Zizan Razak Digam Astro?


Bagaikan tiada penghujung kontroversi yang melanda diri Zizan Razak. Ekoran dikatakan sebagai pelawak kasanova yang melakukan kerja tidak senonoh dengan peminat wanita kerana sering meminta gambar lucah dan mesej-mesej yang berbaur seks, khabarnya nama Zizan Razak sudah dibekukan oleh pihak Astro buat sementara waktu.


Zizan Razak Digam Astro?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak

Berita ini kemudian disokong kuat apabila Zizan kini jarang muncul di dalam program terbitan syarikat televisyen swasta tersebut.


Zizan Razak Digam Astro?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak

Walaupun sudah berkali-kali menafikan dirinya ‘Bukan Pelawak Kasanova‘, namun kenyataan terbaru Zizan Razak yang mengakui ada berkunjung ke pusat karaoke di negara seberang  sekaligus telah mengundang persepsi negatif masyarakat dan orang ramai yang menganggap beliau adalah pelawak yang dimaksudkan.
    “Saya mengaku pergi ke pusat karaoke itu tetapi demi Allah tiada pelacur di sana”.

Bagaimanapun pada masa ini, Zizan Razak masih belum tampil memberikan sebarang komen mengenai isu beliau dibekukan oleh pihak Astro. Banyak persoalan yang bermain di minda peminat dan media yang ingin mengetahui siapakah sebenarnya pelawak kasanova tersebut agar ia tidak lagi menjadi teka-teki. Adalah lebih baik jika dapat mendedahkan individu itu supaya beliau serik dan mendapat pengajaran yang sepatutnya !

Sumber : gosipmalaysia

Filled Under: