Tauke Buat Laporan Polis, Saman Penulis Blog

Menjadi salah seorang individu dinamakan sebagai pelawak yang penuh dnegan kontroversi baru baru ini, Tauke Jambu telah mengambil keputusan tekad untuk membuat laporan polis dan menyaman tiga orang penulis blog yang masih terus memfitnah dirinya.


Tauke Buat Laporan Polis, Saman Penulis Blog , info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Tauke Jambu, Isu kasanova

Berkongsi perkembangan terbaru itu bersama mStar Online, Tauke berkata tuduhan tersebut amat keterlaluan sehingga menjejaskan pekerjaannya sebagai penyampai radio di ERA FM.


“Saya terlalu marah sehingga saya membuat laporan polis ke atas tiga penulis blog yang menulis cerita yang tidak benar tentang saya sedangkan saya sudah jelaskan bahawa saya bukan individu yang dimaksudkan (dalam kontroversi pelawak) itu”


Tauke Buat Laporan Polis, Saman Penulis Blog , info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Tauke Jambu, Isu kasanova

“Setakat ini polis sedang buat siasatan & petang Selasa saya akan berbincang dengan pihak Astro tentang tindakan daripada sudut perundangan yang boleh diambil terhadap mereka,” ujarnya.

Tauke membuat laporan polis di Balai Polis Gombak sekitar jam 10.00 malam tadi terhadap tiga penulis blog yang menfitnah dirinya sebagai individu terkait dengan kontroversi seorang pelawak yang didakwa kaki perempuan selain sering menghantar mesej lucah.

Sumber : rotikaya

Hairul Azreen Tidak Kerap Bertemu Hanis Zalikha

Persiapan perkahwinan Hairul Azreen dan bakal isterinya pelakon Hanis Zalikha yang sudah siap 80% itu sudah sedikit sebanyak melegakan pasangan ini. Apa yang lebih menarik Hairul memberitahu dia kini cuba untuk mengurangkan aktiviti bertemu dan keluar bersama.


Hairul Azreen Tidak Kerap Bertemu Hanis Zalikha , info, terkini, hiburan, sensasi

Mereka mengambil keputusan tersebut selepas mendengar nasihat orang orang tua, baginya apa yang baik tidak salah untuk didengar dan diikuti untuk kebaikan pada masa depan.

Hairul Azreen Tidak Kerap Bertemu Hanis Zalikha , info, terkini, hiburan, sensasi

“Kalau setakat untuk keluar untuk berbincang mengenai kerja itu adalah perkara biasa. Bukanlah tidak berjumpa langsung cuma kita kurangkan, malam kita sudah tidak keluar dan yang terakhir adalah baru-baru ini sewaktu menonton tayangan filem Fast & Furious dan itu pun balik sebelum jam 8 malam”

“Bagi saya untuk percaya atau tidak terpulang pada individu, mana yang baik kita turutkan,” ujar Hairul yang ditemui semasa majlis meraikan ulangtahun ke-30 Media Hiburan.


Hairul Azreen Tidak Kerap Bertemu Hanis Zalikha , info, terkini, hiburan, sensasi

Menurut Hairul dia mengenali Hanis semasa di zaman laman sosial MySpace sekitar tahun 2004. Ketika itu masing-masing masih berada di persekolahan dan mereka berdua hanya rapat selepas bersama-sama berada dalam industri hiburan tanah air.

“Kalau ikut kenal dia pada zaman MySpace 2004. Waktu itu saya aktif bersukan dan dia masih bersekolah. Kami berkawan betul-betul dalam 2-3 tahun kebelakangan ini,” tambahnya.


Sumber : rotikaya

Ayda Jebat terkilan dengan kenyataan Shila Amzah

Aktres popular Ayda Jebat berkata dia terkilan dengan kenyataan yang dibuat oleh penyanyi popular Shila Amzah mengenai orang yang cakap 'muah ciked' adalah tidak terpelajar.


Ayda Jebat terkilan dengan kenyataan Shila Amzah, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah, Ayda Jebat

"Sindirian atau apa saja mengenai istilah 'muah ciked' daripada dia, saya langsung tak terasa tapi kenyataan dia orang yang cakap 'muah ciked' adalah tidak terpelajar, itu buat saya terkilan.

"Bagi saya tak perlu nak jawab apa-apa kononnya untuk bagi dia terasa pula, malah saya tak perlu jawab pun isu sebenarnya sebab ia tidak matang.

"Kalau dia rasa perkataan 'muah ciked' itu mengganggu kerjaya sampaikan dia kena besarkan hal itu, lainlah cerita. Tapi di pihak saya, tak kuasa hendak layan benda remeh itu," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu kontroversi tercetus apabila Shila memuat naik status di laman sosial Twitter berbaur sindiran kerana meluat dengan perkataan 'muah ciked' yang mana perkataan itu sering dikaitkan dengan Ayda dalam kalangan peminatnya.

Selepas itu, perbalahan antara kedua-dua peminat itu kemudian tercetus dan selepas beberapa hari Shila tampil dengan video membuat penjelasan yang berkata tweet sebelum itu sebenarnya merujuk kepada adiknya sendiri.

Dalam pada itu, Ayda berkata dia tidak mahu ambil pusing dengan sindiran Shila, tetapi kenyataan yang mengatakan penggunaan istilah itu hanya untuk individu tidak berpelajaran memang tidak wajar dan menyinggung perasaannya.


Sumber : tupai

Nafi Kahwin Jun, Zizan Belum Sedia Dedah Bakal Isteri

Pelawak, pengacara dan pelakon, Zizan Razak menafikan yang dia bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan ibunya pada bulan Jun hadapan seperti yang dilaporkan oleh media beberapa hari lalu. Berita ini juga hangat diperkatakan di laman sosial.


Nafi Kahwin Jun, Zizan Belum Sedia Dedah Bakal Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Zizan Razak, foto bakal isteri zizan

 “Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu lagi pada bulan Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa-apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab saya dan dia baru sebulan saja kenal,” ujar Zizan kepada Harian Metro.

 Terkejut dengan perkhabaran tersebut, Zizan menjelaskan yang dia baru sahaja hendak pulang ke kampung dan berbincang dengan kedua orang tuanya terlebih dahulu perihal perkahwinan ini.

 “Terkejut sangat bila baca laporan yang kononnya saya akan berkahwin pada Jun hadapan. Padahal saya baru sahaja hendak balik kampung dan berbincang dengan orang tua terlebih dulu,” kata pelakon filem KL Gangster ini.

 Belum bersedia mendedahkan siapakah gerangan gadis yang bakal menjadi suri hatinya, Zizan menjelaskan yang gadis itu tiada kena mengena dengan industri hiburan dan gadis itu tidak pernah dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

 Tambah Zizan lagi, jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, dia mahu mengakhiri zaman bujangnya tahun ini juga, tetapi masih belum lagi mendapat tarikh yang muktamad.

 “Kalau sudah berjumpa dan berbincang nanti, barulah saya berani sahkan tarikh yang sesuai. Insya-Allah, jika semua berjalan lancar memang tahun ini sebab saya pun bukan makin muda, cuma bulan itu tak pasti lagi bila,” katanya lagi.

 Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan cintanya yang putus di tengah jalan bersama dengan pelakon jelita Emma Maembong, Zizan pasrah tiada jodoh antara dirinya dan Emma.

 “Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan. Selama ini saya bukan lari, tapi saya masih sedih dengan perpisahan kami walaupun rasa sayang itu masih ada.

Buat Emma, saya doakan yang terbaik dan saya percaya karier Emma boleh maju lagi dalam lapangan hiburan,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber : murai

David Beckham Akan Kawal Ketat Harper Macam Rapunzel?

Hubungan mesra diantara pemain bola sepak ternama dunia, David Beckham dan anak bongsu kesayangannya, Harper Seven dilihat sangat mesra dan dimanjai oleh sang bapanya itu. Walaupun baru berusia tiga tahun, Harper khabarnya akan dikawal ketat bapanya apabila dia meningkat dewasa kelak.


David Beckham Akan Kawal Ketat Harper Macam Rapunzel?, info, terkini, berita, David Beckham, Repunzel, Harper Seven

Menurut David lagi, walaupun dia menyayangi semua anaknya dengan sama rata tetapi memiliki anak perempuan adalah perkara yang berbeza.

“Menjadi bapa kepada seorang anak perempuan adalah perkara yang mengujakan. Saya tidak kata saya lebih sayangkan Harper berbanding abang-abangnya tetapi anak lelaki lebih suka berdikari,”cerita David tentang kehidupannya sebagai seorang bapa.


David Beckham Akan Kawal Ketat Harper Macam Rapunzel?, info, terkini, berita, David Beckham, Repunzel, Harper Seven

David Beckham Akan Kawal Ketat Harper Macam Rapunzel?, info, terkini, berita, David Beckham, Repunzel, Harper Seven

Selain daripada itu, bekas pemain kelab Manchester United ini turut ditanyakan mengenai perasaannya apabila puteri kesayangnya itu meningkat dewasa, adakah dia akan mengongkong lebih-lebih lagi jika Harper mula kenal erti cinta.

“Dia (Harper) tidak akan bebas keluar untuk bertemu teman istimewa. Dia akan dibesarkan didalam penjagaan saya sahaja, seperti dongeng Rapunzel ,”seloroh David mengenai anak perempuan tunggalnya itu.

David Beckham Akan Kawal Ketat Harper Macam Rapunzel?, info, terkini, berita, David Beckham, Repunzel, Harper Seven

Baru-baru ini kedua mereka dilihat menghabiskan masa bersama berteduh dari panas menikmati ais krim pada minggu cuti Easter di Los Angeles. Bukan sahaja cuti Easter, keluarga Beckham dikatakan berada di LA kerana keinginan Brooklyn untuk menghadiri festival muzik Coachella buat kali pertamanya.

