Selepas Dikejar Burung Merak, Budak Jadi Terkenal


Ia bukanlah binatang ganas namun ketakutan budak perempuan ini terhadap burung merak begitu nyata sekali hinggakan dia berlari dalam ketakutan seolah-olah burung itu mahu menyerangnya.


Gambar budak berkenaan yang menjerit ketakutan itu telah dimuatnaik dalam Imgur oleh xgovernmentx dengan kapsyen `lawatan kami ke zoo tidak menjadi seperti yang dirancang’.

Tiada butiran lanjut dimuatnaik mengenai budak berkenaan.

Sebaik sahaja gambar berkenaan dimuatnaik dalam media sosial, apa lagi budak berkenaan terus menjadi bahan `troll’ netizen.

Mereka telah menukar gambarnya dengan photoshop untuk disesuaikan dengan watak-watak tertentu dalam filem.

Ia termasuk gambar budak itu yang diletakkan berlari di balapan bersama Usain Bolt, dikejar T.Rex dari filem Jurassic Park serta mukanya dijadikan poster filem seram.

Usikan daripada netizen ini menjadikan budak berkenaan popular dan netizen menggelarnya sebagai ‘chubby bubble girl’.-mynewshub

Filled Under: