh atau wajah yang kacak dan cantik mudah untuk mendapat perhatian.


Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea


Cukup dengan memiliki pakej dari segi aset badan, muka dan sebagainya, tambah pula dengan pekerjaan yang tak disangka-sangka, individu tersebut pasti akan menjadi sensasi Internet.

Belum reda dengan gambar polis paling cantik di Korea, kini seorang cikgu pilates yang juga seorang ahli bina badan ini pula jadi viral dan popular di negara itu.


Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea

Shim Euddeum yang gemar berkongsikan gambar wajahnya yang feminin serta susuk tubuhnya yang ramping dan menawan di laman sosial telah mencetuskan fenomena di kalangan masyarakat tempatan.

Mungkin tubuh badannya yang fit itu telah menjadikan Shim sebagai inspirasi ramai orang di luar sana sehinggakan gambarnya tersebar dengan meluas di sana.

Jom sama-sama kita lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Shim di laman sosialnya sehingga ia mendapat perhatian masyarakat di sana. –mynewshub

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena Di Kalangan Netizen Korea


Rooney Buat Kerja, Ronaldo Dapat Nama?

Zlatan Ibrahimovic membuat pendedahan bahawa Cristiano Ronaldo tidak akan berjaya dalam kariernya tanpa Wayne Rooney.
Rooney Buat Kerja, Ronaldo Dapat Nama?

Ibrahimovic mendedahkan perkara tersebut ketika sesi temubual bagi persiapan dokumentari keempat mengenai Rooney selepas beberapa kisah menarik penyerang Manchester United itu telah dibongkarkan sebelum ini.

“Ketika Cristiano Ronaldo bersama United, semua kerja dilakukan Rooney, tetapi Cristiano yang mendapat nama.

“Dia seorang sahaja yang membuat jaringan, manakala Rooney berlari, berjuang dan banyak membuat pengorbanan untuk pasukan berbanding pemain dari Madeira itu.”

Penyerang Paris St Germain itu berkata, dia pastinya amat gembira jika dapat bermain bersama Rooney satu masa nanti.

“Jika tidak dapat beraksi dengan Rooney, saya mungkin akan menonton dia bermain di kaca televisyen sahaja,” katanya.-mstar

Manchester United Bangkit Benam Wolfsburg

Manchester United bangkit menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua untuk menundukkan Wolfsburg 2-1 dalam aksi peringkat kumpulan B Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi Khamis.


Manchester United Bangkit Benam Wolfsburg

Wolfsburg terlebih dahulu melakukan kejutan di gelanggang lawan apabila membuka jaringan seawal minit keempat.

Gol Wollfsburg dijaringkan Daniel Caligiuri selepas memanfaatkan hantaran Max Kruse.

Namun, Juan Mata berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti pada minit ke-34.

Terdahahulu, United tewas kepada PSV Eindhoven pada aksi pembukaan.

United terus melakukan beberapa asakan sebelum Smalling melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-53 yang gagal ditepis penjaga gol Diego Benaglio.

Kemenangan itu bermaksud kesemua empat pasukan dalam Kumpulan B berkongsi tiga mata selepas CSKA menewaskan PSV 3-2.

Pengurus United, Louis van Gaal mengakui pasukannya berdepan kesukaran untuk memenangi perlawanan itu.

"Ia amat sukar kerana mereka (Wolfsburg) menjaringkan gol terlalu awal tetapi kemudiannya kami memperbaiki rentak permainan dan mencipta banyak peluang.

"Namun kami tidak memanfaatkan peluang itu, kami menanggung penderitaan. Ramai pemain amat letih kerana jadual perlawanan yang padat. Kami masih belum memberikan persembahan terbaik," katanya.

Senarai Pemain:

MANCHESTER UNITED: De Gea; Valencia, Smalling, Blind, Darmian; Schneiderlin, Schweinsteiger; Mata, Rooney, Memphis; Martial.
Pemain simpanan: Romero, Jones, McNair, Pereira, Young, Fellaini, Wilson.

WOLFSBURG: Benaglio; Trasch, Naldo, Dante, Rodriguez; Guilavogui, Arnold; Caligiuri, Kruse, Draxler; Dost.
Pemain simpanan: Grun, Bendtner, Schafer, Klose, Schurrle, Jung, Seguin.-mstar