Fida Ibrahim Nak Pinang Lelaki


Walaupun sedang berada di atas kemuncak kejayaan didalam bidang perniagaan yang diusahakannya, Fida Ibrahim akui pencapaian itu tidak sesekali membuka jalan mudah untuk beliau menemui kekasih hati dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Sebagai usahawan berjaya, Fida merasakan lelaki kini semakin takut untuk mendekatinya.


Fida Ibrahim Nak Pinang Lelaki

“Fida tidak mahu bercinta lagi kerana pada ketika ini tidak mahu membuang masa dengan masa Fida yang sememangnya terhad sekarang. Disebabkan saya sibuk, saya tidak mahu ada pihak yang terasa. Malah ada yang kata, ingatkan sudah sukses dalam hidup senanglah untuk dapat jodoh, tetapi rupa-rupanya orang lagi susah hendak dekat dengan kita”

“Kali ini bukan saya tunggu orang meminang saya, sebaliknya kalau dalam berkawan saya rasa ada yang sesuai dan lelaki itu mampu membimbing saya dunia dan akhirat, saya mahu meminangnya agar menikahi saya . Tidak kisah orang hendak kata apa, asalkan tidak melanggar batas, apa salahnya?,” katanya kepada Projek MMO.

Bagaimanapun tambahnya lagi, tindakan beliau untuk meminang lelaki bukanlah kerana terlalu terdesak mahu berkahwin kerana pada ketika ini juga beliau masih sibuk menumpukan perhatian kepada bidang perniagaannya. Bagi Fida tidak salah jika perempuan meminang lelaki kerana Rasulullah juga pernah dipinang oleh Siti Khadijah dahulu.

Selepas dua tahun bergiat aktif dalam bidang seni hiburan, Fida yang terkenal dengan lagu Apo Kone Eh Jang berduet bersama Dato AC Mizal telah mengusahakan sebuah kilang pembungkusan serum dari Korea Selatan yang dibekalkan untuk sebuah syarikat. Beliau juga memaklumkan, tidak lama lagi akan mengeluarkan peroduk penjagaan kulit sendiri.-rotikaya

Filled Under: