25 Cedera Pesawat Air Canada Mendarat Cemas Di Halifax


Peswat Airbus A320 milik Air Canada dilaporkan mendarat cemas di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield di Kanada selepas pesawat itu terlanggar wayar bekalan elektrik, awal pagi tadi.


25 Cedera Pesawat Air Canada Mendarat Cemas Di Halifax, info, terkini, berita, Pesawat Airbus A320 Canada,

Pesawat tersebut mengalami kerosakan teruk dan 25 daripada 132 penumpang mengalami kecederaan ringan akibat insiden itu.

Penerbangan AC624 dari Toronto itu dilaporkan terlanggar wayar bekalan elektrik di lapangan terbang sekali gus menyebabkan kawasan itu bergelap seketika.

25 Cedera Pesawat Air Canada Mendarat Cemas Di Halifax, info, terkini, berita, Pesawat Airbus A320 Canada,
Keadaan lapangan terbang yang bergelap seketika sebelum dipulihkan sejurus selepas itu.


Menurut BBC, terdapat salji tebal di kawasan lapangan terbang sehingga menyebabkan penglihatan terhad dan terbatas pada ketika itu.


Sumber : mynewshub

Filled Under: