Mourinho Serah Darmian Kepada Chelsea

Jose Mourinho mahu membuat pertukaran pemain pertahanan dengan melepaskan Matteo Darmian untuk mendapatkan Nemanja Matic dari Chelsea, lapor Daily Mirror.


Mourinho Serah Darmian Kepada Chelsea

Pengendali baharu Manchester United itu kini sedang mendapatkan pemain baharu sebagai usaha menyediakan satu pasukan mantap di Old Trafford untuk musim depan.

Dalam pembentukan pasukan berkenaan, Mourinho dikatakan mahu skuad yang lebih mantap dari segi fizikal dan kerana itu juga dia mendapatkan Eric Bailly dari Villarreal.

Mourinho juga ingin membuat pertukaran berkenaan kerana Darmian menjadi pilihan utama bakal jurulatih Chelsea, Antonio Conte yang kini sedang membimbing Itali.

Darmian yang juga pemain Itali menyertai Manchester United dari Torino dengan yuran pemindahan sebanyak £12 juta.

Jika Conte ingin Darmian di Stamford Bridge, ini bermakna urusan Mourinho untuk mendapatkan Matic lebih mudah.-mstar

Ryan Giggs Akan Tinggalkan Man United

Pengurusan tertinggi Manchester United percaya Ryan Giggs akan meninggalkan kelab itu dalam tempoh terdekat.


Ryan Giggs Akan Tinggalkan Man United

Legenda United itu dilapor akan membuat pengumuman mengenai masa depan bersama United dalam beberapa hari lagi selain tidak akan menyertai pasukan lain untuk musim depan.

Pegawai kanan United juga percaya Giggs akan berehat untuk musim depan sebelum kembali dalam pengurusan kelab sama atau lain.

Giggs, 40, bergelar penolong jurulatih di bawah pengurusan David Moyes dan Louis van Gaal sebelum kedua-dua jurulatih berkenaan dipecat.

Dia juga dikatakan kecewa kerana United melantik Mourinho dan bukan dirinya seperti yang pernah dijanjikan sebelum Van Gaal menjadi jurulatih kelab tersebut.-mstar

Martin Skrtel Sertai Roma

Pertahanan tengah yang banyak berjasa kepada Liverpool, Martin Skrtel dilapor bersetuju untuk menyertai Roma pada musim depan.


Martin Skrtel Sertai Roma

Akhbar Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan Skrtel telah bersetuju dengan kontrak selama tiga tahun yang ditawarkan Roma.

"Roma telah mendapat persetujuan daripada Skrtel untuk menyertai pasukan itu dengan kontrak selama tiga tahun," lapor akhbar berkenaan.

Berita itu turut mengecewakan Fenerbahce, Besiktas dan Galatasaray yang turut mahukan khidmat pemain Slovakia itu.

Beberapa hari lalu, ejen Skrtel iaitu Karol Csonto memberitahu Goal bahawa tiada persetujuan dicapai dengan Fenerbahce seperti yang disebarkan.-mstar

Buli UiTM – Pelajar Perempuan Disuruh Beronani?

Ketika pendedahan buli secara melampau di Universiti Teknologi Mara (UitM) Puncak Perdana dan hastag #BatchFerarri mula trending, banyak lagi kisah-kisah buli di pusat pengajian tinggi tersebut mula kedengaran.


Buli UiTM – Pelajar Perempuan Disuruh Beronani?

Seorang netizen mendakwa bahawa budaya buli sudah wujud sekitar 80-an yakni ketika UiTM masih dikenali sebagai ITM sahaja.

Paling memeranjatkan, ada budaya buli ketika itu yang sudah jatuh ke tahap yang sangat buruk perilakunya seperti pelajar perempuan diarahkan beronani di hadapan pelajar senior perempuan yang lain.



“Yang saya hairan benda-benda bodoh ni hanya berlaku di public university and not private university. Orientation di uitm in the 80’s lagi lah teruk, their is a ceremony call royal bath where the senior will put your face on the toilet bowl and then they will flush the toilet. Pelajar junior perempuan di suruh melancap depan pelajar senior perempuan. Berenang di lantai d mana air basuhan kain d buang d lantai. Di private uni orientation is about playing game but orientation in public uni is about the senior making a fool of the junior kan ke bodoh tu. Otak sakit mental,” tulis Ag Saml.

