Nafi Kahwin Jun, Zizan Belum Sedia Dedah Bakal Isteri


Pelawak, pengacara dan pelakon, Zizan Razak menafikan yang dia bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan ibunya pada bulan Jun hadapan seperti yang dilaporkan oleh media beberapa hari lalu. Berita ini juga hangat diperkatakan di laman sosial.


Nafi Kahwin Jun, Zizan Belum Sedia Dedah Bakal Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Zizan Razak, foto bakal isteri zizan

 “Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu lagi pada bulan Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa-apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab saya dan dia baru sebulan saja kenal,” ujar Zizan kepada Harian Metro.

 Terkejut dengan perkhabaran tersebut, Zizan menjelaskan yang dia baru sahaja hendak pulang ke kampung dan berbincang dengan kedua orang tuanya terlebih dahulu perihal perkahwinan ini.

 “Terkejut sangat bila baca laporan yang kononnya saya akan berkahwin pada Jun hadapan. Padahal saya baru sahaja hendak balik kampung dan berbincang dengan orang tua terlebih dulu,” kata pelakon filem KL Gangster ini.

 Belum bersedia mendedahkan siapakah gerangan gadis yang bakal menjadi suri hatinya, Zizan menjelaskan yang gadis itu tiada kena mengena dengan industri hiburan dan gadis itu tidak pernah dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

 Tambah Zizan lagi, jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, dia mahu mengakhiri zaman bujangnya tahun ini juga, tetapi masih belum lagi mendapat tarikh yang muktamad.

 “Kalau sudah berjumpa dan berbincang nanti, barulah saya berani sahkan tarikh yang sesuai. Insya-Allah, jika semua berjalan lancar memang tahun ini sebab saya pun bukan makin muda, cuma bulan itu tak pasti lagi bila,” katanya lagi.

 Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan cintanya yang putus di tengah jalan bersama dengan pelakon jelita Emma Maembong, Zizan pasrah tiada jodoh antara dirinya dan Emma.

 “Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan. Selama ini saya bukan lari, tapi saya masih sedih dengan perpisahan kami walaupun rasa sayang itu masih ada.

Buat Emma, saya doakan yang terbaik dan saya percaya karier Emma boleh maju lagi dalam lapangan hiburan,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber : murai

Filled Under: