Man United keluar RM1.167 billion bayar gaji

Manchester United muncul kelab yang mengeluarkan bayaran gaji paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut angka yang dikeluarkan, hari ini.


Man United keluar RM1.167 billion bayar gaji, info sukan, bola sepak, kelab bola sepak england

United membayar sejumlah STG214.8 juta (RM1.167 billion) bagi pembayaran gaji pada musim 2013-14 manakala kadar bayaran gaji bagi juara Inggeris, Manchester City menurun kepada STG205 juta (RM1.11 billion).

Chelsea yang ketika ini mendahului kedudukan teratas EPL membayar STG190.5 juta (RM1.03 billion), kenaikan lapan peratus berbanding musim sebelum ini, menurut akaun tahunan kelab itu.

Tempat keempat tertinggi pula diisi Arsenal yang mempunyai bil STG166.4 juta (RM904.7 juta) untuk bayaran gaji.

Kelab yang paling mengejutkan dalam EPL, Southampton yang menewaskan United, kelmarin pula membayar STG47.1 juta (RM256.1 juta) sebagai bayaran gaji.

Dalam pada itu, laporan akaun Chelsea mengesahkan kelab itu meraih keuntungan berjumlah STG18.4 juta (RM100 juta) musim lepas.

Penjualan beberapa pemain, termasuk Juan Mata ke United musim lepas membolehkan The Blues menampung kembali kerugian STG49.4 (RM268.6 juta) yang dicatat musim sebelumnya dan membenarkan mereka mematuhi peraturan kewangan yang dikeluarkan UEFA.

Sumber : bharian.com.my

Polis letupkan beg terbiar Di Stesen Minyak

Stesen minyak di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis Johor di sini menjadi tumpuan selepas pasukan keselamatan termasuk anggota pemusnah bom polis dan anggota bomba dilihat mengawal keadaan sebelum letupan kecil kedengaran kira kira 1.40 petang tadi.


Polis letupkan beg terbiar Di Stesen Minyak, info, terkini, berita,

Suasana ketika ini terkawal walaupun letupan berkenaan adalah kali kedua dilakukan oleh pasukan keselamatan selepas letupan kecil pertama pada 1.20 petang tadi untuk memusnahkan beg bewarna merah yang berada di luar stesen minyak berkenaan.

Jalan Tebrau menghala ke Kota Tinggi berdepan dengan bangunan City Plaza di sini ditutup bagi lalu lintas namun laluan bertentangan masih dibuka untuk trafik.

Difahamkan pekerja stesen minyak membuat panggilan beberapa jam sebelum letupan memaklumkan mengenai sebuah beg bewarna merah diletakkan seseorang di luar premis.

Petugas media dan orang awam tidak dibenarkan untuk menghampiri lokasi terbabit atas sebab keselamatan selain saksi termasuk pekerja dan pemilik pengusaha minyak enggan memberi sebarang komen.

Sumber : hmetro.com.my

Anak pukul ibu sampai mati

Seorang nenek berusia 75 tahun maut selepas kepalanya dipukul dengan tukul besi oleh anak lelakinya yang sakit mental di Taman Cheras Awana, di sini, pagi tadi.

Kejadian 10.30 pagi itu berlaku selepas suspek yang berusia 36 tahun berang ibunya mendesaknya memakan ubat psikotropik yang dibekalkan pihak hospital untuk merawat penyakitnya.

Menurut sumber, suspek menghubungi kakaknya yang berada di rumah berhampiran selepas memukul ibunya namun tidak dijawab sebelum dia menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

"Suspek dipercayai mengalami masalah mental selepas dia terbabit dalam kemalangan 10 tahun lalu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya.

Anak pukul ibu sampai mati, info, terkini, berita, kejam
Anggota polis mengusung mayat seorang nenek yang maut dipukul anaknya pagi tadi. FOTO Mohd Fadly Samsudin


Sumber : hmetro.com.my

Gadis Bertudung Peluk Artis K-Pop, Didenda RM1,000 atau Penjara 6 bulan

Sesi bertemu peminat kumpulan B1A4 dari Korea Selatan pada Sabtu minggu lalu berakhir dengan kecaman pelbagai pihak apabila tersebarnya gambar empat gadis bertudung berpelakuan tidak senonoh di atas pentas.


Gadis Bertudung Peluk Artis K-Pop, Didenda RM1,000 atau Penjara 6 bulan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Gadis-gadis berkenaan terpilih untuk naik ke pentas dan melakonkan adegan yang agak romantik meskipun sudah ditanya terlebih dahulu kerelaan mereka oleh pihak penganjur.

Semalam, beberapa keping gambar mengenai ibu kepada salah seorang gadis itu yang kelihatan amat kecewa dengan perbuatan anaknya menjadi viral di laman media.

Tidak berhenti setakat itu, kontroversi aksi panas tersebut semakin memuncak apabila pihak berkuasa dijangka mengambil tindakan tegas walaupun penganjur telah menyatakan permohonan maaf semalam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan terhadap pihak penganjur.

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan ekoran kejadian itu dilihat mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia.

"Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29, Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan tidak sopan di tempat awam. Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan," ujarnya.

Menurut Paimuzi, akta itu menjelaskan individu yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah menjadi satu kesalahan.

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," terang Paimuzi.

JAWI akan melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi.

Sumber : oomedianetworks.blogspot.com

Satu-satunya Murid Tahun 1 Mendaftar di Sekolah

Murid tahun satu, Muhammad Daniel Haiqal Abu Hurairah, 7, tetap bersemangat untuk meneruskan persekolahannya walaupun terpaksa mengikuti sesi pembelajaran secara bersendirian di kelas.


Satu-satunya Murid Tahun 1 Mendaftar di Sekolah, info, terkin, berita,

Dia satu-satunya murid tahun satu yang mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Ambor, Juasseh, dekat sini bagi sesi 2015 yang bermula hari ini.

Menurutnya ibunya Norfazilah Mat Aripin, 33, dia tidak menyangka dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa anaknya menjadi murid tunggal tahun satu di sekolah itu.

Katanya, dia menganggap ia cabaran kepada Muhammad Daniel Haiqal dan yakin pengalaman selama dua tahun ketika menuntut di prasekolah akan memberikan pengalaman kepada anaknya untuk mengharungi situasi di dalam kelas.

“Alhamdulillah, saya lihat dia tidak menghadapi masalah dan Daniel juga sudah pandai membaca. Semua ini berkat menuntut di prasekolah ketika berusia lima dan enam tahun di SK Juasseh Tengah,” katanya ditemui di SK Pasir Ambor, di sini.

Sementara itu, Guru Besar SK Pasir Ambor, Nasarudin Zainal berkata, ini kali kedua sekolahnya menerima hanya seorang murid tahun satu dan kali pertama pada 2007.

“Pada tahun ini, jumlah keseluruhan pelajar di sekolah ini adalah seramai 39 orang berbanding pada tahun lalu seramai 40 orang, manakala murid tahun satu pada tahun lalu seramai tujuh orang berbanding hanya seorang pada tahun ini,” katanya. - Harian Metro

Lori Buah Kemalangan, Orang Ramai Berpesta Kutip Oren

Sekitar Pasar Borong Selayang, Selangor pagi tadi meriah bagai pesta apabila orang ramai berpusu-pusu mengutip lambakan buah oren di bawah flyover.

Ini berikutan terjadinya satu kemalangan kecil di atas flyover membabitkan sebuah lori kontena yang sarat membawa buah oren.

Lori Buah Kemalangan, Orang Ramai Berpesta Kutip Oren, info, terkini, berita, kemalangan,

Insiden kira-kira pukul 8.30 pagi ini menyebabkan lori berkenaan ‘memburaikan’ kesemua muatan buah oren yang dibawa.

Bukan hanya penduduk tempatan malah warga asing seperti Nepal, Bangladesh dan Vietnam sanggup bersesak-sesak mengambil buah oren berkenaan.
Lori Buah Kemalangan, Orang Ramai Berpesta Kutip Oren, info, terkini, berita, kemalangan,

Lori Buah Kemalangan, Orang Ramai Berpesta Kutip Oren, info, terkini, berita, kemalangan,


Menurut sumber di tempat kejadian, bila terjadinya insiden seumpama ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan pihak peniaga tidak akan mengambil buah-buahan tersebut kerana kebanyakannya sudah rosak dan tidak boleh dijual.

Lori tersebut dipercayai mengalami masalah teknikal namun punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Sumber : mynewshub.cc

Perakam Suara Kokpit QZ8501 Dihempap Serpihan Pesawat

Laporan terkini Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 menyaksikan kotak hitam iaitu bahagian perakam data pesawat berjaya dinaikkan ke darat oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS).

Perakam Suara Kokpit QZ8501 Dihempap Serpihan Pesawat, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, QZ8501, bangkai pesawat airasia QZ8501,

Namun, sebahagian lagi kotak hitam iaitu perakam suara kokpit masih tenggelam di dasar laut Jawa dan penyelam sedang berusaha untuk mendapatkannya bagi proses siasatan lanjut.

Menurut Ketua Koordinator Operasi BASARNAS, Suryadi Bambang Supriyadi, penyelam telah menemui perakam tersebut beberapa jam selepas berjaya menaikkan sebahagian kotak hitam, namun atas faktor-faktor tertentu, ia masih gagal dinaikkan.


Perakam Suara Kokpit QZ8501 Dihempap Serpihan Pesawat, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, QZ8501, bangkai pesawat airasia QZ8501,

Ujarnya, ketika ini, kedudukan perakam suara kokpit tersebut berada di bawah serpihan-serpihan besar bangkai pesawat dan operasi kini sedang cuba untuk mengalihkannya.

Beberapa hari lalu, operasi tertumpu di kawasan tersebut setelah isyarat ping kotak hitam dikesan oleh tiga buah kapal yang menyertai operasi SAR.

Kotak hitam (yang berwarna jingga) menjadi komponen terpenting dalam sesebuah pesawat kerana ia akan menjadi bahan rujukan utama andai pesawat tersebut mengalami kecelakaan.

Sumber : mynewshub.cc

Apa Sebenarnya Kisah Murid Sekolah Galas Kotak?

Hari ini, gambar mengenai seorang murid sekolah menggalas beg yang diperbuat daripada kotak tersebar di laman sosial.

Maka ramailah yang berasa simpati dan mengatakan kononnya di mana bantuan kerajaan.

Hakikatnya pengguna media sosial tertipu dengan gambar tanpa mengetahui fakta sebenar.

Apa Sebenarnya Kisah Murid Sekolah Galas Kotak?, info, terkini, berita, spekulasi

Sebenarnya, murid tersebut membawa pulang sekotak susu yang diberikan oleh kerajaan pada hari terakhir persekolahan sesi 2014.

Seorang pengguna Facebook bernama Rozali Salleh, beliau menjelaskan.

“Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah pensiangan… mamandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar… oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang… maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut.”

Apa Sebenarnya Kisah Murid Sekolah Galas Kotak?, info, terkini, berita, spekulasi

Ingat ya, anda perlulah meniti dulu kesahihan sesuatu perkara sebelum membuat pelbagai tomahan kepada sesetengah pihak.

Sumber : mynewshub.cc

Penyelam Berjaya Jumpa Kotak Hitam Diberi Rp100 Juta

Kejayaan penemuan kotak hitam milik pesawat QZ8501 adalah berita paling dinanti-nantikan semua pihak.

Ekoran itu, Panglima Tentera Indonesia (TNI) Jeneral, Moeldoko telah bermurah hati memberi ganjaran berjumlah Rp 100,00 Juta (RM28 ribu) atas usaha dan  kerja keras pasukan penyelam tentera Indonesia yang berjaya menemui kotak hitam milik pesawat AirAsia QZ8501.

Penyelam Berjaya Jumpa Kotak Hitam Diberi Rp100 Juta

Ganjaran berbentuk wang tersebut bakal diagih-agihkan kepada 57 orang penyelam yang terlibat secara langsung dalam kejayaan penemuan kotak hitam tersebut.

Menurut laporan Kompas.com, pasukan penyelam itu terdiri daripada Komando Pasukan Katak, Marinir, dan Dinas Selam Bawah Air.

berita nahas pesawat airasia, info, Penyelam Berjaya Jumpa Kotak Hitam Diberi Rp100 Juta, QZ8501, terkini,


“Ini adalah ‘vitamin’ buah penyelam, Rp 100 juta”, kata Panglima TNI sambil memberikan sebuah tas kecil kepada Komandar Gugus Keamanan Laut Barat  Laksma TNI Abdul Rasyid di KRI Acheh tadi.

“Saya berharap pasukan penyelam terus bekerja untuk mencari voice (cockpit) recorder, yang belum ditemui,” tambahnya.

Pasukan penyelam ini bukan sahaja berjaya menjumpai kotak hitam malah berhasil menemukan dan menaikkan ekor pesawat berkenaan dari dasar laut Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Sumber : mynewshub.cc

2 Janin Kembar Ditemui Di Laut Kampung Air, Sandakan

Dua janin yang disyaki kembar ditemui di kawasan laut Kampung Air Jalan Bokara dekat sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd. Ali berkata, kedua-dua janin berkenaan bersifat perempuan dan berumur dalam lingkungan enam atau tujuh bulan yang ditemui pada jarak satu kilometer antara satu sama lain.

2 Janin Kembar Ditemui Di Laut Kampung Air, Sandakan, info, terkini, berita, buang bayi,

Beliau berkata, janin pertama ditemui kira-kira pukul 9.20 pagi terapung di atas air laut di bawah Jambatan 5 manakala satu lagi ditemui di persisir pantai Jambatan 1 sejam kemudian.

Kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Duchess Of Kent.

Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini agar menyalurkannya kepada polis di talian 089-212222 atau 089-242222.

Sumber : mynewshub.cc