Pendedahan itu dibuat di fanpage Mynewshub selepas portal ini menyiarkan berita berkaitan budaya buli di UiTM yang sedang hangat dibincangkan di media-media sosial.

Dakwaan oleh Ag Saml itu disokong oleh seorang lagi netizen bernama Dayana Azman.

Lebih mengejutkan, Dayana menzahirkan perbuatan buli atas nama orientation itu diketahui pensyarah masa kini yang asalnya merupakan pelajar ITM tahun 80-an.

“Omg so true! Sampai ade lecturer ex student time zaman 80’s pun setuju dengan benda bodoh tu. Dia kate biase la senior dan junior..sangat benci.. tak paham sangat..uitm shah alam ok je..semua ni jadi time kat uitm segamat okkkkkkk,” katanya.

Bagaimanapun, Mohammed Mokhzani Mokhtar, bekas pelajar UiTM mendakwa budaya buli keterlaluan telah mula pudar dalam era 90-an.

Dalam isu di UiTM Puncak Perdana, wujud dakwaan pelajar sekumpulan senior dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dikenali sebagai Batch Ferrari telah ‘mendera’ pelajar-pelajar junior melakukan perkara-perkara tak rasional demi mendapatkan 200 autograf senior dalam masa tiga hari.

Demi tugasan berkenaan mereka dikatakan perlu memakai tag nama besar bersaiz kertas A4 sepanjang masa termasuk ke kelas dan kedai makan sepanjang tempoh orientasi.

Pelajar junior juga dikehendaki melakukan apa sahaja permintaan senior sekiranya ingin mendapatkan tanda tangan mereka antaranya masuk dalam almari, menyanyi dan meniup kipas guna boxer.

Apa pun yang didedahkan, isunya kini apakah perlu ada budaya buli di peringkat pusat pengajian tinggi? -MYNEWSHUB

Ronaldo Gagal Sempurnakan Sepakan Penalti

Pengurus Portgual Fernando Santos enggan mengulas mengenai prestasi Cristiano Ronaldo selepas pemain bintang itu terlepas sepakan penalti yang menyaksikan pasukan tersebut terikat seri tanpa jaringan dengan Austria pada aksi peringkat Kumpulan F Euro 2016, awal pagi Ahad.


Ronaldo Gagal Sempurnakan Sepakan Penalti

Selain gagal menyempurnakan sepakan penalti penting itu, Ronaldo turut terlepas beberapa peluang di depan gol dan tandukannya dibatalkan kerana ofsaid.

Ketika ditanya pemberita bagaimana perasaan Ronaldo, Santos mencelah dengan berkata:" Saya faham tetapi saya enggan mengulas mengenai Cristiano Ronaldo."

Ronaldo yang melakukan 128 penampilan bersama Portugal mengharungi hari yang malang di Parc des Princes selepas usaha untuk muncul pemain pertama menjaringkan gol untuk pasukan terus terbantut.

Secara keseluruhan, Portugal mempunyai 23 percubaan untuk menjaringkan gol manakala Austria sekadar tiga percubaan.

"Kita tidak boleh terus bersedih. Terdapat perlawanan akhir peringkat kumpulan pada 22 Jun ini, final pertama kami pada kejohanan ini.
"Apabila bercakap mengenai pasukan kita tidak boleh menumpukan perhatian terhadap berapa banyak peluang yang kita ada. Adil atau tidak, itulah bola sepak," katanya.-mstar

Punca Kerjaya Elfaeza Ulhaq Suram

Pelakon Elfaeza Ulhaq mengakui sejak berimej muslimah pada Januari lalu dia berhadapan dengan ujian apabila sering ditawarkan pelbagai watak yang memerlukannya membuka hijab.


Punca Kerjaya Elfaeza Ulhaq Suram



"Ia seperti dugaan dan ujian buat saya kerana disaat saya tiada pekerjaan ini, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran memerlukan saya buka tudung. Namun saya reda ia hanya satu ujian Allah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online.

Elfaeza berkata demikian ketika ditemui pada malis berbuka puasa Syukur Selalu, baru-baru ini.

Sementara itu, Elfaezah yang berasal dari Singapura ini mengakui sering menghabiskan masa menetap di sini biarpun tidak mempunyai sebarang penggambaran.

"Saya sentiasa ada di Malaysia walaupun tiada penggambaran kerana saya suka tinggal di sini dan saya sudah anggap Malaysia seperti rumah saya.

"Jika saya ada penggambaran di Singapura pun saya akan balik ke Malaysia selepas selesai penggambaran di sana," ujarnya.

Dalam pada itu ditanya aktiviti sepanjang Ramadan, Elfaezah berkata, dia kini sibuk melakukan kerja amal mencuci karpet surau-surau di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, ia merupakan kerja amal yang dilakukan bersama beberapa rakan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan surau untuk beribadah.

"Disebabkan banyak masa terluang saya bersama seorang rakan yang mempunyai syarikat mencuci karpet membuat kerja-kerja amal untuk cuci karpet surau.

"Bila surau bersih orang akan selesa untuk sembahyang dan buat apa-apa aktiviti di surau, namun kami juga memerlukan dana untuk melakukan aktiviti tersebut bagi yang bermurah hati untuk menderma," ujarnya.-mstar

Zamani Slam Bakal Tamat Zaman Bujang

Mengakui mereka sudah lama berkawan, Zamani Slam tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut apatah lagi untuk mendedahkan bakal isterinya. Dalam kenyataan sebelum ini, penyanyi ini pernah menyatakan bahawa dia sememangnya berhasrat untuk menamatkan zaman bujang.
Zamani Slam Bakal Tamat Zaman Bujang



“Asalnya dia ialah peminat saya dan Slam, seterusnya membantu menguruskan kelab peminat saya. Bermula dari situ, kami berkawan rapat malah dia juga banyak menyokong jatuh bangun saya dalam industri ini,” jelasnya kepada BH Online.

Tambah Zamani lagi, dia tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut iaitu mengenai perancangan perkahwinanannya kerana bimbang perkara itu (perkahwinan) tidak menjadi kenyataan selain atas dasar mahu menghormati keluarga kedua belah pihak.

“Saya perlu menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan enggan membelakangkan mereka. Saya perlu dahulukan mereka sebelum memberi apa-apa kenyataan kepada pihak media mengenai perkara ini. Lagipun saya baru saja berbaik-baik dengan keluarga”

“Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan kembali hubungan yang kembali terjalin dengan berita seperti ini. “Sekiranya perkahwinan itu menjadi kenyataan, saya tidak akan sorok. Saya akan akan beritahu pihak media dan juga peminat,” jelasnya.-rotikaya

Fida Ibrahim Nak Pinang Lelaki

Walaupun sedang berada di atas kemuncak kejayaan didalam bidang perniagaan yang diusahakannya, Fida Ibrahim akui pencapaian itu tidak sesekali membuka jalan mudah untuk beliau menemui kekasih hati dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Sebagai usahawan berjaya, Fida merasakan lelaki kini semakin takut untuk mendekatinya.


Fida Ibrahim Nak Pinang Lelaki

“Fida tidak mahu bercinta lagi kerana pada ketika ini tidak mahu membuang masa dengan masa Fida yang sememangnya terhad sekarang. Disebabkan saya sibuk, saya tidak mahu ada pihak yang terasa. Malah ada yang kata, ingatkan sudah sukses dalam hidup senanglah untuk dapat jodoh, tetapi rupa-rupanya orang lagi susah hendak dekat dengan kita”

“Kali ini bukan saya tunggu orang meminang saya, sebaliknya kalau dalam berkawan saya rasa ada yang sesuai dan lelaki itu mampu membimbing saya dunia dan akhirat, saya mahu meminangnya agar menikahi saya . Tidak kisah orang hendak kata apa, asalkan tidak melanggar batas, apa salahnya?,” katanya kepada Projek MMO.

Bagaimanapun tambahnya lagi, tindakan beliau untuk meminang lelaki bukanlah kerana terlalu terdesak mahu berkahwin kerana pada ketika ini juga beliau masih sibuk menumpukan perhatian kepada bidang perniagaannya. Bagi Fida tidak salah jika perempuan meminang lelaki kerana Rasulullah juga pernah dipinang oleh Siti Khadijah dahulu.

