Awal Ashaari Kemalangan Ketika Perjalanan Untuk Siaran Melodi

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari dikhabarkan mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh raya Utara-Selatan berdekatan kawasan rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi untuk siaran lansung program Melodi  di Jom Heboh Melaka.


Awal Ashaari Kemalangan Ketika Perjalanan Untuk Siaran Melodi, info, terkini, hiburan, sensasi, Pengacara Melodi, Awal Ashaari kemalangan, gosip

Kereta BMW 6 series yang dipandu teman Awal, Izuan Mokhtar kelihatan rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan.


Awal Ashaari Kemalangan Ketika Perjalanan Untuk Siaran Melodi, info, terkini, hiburan, sensasi, Pengacara Melodi, Awal Ashaari kemalangan, gosip

Suami kepada Scha Al yahya itu dikejarkan ke Hospital Besar Melaka dan berada dalam keadaan yang stabil dan sedar.

Menurut Izuan, kejadian berlaku begitu pantas.

Awal Ashaari Kemalangan Ketika Perjalanan Untuk Siaran Melodi, info, terkini, hiburan, sensasi, Pengacara Melodi, Awal Ashaari kemalangan, gosip

Awal Ashaari kemalangan, Awal Ashaari Kemalangan Ketika Perjalanan Untuk Siaran Melodi, gosip, hiburan, info, Pengacara Melodi, sensasi, terkini,

Awal Ashaari kemalangan, Awal Ashaari Kemalangan Ketika Perjalanan Untuk Siaran Melodi, gosip, hiburan, info, Pengacara Melodi, sensasi, terkini,

Awal Ashaari kemalangan, Awal Ashaari Kemalangan Ketika Perjalanan Untuk Siaran Melodi, gosip, hiburan, info, Pengacara Melodi, sensasi, terkini,

Awal Ashaari kemalangan, Awal Ashaari Kemalangan Ketika Perjalanan Untuk Siaran Melodi, gosip, hiburan, info, Pengacara Melodi, sensasi, terkini,

“Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar belakang bocor,” kata Izuan.

Kejadian diberitahu oleh wartawan Melodi TV3, Zuan Azmi melalui instagramnya tadi.


Awal Ashaari kemalangan, Awal Ashaari Kemalangan Ketika Perjalanan Untuk Siaran Melodi, gosip, hiburan, info, Pengacara Melodi, sensasi, terkini,

Semoga keadaan Awal tidak begitu serius dan dipermudahkan segala urusan.


Sumber : mynewshub

Adira & Shahrul Nasrun Sudah Bertunang, Nikah September

Tahniah kepada Adira dan juga bakal suami yang kini sudah bertunang pada 22 Disember tahun lepas dan apa yang lebih menarik, pasangan ini merancang untuk mendirikan perkahwinan pada September ini.


Adira & Shahrul Nasrun Sudah Bertunang, Nikah September, info, terkini, hiburan, sensasi, Adira,

Sebelum ini, Melodi pernah menembual Adira berkenaan ucapan yang sangat menyentuh perasaan yang disampaikan oleh tunangnya itu pada rakaman Ye Ke? sehingga membuatkan penyanyi ini menitiskan air mata terharu.


Semoga segala persiapan untuk majlis nikah nanti akan berjalan dengan lancar dan kami pasti ramai di peminat setia penyanyi yang manis berhijab ini mendoakan yang terbaik kepdada pasangan bakal suami isteri ini nanti.

Suka kami melihat barisan artis yang sudah merancang perkahwinan mereka. Sementara itu, Hafiz Suip yang berduet dengan penyanyi ini dalam menjayakan video muzik runut bunyi untuk filem Pilot Cafe baru-baru ini, bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa setahun selepas bertunang Februari lalu.


Sumber : rotikaya

Martin Odegaard Pemain Termuda Beraksi Di Pusingan Kelayakan Euro 2016

Martin Odegaard, yang berumur 16 tahun dan 101 hari, menjadi pemain termuda yang beraksi di pusingan kelayakan kejohanan Eropah apabila dia turun ke padang bermain untuk Norway menentang Croatia dalam Kumpulan H, Sabtu.


Martin Odegaard Pemain Termuda Beraksi Di Pusingan Kelayakan Euro 2016, info sukan, bola sepak, norway, Martin Odegaard, EURO 2016

Pemain tengah itu bagaimanapun tidak dapat menghalang pasukannya daripada mengalami kekalahan 5-1.

Odegaard, yang bermain untuk pasukan pasukan B Real Madrid, sebelum ini menjadi pemain termuda di peringkat kelayakan Euro apabila dia diturunkan sebagai pemain gantian menentang Bulgaria pada usia 15 tahun dan 300 hari.

"Prestasi saya adalah baik tetapi sukar untuk memikirkan apa-apa selain daripada kekalahan 5-1," katanya kepada pemberita.

"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi mereka menjaringkan gol dengan peluang pertama mereka dan ia telah berakhir dengan keputusan yang mendukacitakan.

"Saya rasa kita boleh melihat beberapa perkara melalui perlawanan ini di sini."

Norway berada di tangga ketiga dengan sembilan mata daripada lima perlawanan, di belakang Itali (10) dan Croatia (13).



Sumber : mstar online

Chelsea Sedia Sambar Gareth Bale

Gareth Bale dilapor telah memberitahu rakan sepasukan negaranya, Wales bahawa dia ingin kekal di Real Madrid untuk semusim lagi walaupun Chelsea telah bersedia untuk mendapatkan pemain sayap itu pada musim panas ini.


Chelsea Sedia Sambar Gareth Bale, info sukan, bola sepak, Gareth Bale, chelsea, real madrid

Hasrat Chelsea juga bakal menjadi mudah apabila Real Madrid kini telah sedia untuk melepaskan Bale menerusi penebusan kontrak bernilai £75 juta sebagai usaha mengekalkan Cristiano Ronaldo dalam skuad berkenaan.

Selain itu, Manchester United juga dilapor mahu membawa pulang Ronaldo tetapi skuad gergasi England berkenaan dikatakan lebih mengutamakan usaha bagi mendapatkan Mats Hummels, Paul Pogba dan Dani Alves untuk musim depan.

Chelsea yang sedang bersaing dengan Manchester City untuk mendapatkan Bale dikatakan akan mendapat jalan mudah kerana skuad Manuel Pellegrini berdepan dengan undang-undang kewangan Fifa (FFP) untuk membeli bintang terbabit.

Sementara itu, Real Madrid pula dilapor akan memenangi saingan mendapatkan Marco Reus dari Borussia Dortmund kerana Arsenal tidak mempunyai kelebihan seperti kelab Sepanyol itu.

Sumber : mstar online

Zlatan Ibrahimovic 'Dilahirkan' Untuk Man United

Bekas penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel menggesa bekas kelabnya itu mendapatkan penyerang unik dunia, Zlatan Ibrahimovic untuk mengharungi musim depan.


Zlatan Ibrahimovic 'Dilahirkan' Untuk Man United, info sukan, bola sepak, Zlatan Ibrahimovic,

Schmeichel berkata, usaha itu penting kerana Ibrahimovic 'dilahirkan' untuk menjadi penyerang United.

Sepanjang kariernya penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu telah memenangi 11 kejuaraan liga ketika mewakili tujuh kelab di negara yang berlainan.

Bagaimanapun pemain kelahiran Sweden itu belum diberi peluang mewakili kelab England walaupun pernah dikaitkan untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris beberapa tahun lalu.

Schmeichel memberi cadangan itu apabila Ibrahimovic dilapor akan meninggalkan Paris selepas dia mengkritik mutu pengadilan Ligue 1.

Malah bekas bintang United itu juga yakin Red Devils mampu berusaha untuk membawa penyerang unik berkenaan ke Old Trafford untuk musim depan.


Sumber : mstar online

Jenniffer Lopez Kembali Pada Casper

Jenniffer Lopez dan bekas kekasihnya Casper Smart dikhabarkan sudah kembali sebagai pasangan kekasih semula berikutan gambar cium mereka yang tersebar di laman sosial.


Jenniffer Lopez Kembali Pada Casper, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Jenniffer Lopez, JLo

Biarpun, Casper sebelum ini menafikan mereka kembali semula dan memberitahu hubangan tersebut hanya sekadar teman rapat sahaja.

Bagaimanapun, daripada gambar-gambar mereka di belakang pentas American Idol 14 di West Hollywood menarik perhatian ramai.

Casper juga dikatakan berjalan di belakang Jenniffer sepanjang acara itu.

Sebelum ini, pasangan ini dilaporkan berpisah apabila lelaki itu didapati curang dengan seorang Mak Nyah


Sumber : mstar online

Scha Alyahya Panik Anak Tersedak Susu

Pelakon Scha Alyahya memberitahu beberapa kali berada dalam keadaan cemas apabila anaknya Lara Alana yang kini berusia 7 bulan tersedak susu.


Scha Alyahya Panik Anak Tersedak Susu, info, terkini, hiburan, sensasi, Lara Alana

Scha, 32, berkata, selepas kejadian pertama, dia dan suaminya pengacara Awal Ashaari belajar sedikit sebanyak tentang teknik apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

"Sepanjang tujuh bulan menjaga Lara ada beberapa kali dia buat kami panik apabila tersedak susu.
"Saya takut sangat melihat keadaan itu kerana Lara susah nak bernafas, nasib baik juga ketika itu saya berada dengan dia.

"Bahaya kalau kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur dan kita tidak berada disamping dia," ujarnya kepada mStar Online.

Rumah tangga Awal dan Scha semakin bermakna dengan kehadiran anak mereka.

Scha berkata, biarpun kejadian seperti itu merupakan perkara biasa, namun ia sangat bahaya kepada kanak-kanak dan boleh membawa maut.

Katanya, menyedar tentang kepentingan itu, dia belajar untuk meredakan keadaan tersebut melalui orang yang lebih berpengalaman.
"Ia memang perkara biasa bagi kanak-kanak tetapi bahaya dan selalu kita dengan bayi meninggal dunia kerana tersedak susu.

"Sebab itu juga saya risau untuk tinggalkan dia bersendirian biarpun sedang tidur," ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, sepanjang tujuh bulan tersebut, Lara tidak banyak meragam dan membesar dengan baik.

Katanya, dia juga terpaksa membahagikan kerjaya dan keluarga dengan sebaik mungkin.



Sumber : mstar online

Tasik Bakun, Sarawak Destinasi Penggambaran Runnig Man

Jika sebelum ini, lima dari mereka pernah berkunjung ke Malaysia menerusi acara 'Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia' yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada November tahun lalu.


Tasik Bakun, Sarawak Destinasi Penggambaran Runnig Man, info, terkini, sensasi, hiburan, Running Man

Terkini khabarnya kesemua tujuh ahli Running Man iaitu Yoo Jae-suk, Kang Gary, Lee Kwang-soo, Jin Seok-jin, Song Ji-hyo, Kim Jong-kook dan Haha akan menjalani penggambaran Running Man di Tasik Bakun, Sarawak pada April depan.

Difahamkan, pemilihan lokasi tersebut dibuat kerana ia mempunyai landskap yang cukup menarik dengan pelbagai biodiversiti.


Tasik Bakun, Sarawak Destinasi Penggambaran Runnig Man, info, terkini, sensasi, hiburan, Running Man

Apa yang menariknya, ahli Running Man bukan sahaja menjalani pengambaraan di situ, malah mereka juga merupakan antara tetamu khas yang akan menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 9 sehingga 11 April depan.

Selain Running Man, majlis kemuncak anugerah itu nanti akan turut dihadiri selebriti popular serata asia dan antarabangsa termasuk Datuk Jackie Chan.


Sumber : myartis