Foto Tunang Adira & Shahrul 22 Disember Lalu

Pandai sungguh Adira dan Shahrul menyorok perkembangan percintaan mereka. Dalam diam rupa-rupanya pasangan kekasih ini telah pun mengikat tali pertunangan pada 22 Disember 2014


Foto Tunang Adira & Shahrul 22 Disember Lalu, info, terkini, hiburan, sensasi, Adira

Lebih menarik, kedua-duanya telah merancang untuk berkahwin pada bulan September ini. Majlis pertunangan tersebut telah berlangsung serba ringkas dengan kehadiran keluarga Adira dan Shahrul di Kundasang, Sabah, rumah Adira.

Foto Tunang Adira & Shahrul 22 Disember Lalu, info, terkini, hiburan, sensasi, Adira

Pasangan sama cantik sama padan ini telah pun bercinta sejak beberapa tahun lalu dan ada kalanya bergaduh seperti pasangan lain. Menarik juga teknik Shahrul memujuk Adira. Anda kena baca di BiPop hari ini. Disini nak kongsikan sedikit kata-kata Adira tentang percintaannya dengan Shahrul yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Kata Adira:-

    Saya tidak tahu kenapa menyukainya mungkin sebab dia adalah Shahrul Nasrun. Bukan saya pandangan ketampanan atau kebendaan. Saya tidak suka lelaki berjanggut, tetapi apabila mengenalinya, persepsi saya berubah. Seksi juga lelaki berjanggut.

    Shahrul seorang yang baik hati dan berdikari, selain mementingkan kekeluargaan. Saya bahagia bersamanya. Shahrul tegas orangnya tetapi dia sering membuatkan saya gembira.

    Memang ramai yang tidak tahu kami sudah bertunang. Saya bukan mahu menipu atau menyembunyikan hakikat sebenar, namun pertunangan itu hanya ikatan yang tidak menjanjikan kepastian. Disebab itu saya tidak berani untuk menguar-uarkan terlebih dahulu.

    Majlis pertunangan berlangsung ringkas, hanya dihadiri keluarga. Hanya apabila tarikh sudah ditetapkan baru saya berani bersuara. Insya Allah kami akan melangsungkan pernikahan pada September nanti.


Alhamdulillah. Tahniah diucapkan atas berita gembira ini. Pasti para peminat pun turut sama tumpang gembira. Tak sabar nak menunggu hari pernikahan Adira dan Shahrul. Pastinya kedua-duanya akan kelihatan cantik berseri-seri di hari bahagia mereka. Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar. Semoga dipermudahkan. Amin.

Sumber : BiPop

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun

Bestnya Aaisyah...dapat bercuti sampai ke Jepun. Boleh la jumpa Doraemon kan... hehehee. Kali ini mummy ke Jepun untuk rakaman siri Primadona yang akan berlangsung di Astro Prima.

Tidak mahu berjauhan, Che Ta  akhirnya membawa Aaisyah sekali. Ye la ibu mana yang mahu berjauhan dengan anaknya bukan?

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta


Jom kita saksikan lagi 9 keping gambar comel Aaisyah bercuti sakan di Jepun dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Digelar artis termuda LOL Entertainment

Meskipun Aisyah Dhia Rana baru berusia lima bulan, namun anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telah menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.

"Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.

"Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata kepada BH.

Selain bayi mereka, Zain turut bersetuju untuk menyertai pengurusan LOL yang dimiliki Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi. 

"Jadi... kenapa saya tidak menerima tawaran mereka untuk menguruskan saya sekali termasuk anak," jelas Zain.


Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Sumber : artiselebriti

Apabila sambal sotong dijual RM1 sehiris

Sekeping gambar yang menunjukkan hidangan sambal sotong yang dikatakan dijual pada harga yang mahal di sebuah kafe makanan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi viral di media sosial.


Apabila sambal sotong dijual RM1 sehiris, info, terkini, berita, viral

Gambar berkenaan yang dimuat naik oleh Oh! Media di laman Facebooknya itu menjadi tumpuan warga internet apabila sambal berkenaan didakwa dijual RM1 bagi setiap satu hiris.

Menurut laman berkenaan, kafe berkenaan sering mencekik darah para pelajar dengan menjual makanan pada harga yang cukup tinggi dan berseloroh dengan mengatakan ia akan dijual pada harga RM1.60 selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Rata-rata pengguna Facebook memberikan komen yang negatif ke atas tindakan pemilik kafe berkenaan yang menjual makanan pada harga yang tidak munasabah terutamanya kepada para pelajar.

Cik Sal Lily dalam komennya menyindir pemilik kafe berkenaan dengan mengatakan harga sambal sotong berkenaan tidak sepatutnya dijual pada harga berkenaan.

“Amboi mahalnya. Kalau makan sotong ni kena kemam je dalam mulut dua atau tiga hari sebab mahal sangatkan, sayang hendak telan,” katanya.