Selepas dua tahun bergiat aktif dalam bidang seni hiburan, Fida yang terkenal dengan lagu Apo Kone Eh Jang berduet bersama Dato AC Mizal telah mengusahakan sebuah kilang pembungkusan serum dari Korea Selatan yang dibekalkan untuk sebuah syarikat. Beliau juga memaklumkan, tidak lama lagi akan mengeluarkan peroduk penjagaan kulit sendiri.-rotikaya

Nora Danish Bakal Nikah Aidilfitri Ini

Hari yang dinantikan semakin hampir dan kini nampaknya Nora Danish hanya menanti hari pernikahan bersama Nedim Nazri kunjung tiba. Namun bagi Nora yang sudah 7 tahun hidup bersendirian, dia memilih majlis seringkas mungkin.


Nora Danish Bakal Nikah Aidilfitri Ini

“Selepas raya, saya mungkin akan berkahwin, tetapi belum pasti kerana masih tidak ada tarikh muktamad. Apa yang pasti saya mahu berkahwin dalam tahun ini kerana usia pun dah 34 tahun. Saya hanya akan bernikah dan tidak akan mengadakan sebarang resepsi”

“Majlis kecil-kecilan sahaja dan tidak akan ada sidang akhbar seperti selebriti lain sebab segan sudah tua dan ini perkahwinan kedua,” jelasnya seperti yang dipetik daripada Kosmo! Online.

Apa pun, semoga segala persiapan majlis pernikahan pasangan ini nanti berjalan dengan lancar selain dipermudahkan segala urusan. Selain lokasi bulan madu, pastinya peminat juga ternantikan cahaya mata pasangan yang secocok bersama ini.-rotikaya

Wanita Kejutkan Dunia Dapat 2 Anak Dalam 2 Bulan

Umum mengetahui untuk melahirkan anak memerlukan sekurang-kurangnya 7 bulan atau 9 bulan bagi mencapai tempoh matang.


Wanita Kejutkan Dunia Dapat 2 Anak Dalam 2 Bulan

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku kepada seorang wanita dari Polewali, Indonesia apabila melahirkan dua anak dalam jarak masa hanya dua bulan.

Dek kerana itu, Annisa, 25, kini menjadi perbualan hangat dunia dan mencetuskan tanda tanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Annisa yang baru melahirkan anak dua bulan lalu dikatakan menyedari hal itu selepas tiba-tiba sakit perut sebelum melahirkan seorang lagi bayi.

Dia mulanya melahirkan bayi lelaki ketika gerhana matahari penuh pada 9 Mac lalu di sebuah pusat perubatan.

Namun selang dua bulan kemudian, Annisa tiba-tiba sakit perut dan tidak lama selepas itu dia melahirkan seorang lagi bayi perempuan pada 7 Mei lalu.

Ketika itu, Annisa dilaporkan tidak sempat ke hospital dan kelahiran keduanya itu dibantu oleh seorang bidan.

Menurut Annisa, selepas beberapa hari kelahiran bayi pertamanya, dia sudah kembali menjalani rutin hariannya dengan mengambil upah mencuci pinggan dan menjual kuih.

“Saya sangat terkejut kerana tidak sangka sekali lagi melahirkan anak dalam tempoh yang sangat singkat ini.

“Namun, saya tetap bersyukur dan berusaha untuk membesarkan anak-anak saya dengan sempurna,” jelasnya.

Dalam pada itu, wanita ini ternyata mempunyai kisah duka kerana kini bergelar ibu tunggal setelah suami menceraikannya ketika dia sedang hamil enam bulan.

Oleh itu, Annisa kini tinggal bersama keluarganya di Desa Karama, Kecamatan Tinambung.

Bayi lelaki pertamanya diberi nama Dava Putra Gerhana, manakala nama bayi kedua perempuan diberi, Devi Putri Inayah.

Sementara itu, seorang pakar di hospital Majene, Sulawesi Barat, Dr Zulfatma menyifatkan keadaan yang dialami Annisa adalah tidak mustahil, tetapi sangat jarang berlaku.

“Kemungkinan Annisa mengandung anak kembar daripada dua telur yang membentuk dua janin dengan dua tali pusat dan dua selaput ketuban.

“Bayi pertama ini lahir tidak cukup bulan, tetapi bayi kedua tetap berada di dalam rahim dan dilahirkan apabila sampai tempohnya,” katanya.

Doktor tersebut juga tidak tolak kemungkinan bahawa doktor yang menyambut kelahiran pertama Annisa gagal mengesan satu lagi bayi berada di dalam rahim wanita itu. – MYNEWSHUB