Eksekutif Parah Terkena 5 Das Tembakan

Seorang eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas terkena lima das tembakan dari jarak dekat di lebuhraya Sungai Besi,  8.40 pagi tadi.


Eksekutif Parah Terkena 5 Das Tembakan

Lapor Harian Metro, mangsa, berusia 40 tahun yang sedang memandu ke tempat kerjanya di Damansara, Selangor, didatangi oleh suspek yang menaiki sebuah motosikal dan melepaskan 6 das tembakan.

 Dua daripada tembakan itu terkena pada tangan kanan mangsa, dua lagi di bahagian leher dan satu lagi di bahagian dada.

Eksekutif Parah Terkena 5 Das Tembakan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadian itu dan motif kejadian sedang disiasat.

Mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan. - PIXEL MEDIA

Muzik Video Pencuri Hati Ayda Jebat Dapat Lebih 507,634 Tontonan

Baru sahaja dua hari ditayangkan, muzik video buat lagu Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat sudah mencatat jumlah tontonan lebih 507,634 di YouTube.
Muzik Video Pencuri Hati Ayda Jebat Dapat Lebih 507,634 Tontonan


Meskipun dihimpit pelbagai gosip dan ada yang menghina lirik lagunya sebelum ini, Ayda masih lagi mampu menarik perhatian ramai.

Penonton menyifatkan video muzik berkenaan sebagai sesuatu yang “fresh” dan Ayda merupakan penghibur sebenar kerana bukan sahaja mampu berlakon tetapi menyanyi serta menari.

Wah, nampaknya fenomena Ayda Jebat sudah kembali. Mungkin kerana Ayda memang menghargai peminatnya dan terus mendapat sokongan daripada mereka.-beautifulnara

Foto Siti Saleha Berpakaian Ketat Dikritik Netizen

Baru-baru ini, pelakon cantik Siti Saleha ada memuat naik foto beliau memakai pakaian sukan bagi mempromosikan satu produk sukan  jenama terkenal.



Walaubagaimanapun, foto itu mengundang komen lelaki miang dan kritikan pengikutnya di Instagram kerana ia agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya dengan jelas.

Ada yang berpendapat Siti Saleha tidak perlu berkongsi foto beliau berpakaian ketat dan mahu beliau menghormati bulan puasa.



Foto berkenaan juga mampu mengundang fitnah selain mengurangkan pahala puasa orang lain.

Berikut antara komen di Instagram Siti Saleha:-

Mungkin Siti Saleha ada salahnya juga memuat naik seperti itu, tetapi ia juga bergantung pada cara seseorang melihat foto berkenaan. Tafsiran setiap orang adalah berbeza.-beautifulnara

Peminat Pertikai Datuk Siti Berniqab Ketika Umrah

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Muhd. Jiwa telah berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah sejak 25 Jun lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 4 Julai nanti.


Peminat Pertikai Datuk Siti Berniqab Ketika Umrah

Siti dan suami kini telah selamat tiba di sana serta sedang menjalani ibadah itu menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan menerusi laman sosial miliknya.

Peminat Pertikai Datuk Siti Berniqab Ketika Umrah


Namun, sekeping foto Siti memakai niqab telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminatnya dan juga netizen.




Rata-rata netizen memuji keayuan penyanyi itu ketika berniqab. Walau bagaimanapun, ada sahaja pihak yang tidak menyenangi dan mempersoalkan tujuan Siti mengenakan niqab.

Bagi menjawab persoalan itu, Siti menyatakan tujuan dia berniqab adalah kerana ingin fokus beribadat dan tidak mahu ibadatnya terganggu dengan kehadiran peminat-peminatnya.

Seorang netizen amreysz berkata: “Dato Siti fokus dengan ibadat jer ok.. Tak payah fikir benda yang tak penting… Inshaa’Allah pasti termakbul doa Mak iti, semoga bertemu malam Lailatul Qadar Amin.”

Foto Siti memakai niqab di tanah suci itu telah menerima lebih daripada  32.5 ribu tanda likes setelah dimuat naik di Instagram sejak sehari lalu. – MYNEWSHUB

Selepas Dikejar Burung Merak, Budak Jadi Terkenal

Ia bukanlah binatang ganas namun ketakutan budak perempuan ini terhadap burung merak begitu nyata sekali hinggakan dia berlari dalam ketakutan seolah-olah burung itu mahu menyerangnya.


Gambar budak berkenaan yang menjerit ketakutan itu telah dimuatnaik dalam Imgur oleh xgovernmentx dengan kapsyen `lawatan kami ke zoo tidak menjadi seperti yang dirancang’.

Tiada butiran lanjut dimuatnaik mengenai budak berkenaan.

Sebaik sahaja gambar berkenaan dimuatnaik dalam media sosial, apa lagi budak berkenaan terus menjadi bahan `troll’ netizen.

Mereka telah menukar gambarnya dengan photoshop untuk disesuaikan dengan watak-watak tertentu dalam filem.

Ia termasuk gambar budak itu yang diletakkan berlari di balapan bersama Usain Bolt, dikejar T.Rex dari filem Jurassic Park serta mukanya dijadikan poster filem seram.

Usikan daripada netizen ini menjadikan budak berkenaan popular dan netizen menggelarnya sebagai ‘chubby bubble girl’.-mynewshub

Sadio Mane Sertai Liverpool,Ketiga Termahal Liverpool

Sadio Mane telah melengkapkan perpindahannya ke Liverpool dengan kontrak bernilai £30 juta (RM163 juta).

Sadio Mane Sertai Liverpool,Ketiga Termahal Liverpool

Penyerang Southampton itu menandatangani kontrak selama lima tahun dan akan memakai jersi nombor 19.


Pembelian Mane menjadi yang ketiga termahal bagi Liverpool selepas Andy Carroll (RM190 juta) dan Christian Benteke (RM176 juta).

"Hari ini adalah hari yang hebat dan saya sangat gembira menandatangani (kontrak) bersama salah satu kelab terbesar di Eropah," kata Mane di laman web Liverpool.

"Ia satu kelab yang sudah memenangi banyak trofi dan mempunyai sejarah yang hebat.

"Sekarang saya tidak sabar untuk bertemu semua pegawai dan rakan sepasukan serta memulakan musim ini," kata Mane.-mstar

Manchester United Makin Hampir Dapatkan Henrikh Mkhitaryan

Usaha Jose Mourinho untuk mendapatkan khidmat Henrikh Mkhitaryan kini semakin hampir selepas pasukan Borussia Dortmund mengaku menerima tawaran yang 'lebih baik' untuk pemain tengah itu.

Manchester United Makin Hampir Dapatkan Henrikh Mkhitaryan

Mourinho dilihat terdesak khususnya ketika United berusaha untuk mencipta penyerang terbaik.

Situasi rundingan telah berubah berbanding beberapa hari lalu terutamanya selepas ejen pemain berusia 27 tahun berkenaan iaitu Mino Raiola mengadakan perbincangan dengan kelab Bundesliga tersebut minggu lepas dalam usaha untuk memaksa perpindahan.

Yurannya adalah dipercayai sekitar £26million, dengan warga Armenia itu hanya mempunyai baki kontrak semasa selama setahun dan Dortmund seolah-olah kini bersedia untuk menjual Mkhitaryan.

Manchester United Makin Hampir Dapatkan Henrikh Mkhitaryan

Bercakap mengenai pemain yang memakai jersi nombor 10 itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke mengakui pada Selasa bahawa keadaan berubah.

"Keadaan kini yang berbeza," katanya kepada Sport Bild.

"Manchester telah membuat tawaran yang lebih baik. Dalam keadaan seperti ini selalu ada banyak perkara yang berbeza yang perlu dipertimbangkan dan akhirnya pada satu ketika kita perlu membuat keputusan.

"Dan memandangkan kita kembali berada dalam latihan pada Isnin, kami akan membuat keputusan pada hujung minggu. Saya telah menghubungi pihak berkenaan dan kami akan menimbang perkara ini pada hujung minggu. Dan kemudian pihak lembaga akan membuat keputusan itu... pastinya pada hujung minggu," katanya.

Dortmund kembali untuk latihan pra-musim pada Isnin depan sementara Mourinho dijangka memulakan kehidupan sebagai pengurus United pada Rabu.

Mourinho berharap untuk mendapatkan pemain baharu sebelum akhir bulan depan. -mstar

Rakyat Malaysia Sertai 'Ninja Warrior' Tarik Perhatian Netizen

Video Mohd Redha Rozlan yang menyertai program hiburan sukan televisyen Jepun, Sasuke Vit Nam atau lebih dikenali sebagai 'Ninja Warrior', mengagumkan banyak warga Internet dari Malaysia.


Rakyat Malaysia Sertai 'Ninja Warrior' Tarik Perhatian Netizen

Pegawai Teknologi Maklumat (IT) itu melepasi peringkat pertama permainan tersebut bagi kategori bawah 46 saat dan beliau mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.

Lelaki kelahiran Pahang ini, yang dikenali sebagai 'Mat Redho' dalam akaun Facebooknya, menyiarkan temu bual dan persembahannya dalam program itu pada Isnin, yang disiarkan saluran Vietnam VTV3 melalui https://www.youtube.com/watch?v=1DyvnvwR_-g.

Mohd Redha, yang berpasangan dengan pelakon Erin Malek dalam program Fear Factor Malaysia pada 2014, mencatat 20,105 penonton melalui video sepanjang 2.47 minit itu.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris Viet Nam News (VNS), Sasuke, program hiburan sukan itu berasal dari Jepun dan memulakan musim keduanya di Vit Nam pada 19 Mei.

Menurut akhbar itu, pada tahun ini, sebanyak 1,500 orang mendaftar diri untuk menyertai pusingan pertama permainan berkenaan, termasuk 35 rakyat asing.

