Kamal Adli Ganggu Proses Penggambaran Tiba Lewat Di Lokasi

Kamal Adli sekali lagi didakwa tidak mempunyai disiplin dalam menjaga masa kerana tiba lewat ke lokasi penggambaran  program Ye Ke?! selama 2 jam setengah.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kamal adli

Diundang sebagai tetamu bagi  sesi rakaman pertama, beliau sepatutnya hadir pada jam 12.30 dan telah menjejaskan rakaman kedua pada hari tersebut yang membabitkan artis terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Awie, Nabila Huda, Amy Mastura dan Raja Azura.

Artis-artis bagi sesi kedua datang setengah jam lebih awal daripada yang ditetapkan dan kerana kelewatan Kamal, Awie terpaksa menarik diri pada saat akhir.

Tentu sekali produksi program tersebut menjadi tidak menentu kerana rencana mereka celaru dan mempersoalkan mengapa Kamal tidak memberitahu krew ataupun penerbit sekiranya beliau mempunyai sebarang masalah.

Sebelum ini, Kamal yang bertindak sebagai hos program pencarian bakat Dewi Remaja juga sering tiba lambat dari masa yang ditetapkan.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kamal adli


Kalau Kamal Adli berterusan begini tentu ia boleh menjatuhkan imejnya sebagai seorang selebriti serta mensia-siakan peluang yang ada. Apa sahaja kekangan yang dihadapi adalah lebih baik untuk memberitahu pihak yang lain agar tidak menimbulkan sebarang masalah. Tidak manis sekiranya kita menjejaskan jadual orang lain juga kerana artis lain mempunyai kerja lain juga.

Sumber Berita: Harian Metro

Zizan Razak Digam Astro?

Bagaikan tiada penghujung kontroversi yang melanda diri Zizan Razak. Ekoran dikatakan sebagai pelawak kasanova yang melakukan kerja tidak senonoh dengan peminat wanita kerana sering meminta gambar lucah dan mesej-mesej yang berbaur seks, khabarnya nama Zizan Razak sudah dibekukan oleh pihak Astro buat sementara waktu.


Zizan Razak Digam Astro?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak

Berita ini kemudian disokong kuat apabila Zizan kini jarang muncul di dalam program terbitan syarikat televisyen swasta tersebut.


Zizan Razak Digam Astro?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak

Walaupun sudah berkali-kali menafikan dirinya ‘Bukan Pelawak Kasanova‘, namun kenyataan terbaru Zizan Razak yang mengakui ada berkunjung ke pusat karaoke di negara seberang  sekaligus telah mengundang persepsi negatif masyarakat dan orang ramai yang menganggap beliau adalah pelawak yang dimaksudkan.
    “Saya mengaku pergi ke pusat karaoke itu tetapi demi Allah tiada pelacur di sana”.

Bagaimanapun pada masa ini, Zizan Razak masih belum tampil memberikan sebarang komen mengenai isu beliau dibekukan oleh pihak Astro. Banyak persoalan yang bermain di minda peminat dan media yang ingin mengetahui siapakah sebenarnya pelawak kasanova tersebut agar ia tidak lagi menjadi teka-teki. Adalah lebih baik jika dapat mendedahkan individu itu supaya beliau serik dan mendapat pengajaran yang sepatutnya !

Sumber : gosipmalaysia

AC Mizal Bakal Tinggalkan Astro?

Gosip pengacara Maharaja Lawak Mega, Datuk AC Mizal akan meninggalkan Astro kini sedang bertiup kencang. Mana tidaknya ramai yang terkejut AC Mizal dikatakan bakal meninggalkan Astro tidak lama lagi. Nama pengacara AC Mizal sememangnya terkenal menerusi rancangan hiburan Astro malah bakat pengacaraannya banyak menghiburkan penonton.


AC Mizal Bakal Tinggalkan Astro?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, AC Mizal

Namun gosip kencang ini masih lagi dinafikan oleh tuan punya badan Datuk AC Mizal tetapi menurut sumber lain keputusan AC Mizal kali ini memang betul-betul dan muktamad memandangkan kontraknya sebagai artis eksklusif stesen televisyen berbayar itu akan berakhir pertengahan tahun ini.