Mankala Fadzlynn Type R pula menasihatkan pemilik kafe tersebut supaya tidak menjual hidangan tersebut sekiranya harga sotong di pasaran dijual pada harga yang tinggi.

“Kalau rasa sotong tu mahal, tak payah la jual dan ingat pelajar ini anak orang kaya ke?

“Anak orang kaya pun nak berjimat.. Sepatutnya jual pada harga murah yang mana kemudiannya rezeki pun akan murah kalau kita berniaga sambil bersedekah,” ujarnya.

Sumber : therakyatpos

10 Gambar Mantap Amyra Rosli Tersebar

Siapa tidak kenal dengan pelakon Amyra Rosli yang semakin meningkat naik dan menjadi kegilaan peminat-peminat lelaki beliau. Orang cantik katakan...


10 Gambar Mantap Amyra Rosli Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Amyra Rosli


Rupanya Amyra Rosli ni memang cantik pun, kami paparkan 10 gambar Amyra Rosli yang di kongsikan untuk tatapan semua peminat beliau...

Apa lagi jom lihat gambar Amyra Rosli yang boleh buat anda di luar sana angau tak sudah.
 

Biodata Profil Amyra Rosli
 
Nama sebenar: Nur Amira Izzati Rosli
Umur: 24 tahun (2015)
Tarikh lahir : 24 Ogos.
Asal: Kuala Lumpur.
Ibu: Noor Zaridah Ahmad.
Adik-beradik: Anak sulung daripada empat adik-beradik.
Pendidikan: Diploma teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Duta: Aura White SkinSpa.

Antara Drama/Telefilem:.
Suamiku Encik Sotong, Jodoh, Supermax, Warkah Cinta (TV AlHijrah), Cinta dan Wahyu

10 Gambar Mantap Amyra Rosli Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Amyra Rosli

10 Gambar Mantap Amyra Rosli Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Amyra Rosli

10 Gambar Mantap Amyra Rosli Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Amyra Rosli

10 Gambar Mantap Amyra Rosli Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Amyra Rosli

10 Gambar Mantap Amyra Rosli Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Amyra Rosli

10 Gambar Mantap Amyra Rosli Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Amyra Rosli

10 Gambar Mantap Amyra Rosli Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Amyra Rosli

10 Gambar Mantap Amyra Rosli Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon Amyra Rosli

Sumber : gosipnhiburan

Trak Ford Ranger baru lebih ranggi

Selepas menguasai pasaran trak pikap di beberapa negara Asia Tenggara, Ford Ranger kini kembali dengan varian dipertingkatkan yang memberi impak pada penampilan dan padanan teknologi terbaru.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Menariknya, ia diperkenalkan secara global sempena Pameran Motor Bangkok, minggu lalu, dengan menerapkan keupayaan serta kualiti buatan yang mantap untuk pasaran lebih 180 negara.

Model yang dipertingkatkan itu nyata berbeza apabila memberi banyak perubahan, terutama pada imej depannya. Namun, penampilannya lebih moden dan berani memberikan Ford Ranger kelihatan gah di jalan raya dengan rekaan bonet depan lebih maskular, selain padanan jeriji bentuk trapezoid.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Lampu depan menggunakan projektor membolehkan trak pikap itu lebih jelas dikenali melalui rupanya yang garang. Bahagian dalaman juga menawarkan persekitaran lebih selesa, kontemporari dan membuatkan seperti berada dalam kereta sedan.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Ia diperkuatkan lagi dengan rekaan dalaman dengan garisan horizontal menyusuri keseluruhan kabin, sekali gus memberikan rasa luas dan diceriakan oleh skrin sesentuh bersaiz lapan inci di bahagian tengahnya.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Skrin itu memudahkan pemandu dan dipadankan banyak butang kawalan di hujung jari bersama sudut dikod menggunakan warna mesra pengguna.

Ford Ranger masih kekal menjadi trak paling lasak dalam kelasnya dengan kemampuan mengharungi air sedalam 0.8 meter (m) dan kelegaan tanah setinggi 0.23 m.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Ia juga dilengkapi rangkaian teknologi terkini membabitkan sistem ketersambungan generasi terkini Ford, Sync 2 menawarkan cara lebih bijak dengan menggunakan arahan suara.

Bagi memberi kemudahan, ia didatangkan dengan soket kuasa 240 volt yang boleh digunakan untuk mengecas komputer, malah ciri keselamatan lebih baik dan membantu pemandu seperti teknologi Amaran Mengekalkan Laluan untuk menghalangkan pemandu keluar dari laluan secara tidak sengaja.

Rangkaian kuasanya ditawarkan enjin diesel berbeza iaitu 3.2 liter Duratorq, 2.2 liter Duratorq, 2.2 liter serta 2.5 liter petrol. Ia juga hadir dengan sistem Start/Stop automatik yang mampu menjimatkan minyak sehingga 3.5 peratus dengan mematikan enjin kenderaan dalam keadaan melalu seperti di lampu isyarat.