Peserta dikenakan temuduga atau uji bakat dan pusingan percubaan diadakan bagi menguji kemampuan mereka dari segi fizikal sebelum menyenaraipendekkan hanya 100 peserta.

Katanya, Sasuke menyediakan empat peringkat yang berbeza dari segi tahap kesukaran, manakala peserta perlu melepasi sesuatu peringkat sebelum layak ke peringkat seterusnya dan setakat ini Sasuke disiarkan di hampir 200 negara.

Peserta perlu melepasi rintangan seperti Jambatan Pusing, Memanjat Tali, Lompat Berhalang, Salmon Ladder serta Spider Flip dan Dodging Hammer untuk sampai ke puncak menara dikenali sebagai Midori-yama dalam tempoh ditetapkan, lapor akhbar itu.-mstar

Kanye West Cabar Selebriti Dalam 'Famous' Fail Saman Terhadapnya

Penyanyi rap Kanye West mencabar 10 selebriti yang muncul dalam muzik video kontroversi terbaharunya berjudul Famous memfailkan saman terhadapnya.


Kanye West Cabar Selebriti Dalam 'Famous' Fail Saman Terhadapnya

Kanye menerusi Twitter berkata, dia berasa pelik masih belum ada seorang pun selebriti bertindak demikian atau pun bersuara mengenai kemarahan mereka tentang tindakannya.

"Boleh tak sesiapa failkan saman terhadap saya sekarang? Saya tunggu," katanya.

Bagaimanapun Kanye memadam status berkenaan selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Menerusi muzik video berkenaan, Kanye menggambarkan dia bersama isterinya Kim Kardashian berkongsi katil dengan sepuluh selebriti lain dalam keadaan bogel.

Sepuluh selebriti berkenaan adalah Ray J, Amber Rose, Caitlyn Jenner, Bill Cosby, George W. Bush, Donald Trump, Anna Wintour, Rihanna and Chris Brown.

Kanye dikatakan menggunakan teknik pengimejan berkomputer (CGI) bagi menghasilkan watak-watak menyerupai selebriti terkenal itu.

Muzik video Famous dilancarkan pada 24 Jun lalu dalam satu acara eksklusif di Los Angeles.

Sementara itu, Chris Brown adalah satu-satunya artis yang memberi respons terhadap muzik video berkenaan dan menyifatkan Kanye seorang yang gila tetapi berbakat besar.

Bagaimanapun sumber memberitahu penyanyi Taylor Swift tidak gembira dengan penampilannya dalam Famous yang jelas telah memalukannya.-mstar

Tenaga Pengajar Turun Padang Cari Peserta AF 2016

Program Akademi Fantasia 2016 (AF 2016) bakal memperlihatkan tenaga pengajar turun padang sebagai juri sewaktu sesi uji bakat yang akan diadakan pada Julai depan.


Tenaga Pengajar Turun Padang Cari Peserta AF 2016

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, kelainan itu bagi membolehkan kesemua tenaga pengajar memilih sendiri peserta berpotensi dalam membimbing dan mempersiapkan mereka bergelar bintang.

"AF 2016 masih mengekalkan format sama cuma istimewanya kali ini juri yang memilih peserta itu sendiri," katanya kepada mStar Online pada sidang media yang diadakan di sini, Selasa.

Uji bakat AF 2016 bakal berlangsung selama tiga hari iaitu 15 hingga 17 Julai depan di The Boulevard - St Premier Hotel, Mid Valley Kuala Lumpur.

Program itu bakal bersiaran bermula Ogos depan di Astro Ria.

Barisan tenaga pengajar pada tahun ini terdiri daripada Edry Abdul Halim (Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine (Guru Tarian & Koreografi) manakala Shahrolbahri bertindak sebagai Guru Vokal.

Edisi kali ini bakal menyaksikan dua wajah baharu menyertai keluarga AF 2016 iaitu Mas Idayu yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Guru Persembahan Vokal dan Ellie Suriaty Omar (Guru Seni Persembahan).

Dalam pada itu, Raqim berkata, pihaknya berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar di samping wajah baharu dalam memberi impak maksima kepada peserta tahun ini.

Kata Raqim, pengalaman dan pencapaian kesemua tenaga pengajar dalam bidang masing-masing dapat memberi manfaat kepada peserta.

"Soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting kerana mereka adalah nadi dalam mendidik semua peserta agar bersedia selepas program tamat.

"Tahun ini kami bertuah kerana semua pengajar berkaliber dan mempunyai pengalaman luas," ujarnya.

Sementara itu, Raqim berkata, tahun ini AF 2016 mengambil pendekatan pro aktif dengan menjalankan uji bakat secara online yang mana calon peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka di Instagram.

"Sambutan menerusi platform digital amat mengalakkan dan kami teruskan pada tahun ini.

"Peserta yang terpilih akan dipanggil untuk saringan kedua dan menjalani uji bakat di hadapan juri," jelasnya.-mstar