Keputusan bakal diambil AC ada kaitan dengan khabar angin kononnya dia tidak berpuas hati dengan syarikat pengurusannya yang melebihkan bintang lain yang turut bernaung di bawah syarikat pengurusan sama adalah tidak benar sama sekali. Malah cerita tentang wujudnya perselisihan faham di antara AC Mizal dan pihak pengurusan dan juga artis lain yang bernaung di bawah pengurusan Astro juga tidak benar.

Penulis pun pelik kena perlu ramai yang membuat andaian sediri dan pandai-pandai memberi punca AC Mizal bakal meninggalkan Astro. Pada hakikatnya keputusan terbabit dibuat berkait rapat dengan keputusannya mengusahakan stesen TV dan radio atas talian PeaceY’all FM yang sudah memulakan operasinya.

Penulis yakin pasti ada sebab lain dan munasabah AC Mizal bakal tinggalkan Astro. Malah menurut sumber lain mengikut kontrak ditetapkan Astro, sebagai artis eksklusif, AC Mizal tidak dibenarkan mengacara di mana-mana stesen TV. Perkara itu membuatkan dia tidak boleh muncul dalam stesen TV dan radio ditubuhkan. Apabila memikirkan perkara itu, AC Mizal membuat pengorbanan paling besar dalam kerjaya seninya demi memastikan apa diusahakan dapat dijayakan dengan baik.

Penulis rasa kalau AC Mizal tinggalkan Astro pun ada baiknya juga, sekurangnya tidak terikat dalam mengacara stesen televisyen yang lain. Tak gitu? Semoga AC Mizal membuat pilihan dan keputusan yang tepat demi masa depan kerjayanya.

Sumber : gosipmalaysia

Emma Maembong Tak Anggap Tindakan Zizan Razak Terburu Buru

Bekas kekasih Zizan Razak, Emma Maembong menafikan bahawa dirinya merupakan individu yang bakal menjadi isteri kepada pelawak tersebut malah Emma turut memberitahu bahawa selepas hubungan mereka berkahir, dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih Zizan.

info, terkini, hiburan, sensasi, emma maembong, zizan

“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia”

“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” kata Emma,” katanya kepada Utusan Malaysia di samping mengakui sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.

Selain itu Emma mempercayai soal jodoh dan menolak tindakan Zizan berkahwin itu sebagai suatu keputusan yang tergesa- gesa. Malah dia juga percaya Zizan sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri dan yang terbaik buatnya.

Zizan secara mengejut memberitahu pihak media bahawa dirinya bakal berkahwin pada Jun ini dengan gadis pilihan yang juga berasal dari negeri kelahirannya iaitu Terengganu. Bagaimanapun Zizan enggan mendedahkan identiti bakal isterinya itu buat masa ini.

Sumber : rotikaya

Mimpi Van Gaal Jadi Kenyataan, Benam City 4-2

Mimpi Louis van Gaal menjadi realiti apabila Manchester United menang bergaya empat gol ke atas Manchester City pada aksi luar biasa di Old Trafford lewat Ahad malam.


Mimpi Van Gaal Jadi Kenyataan, Benam City 4-2, info sukan, bola sepak, liga perdana inggeris, manchester city, manchester united,

Sebelum itu, pemain-pemain United tersentak dengan jaringan seawal lapan minit permainan oleh Sergio Aguero.

Namun United tidak mengambil tempoh yang lama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-14 oleh Ashley Young sebelum Marouane Fellaini menambah gol kedua (27’) melalui tandukan padu ke arah gol sekaligus memastikan pasukannya boleh berehat dengan tenang sebelum babak kedua bermula.

Bersambung ke separuh masa kedua, pasukan United mula menunjukkan corak permainan yang lebih kemas kepada City apabila Juan Mata berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-67.

Malah tekanan skuad Manuel Pallegrini itu semakin terasa apabila Chris Smalling menghadiahkan gol keempat kepada penyokong-penyokong setia yang memenuhi stadium minit ke-73.

Kedudukan selesa 4-1 diharap kekal sehingga ke wisel penamat, namun Aguero berjaya menambah gol kedua untuk City minit ke-89.

Dalam pada itu Van Gaal berkata, sebelum perlawanan, dia dan pemain-pemainnya ‘bermimpi’ menewaskan musuh terdekatnya itu buat julung kalinya sejak Disember 2012.

“Apa sahaja mimpi, saya tetap menganggap aksi pemain-pemain kali ini di luar jangkaan,” katanya.