Namun bagi pasaran Malaysia, model itu hanya ditawarkan dengan enjin diesel dan dijangka dilancarkan selepas pertengahan tahun ini. Ford Ranger itu dipasang di kilang AutoAlliance Thailand, Rayong, Thailand bagi pasaran Asia Pasifik.
 

Sumber : hmetro

25 Cedera Pesawat Air Canada Mendarat Cemas Di Halifax

Peswat Airbus A320 milik Air Canada dilaporkan mendarat cemas di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield di Kanada selepas pesawat itu terlanggar wayar bekalan elektrik, awal pagi tadi.


25 Cedera Pesawat Air Canada Mendarat Cemas Di Halifax, info, terkini, berita, Pesawat Airbus A320 Canada,

Pesawat tersebut mengalami kerosakan teruk dan 25 daripada 132 penumpang mengalami kecederaan ringan akibat insiden itu.

Penerbangan AC624 dari Toronto itu dilaporkan terlanggar wayar bekalan elektrik di lapangan terbang sekali gus menyebabkan kawasan itu bergelap seketika.

25 Cedera Pesawat Air Canada Mendarat Cemas Di Halifax, info, terkini, berita, Pesawat Airbus A320 Canada,
Keadaan lapangan terbang yang bergelap seketika sebelum dipulihkan sejurus selepas itu.


Menurut BBC, terdapat salji tebal di kawasan lapangan terbang sehingga menyebabkan penglihatan terhad dan terbatas pada ketika itu.


Sumber : mynewshub

Lufya Tolak Adegan Bersentuhan

Seorang demi seorang selebriti wanita tempatan berhijrah ke arah lebih baik. Termasuklah penyanyi yang juga pelakon kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) iaitu Lufya.

Lufya Tolak Adegan Bersentuhan, info, terkini, hiburan, sensasi, Lufya

Memilih untuk mengenakan tudung sejak ulang tahun kelahiran ke-30 Februari lalu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini berkata, dia telah mengambil keputusan untuk mengehadkan karier seninya demi imej barunya itu. Malah, dia juga nekad untuk tidak menyanyi lagi. Kerana itu rakaman lagu yang pernah dimuat naik di laman sosial You Tube sebelum ini telah dipadamkan.

Mengulas lanjut, pelakon kelahiran Johor Baharu ini turut mengurangkan aktiviti lakonan dan hanya memilih watak yang bersesuaian sahaja.

    “Bila dah bertudung ni saya perlu lebih berhati-hati menerima skop kerja yang diberikan.


    “Untuk tawaran yang mempunyai adegan bersentuhan terpaksa saya tolak dan lepaskan,” katanya tetap akan turun padang melibatkan diri dengan kerja yang diterima sebelum bertudung.

Dalam pada itu, Lufya tidak menolak sekiranya mempunyai tawaran dalam bidang pengacara yang dirasakan lebih sesuai dengan personalitinya itu.

Lufya Tolak Adegan Bersentuhan, info, terkini, hiburan, sensasi, Lufya

    “Sekarang sedang mencari kerja-kerja yang lebih sesuai dengan personaliti bertudung, bagi saya mengacara adalah lebih mudah,” katanya.

Berkongsi perasaannya juga, akui Lufya, walaupun pada awalnya dia pernah menangis memikirkan kejatuhannya dalam bidang seni kerana membuat keputusan untuk bertudung, namun dia tetap menguatkan hati.

    “Perasaan takut kerana tuntutan agama membuatkan saya nekad dengan keputusan tersebut. Lagipun, soal rezeki di tangan Allah S.W.T dan itulah pesan ibu kepada saya,” katanya ujian Tuhan kepadanya tahun lalu antara faktor dia berubah.

Cantik dan manis melihat Lufya bertudung. Apa pun semoga Lufya terus istiqamah dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang muslimah sejati.


Sumber : gosipmalaysia

Rafael Benitez Ganti Manuel Pellegrini?

Bekas penjaga gol Liverpool, Pepe Reina mengesahkan bahawa Rafael Benitez bakal kembali membimbing pasukan Liga Perdana Inggeris untuk musim depan seperti yang didedahkan Daily Star.


Rafael Benitez Ganti Manuel Pellegrini? , info sukan, bola sepak, Manchester city, Manuel Pellegrini, Rafael Benitez

Bekas jurulatih Liverpool itu yang bertanggungjawab membawa Reina ke Merseyside dikatakan mempunyai hubungan baik dengan penjaga gol terbabit walaupun mereka kini berada di kelab berlainan.

Benitez sebelum ini dilapor bakal menggantikan Manuel Pellegrini sebagai jurulatih Manchester City atas pilihan pemilik kelab berkenaan yang merupakan jutawan Arab.

Khabar angin mengenai kepulangan Benitez kini menjadi tajuk utama akhbar sukan di England apabila dia tidak menyambung kontrak bersama Napoli yang bakal tamat pada akhir musim ini.

Reina juga memberitahu, Benitez dijangka akan memindahkan keluarganya ke England dalam tempoh terdekat sebelum dia menandatangani kontrak bersama kelab baharu.


Sumber : mstar online