Sumber : murai

Kerana ‘Bitchy’ Sangat, Sherry Ibrahim Teruk Dimaki Hamun

Kadang-kadang, terbit rasa kasihan kami kepada selebriti-selebriti di Malaysia ni. Bukan apa, ada yang baik pun kena maki, yang perangai buruk apatah lagi kan?


Kerana ‘Bitchy’ Sangat, Sherry Ibrahim Teruk Dimaki Hamun, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Sherry Ibrahim

Tapi, nak buat macam mana. Dah nama pun ‘public figure’, semua tindak tanduk diperhatikan.

Haa, korang mesti pelik tengah cakap tentang siapa kan? Sebenarnya, Mek tersentuh dengan luahan hati pelakon jelita Sherry Ibrahim di laman Instagramnya malam tadi.


Ceritanya begini, menurut Sherry, ada segelintir peminat fanatik dan haters drama Cinta Ibadah yang memberikan komen-komen negatif di laman sosial ekoran watak yang dilakonkan oleh Sherry.

Iyalah, dalam drama tersebut, Sherry memagang watak sebagai doktor Irma yang pada awalnya baik, tiba-tiba bertukar menjadi ala-ala bitchy kerana tergila-gilakan suami orang.


Kerana ‘Bitchy’ Sangat, Sherry Ibrahim Teruk Dimaki Hamun, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Sherry Ibrahim

Dek kerana itulah, ramai peminat drama tersebut bengang dengan Sherry. Mungkin kerana itu juga, mereka sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati si manis ini.


Kerana ‘Bitchy’ Sangat, Sherry Ibrahim Teruk Dimaki Hamun, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Sherry Ibrahim

Hmm, dapat kami bayangkan bertapa terlukanya hati Sherry apabila menerima komen negatif tersebut.

Penonton pun haruslah faham, lakonan dan realiti itu tak sama. Tak semua pelakon itu melakonkan watak dan sifat dirinya sendiri. Eh?! Hehe.

Jadi, diharap semua jelas dengan penjelasan yang Sherry berikan. Harapan kami, tak adalah lagi yang marah-marah atau emosi lepas ni. Chill la!

Kepada Sherry, anggap sajalah anda telah berjaya melakonkan watak tersebut. Kalau tak berjaya takkan orang tak suka dengan watak doktor Irma. Tak gitu?


Sumber : ohbulan

Mesej Fara Fauzana Kepada Dr Mashitah

Apabila seseorang sudah berhijrah tidak perlu lagi dipersoalkan sebaliknya ucapkan tahniah dan iringi doa kerana individu itu telah memperbaiki personaliti mereka ke arah menjadi insan yang lebih baik, itu pandangan Penyampai Radio Hot FM, Fara Fauzana.


Mesej Fara Fauzana Kepada Dr Mashitah, info, terkini, hiburan,sensasi, Fara Fauzana


Fara, 34, yang kini telah berhijab sejak tujuh bulan lalu berkata, beliau sukar untuk menjawab pertanyaan berhubung perubahan imejnya jika diajukan wartawan dan peminat. Jangan persoal jika orang berhijrah – Fara Fauzana.

“Apabila seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yang sepatutnya dalam hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa dan kenapa perubahan itu berlaku. “Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya. “Saya berhijab kerana Allah SWT,” jelas Fara atau dikenali juga sebagai ‘Fafau’ ketika ditemui The Rakyat Post.

Fara yang juga pengacara rancangan televisyen NONA berkata, sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak. “Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar,” katanya. Fara berkata, kalangan pendakwah tempatan sebenarnya telah berjaya menyampaikan dakwah di kalangan artis dan selebriti di negara ini dengan baik.

Sambil menjelaskan perubahan beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan mengehadkan hubungan yang sudah lama terjalin dengan semua pihak yang membantu perkembangan kariernya. “Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya yang bimbang ada pihak tertentu mengaitkan selebriti dan artis sepertinya dengan pertubuhan tertentu.

Ditanya mengenai penampilan selepas berhijab, beliau mengakui perlu lebih teliti memilih pakaian yang ditaja. “Saya bergabung dengan FF By Maganda buat pada masa ini untuk menyediakan fesyen yang bersesuaian dengan imej hijab yang akan digayakan dalam majlis. “Saya cuba elak berpakaian ketat menampakkan bentuk tubuh,” kata Fara. via ekeleh and Rakyat Post.

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut

Terpegun pabila melihat koleksi foto Maria Farida yang sangat ayu bertudung. Maria Farida yang pernah mencetuskan kontroversi dunia hiburan dengan memuatnaik foto bikini di laman instagram beliau, kali ini mengupload foto bertudung pula...

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida


Tapi foto-foto tersebut (bertudung) adalah atas urusan kerja, dan kebanyakkannya adalah untuk seisi fotoshoot produk dan ketika Maria menunaikan umrah......
 

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Perubahan Mendadak MARIA FARIDA Yang Buat Semua Terkejut, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Sudah tentu sebagai peminat, kita harapkan artis cantik ini akan terbuka hatinya untuk kekal berhijab suatu hari nanti..Subhanallah.... sungguh indah ciptaan Allah..........


Sumber : kitamestipercaya.blogspot.com