Aksi kemenangan ini juga bakal  membuatkan Arsenal  berasa tergugat memandangkan hanya kelebihan satu mata (66) daripada United (65) untuk berada di kedudukan kedua. Manakala City di kedudukan keempat dengan 61 mata.


Sumber : mstar online

Abam Naik Harga Selepas Menang Pelawak Popular

Abam (Bocey) terpaksa menaikkan harga bayarannya selepas memenangi Pelawak Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada 5 April lalu.


Abam Naik Harga Selepas Menang Pelawak Popular, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Abam Bocey

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 27, berkata, perkara tersebut dilakukan kerana dia mahu menampung keperluan dirinya selain akan memastikan bayaran yang dikenakan setimpal dengan tawaran yang diberi.

"Itu semua bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan tetapi saya cuma ingin minta lebih sikit harga sebagai duit minyak, tambang tol dan keperluan asas.

"Kalau nak kata saya ni mula demand, sejak dulu lagi saya boleh lakukannya tetapi sekarang ni saya mahu semua pihak membayar saya setimpal dengan kerja yang dilakukan.

"Kepada semua pengarah dan penerbit tidak harus takut untuk mengambil saya berlakon kerana saya akan cuba memenuhi kehendak mereka selagi mampu untuk lakukannya," kata Abam kepada mStar Online.
 
 
Abam Naik Harga Selepas Menang Pelawak Popular, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Abam Bocey

Abam memenangi Pelawak Lelaki Popular, pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 pada 5 April lalu.

Dalam APBH 2014 lalu, Abam menewaskan empat finalis lain iaitu Zizan Razak, Jep (Sepahtu), Achey (Bocey) dan Shuib (Sepahtu).

Sementara itu Abam berkata, bentuk fizikal tubuhnya menjadi penghalang untuk dia menerima sesuatu tawaran kerana pergerakannya terbatas.

"Dalam keadaan bentuk badan macam ini saya memerlukan banyak rehat dan perlu memilih watak yang diberikan dengan betul. Jika saya tidak mampu lakukkan dari awal lagi saya akan menolak tawaran tersebut," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abam berkata, dia bersama Bocey bakal muncul dalam pementasan Lawak Ker Der 2015 yang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 16 hingga 19 April depan.

Sumber : mstar online

Kekasih Buat Suprise Birthday Party Jep Sepahtu

Rasanya ramai dah tahu, pelawak terkenal Jep Sepahtu mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon manis Nazeera Sardi.

Meskipun masing-masing tidak pernah mengaku secara rasmi tentang hubungan yang terjalin, namun melihat kemesraan mereka sudah dapat diagak perasaan masing-masing.



Kalau korang nak tahu, kelmarin merupakan hari jadi yang ke-30 pelawak terkenal itu.
A photo posted by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on
 

Khas untuk meraikan Jep, Nazeera telah merancang satu suprise birthday party di sebuah restoran mewah.

Menerusi laman Instagram, Jep dilihat berkongsi momen-momen romantis bersama Nazeera.

A photo posted by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Alahai, kami yang pulak yang melting melihat pasangan ini. Sweet sangat!

Di kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat ulang tahun buat Jep Sepahtu dan semoga terus berjaya dalam bidang seni.

Sumber : mynewshub

Rompakan Bersenjata Kedai Emas Di Jalan TAR

Satu rakaman kamera CCTV kejadian rompakan melibatkan sebuah kedai emas di Jalan TAR kini menjadi sensasi Internet apabila ia mula tersebar luas di media sosial.


Rompakan Bersenjata Kedai Emas Di Jalan TAR, info, terkini, berita, kes rompakan,

Menurut sumber, rompakan didalangi lapan individu, masing-masing bersenjatakan parang dan pistol.




Berdasarkan rakaman video berdurasi 57 saat itu, hanya tiga daripada lapan suspek berjaya dirakam di mana selebihnya yang lain berada di luar skop kamera.

Melalui pengamatan kami, ketiga-tiga suspek tersebut menyerbu premis berkenaan dan kemudian salah seorang daripada mereka mengawal bahagian depan premis berkenaan dengan bersenjatakan sepucuk pistol.

Suspek yang mengawal di bahagain hadapan premis berkenaan cuba untuk menakut-nakutkan orang awam yang cuba menyaksikan kejadian terbabit.

Bagaimanapun, tiada sebarang tebusan ataupun orang awam yang tercedera.

Identiti suspek yang kesemuanya memakai topi keledar masih belum dikenalpasti.

Sumber : mynewshub