Obses 'Pasang Badan' Jadikan Ronaldo Atlet Sempurna

Sikap obses Christiano Ronaldo terhadap bentuk badannya dianggap ‘pelik’ bagi sesetengah peminat sukan bola sepak dunia.


Obses 'Pasang Badan' Jadikan Ronaldo Atlet Sempurna

Ronaldo terlalu dedikasi dalam memastikan bentuk fizikalnya berada dalam keadaan mantap sekaligus menjadi satu-satunya atlet bola sepak yang mempunyai ukuran badan yang sempurna.

Dan tidak hairanlah pada hari ini setiap atlet turut mengikut jejak langkah Ronaldo dengan melantik personal trainer atau pun mempunyai gimnasium sendiri di rumah untuk kelihatan lebih cergas dan 'fit'.

Ketika berusia 19 tahun ketinggian Ronaldo hanyalah 185.42 sentimeter, seperti pemain-pemain yang lain dan saiz fizikalnya itu turut memberi kesan kepada pergerakan di atas padang apabila dia sukar mendapatkan bola.

Sejak itu, Ronaldo mula serius ‘memasang badan’ sehingga berlaku perubahan ketara dari segi ukuran setiap inci di tubuhnya.

Obses 'Pasang Badan' Jadikan Ronaldo Atlet Sempurna

Berbeza dengan pemain-pemain lain yang kebiasaannya akan menghabiskan masa luang mereka bersantai di kelab atau bermain snooker, tetapi Ronaldo lebih selesa berada di gimnasiumnya sendiri.

Usaha keras serta disiplin tingginya itu, Ronaldo kini boleh merasai hasil yang luar biasa terutamananya dari segi kekuatan fizikal yang turut membantu mengelakkan dirinya daripada kecederaan.

Walaupun pernah mengalami kecederaan pangkal paha sebelum ini dan pernah menjalani pembedahan, Ronaldo tetap mengekalkan kecergasan di tahap maksimum.

Malah latihan tambahannya itu turut menjadi faktor buat Ronaldo untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.

Lebih menarik, kakinya telah diinsurankan oleh Real Madrid pada tahun 2009 dengan nilai 90 juta euro (RM413 juta).-mstar

Wira Penyelamat Slovakia

Slovkia mencipta kejutan apabila berjaya menundukkan Rusia 2-1 pada aksi peringkat Kumpulan B Euro 2016 , malam Rabu.

Slovakia Cipta Kejutan Benam Rusia

Pasukan yang dikemudi pengurus Ján Kozák itu menguasai perlawanan babak pertama menerusi jaringan First Weiss dan Marek Hamsik masing-masing pada minit ke-32 dan 45.

Namun Rusia bangkit ketika perlawanan berbaki 10 mini menerusi jaringan Denis Glushakov yang menanduk masuk hantaran Matus Kozacik.

Kemenangan itu membolehkan Slovakia mengutip tiga mata penuh pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Bagi Rusia pula, kekalahan itu turut menambah derita kepada pasukan selepas menerima amaran daripada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengenai penyertaan mereka akan dibatalkan jika penyokong pasukan itu terus melakukan kekecohan.

Kedua-dua pasukan berada dalam Kumpulan B bersama dengan England dan juga Wales.

England akan bertemu Wales di Lens pada Khamis.

Barisan Pemain:

Rusia: Akinfeev, Smolnikov, Schennikov, Ignashevich, V. Berezutski, Neustädter, Golovin, Kokorin, Shatov, Smolov, Dzyuba.

Slovakia: Kozáčik, Pekarík, Škrtel, Ďurica, Hubočan, Pečovský, Kucka, Hamšík, Mak, Weiss, Duda.-mstar

Sepotong Ayat Al-Quran Ganti Upah Gunting Rambut

Promosi unik ditawarkan sebuah kedai gunting rambut di Indonesia apabila mengenakan bacaan al-Quran sebagai bayaran atas khidmat yang dilakukan.


Sepotong Ayat Al-Quran Ganti Upah Gunting Rambut

Raihan Barbershop yang terletak di Jawa Barat, tampil dengan inisiatif itu sepanjang Ramadan kerana pemiliknya ingin menjalankan amal jariah di bulan suci ini.

Pemiliknya Asep Irawan Hidayat, 42, berkata, membaca al-Quran pada awal pagi dapat melancarkan rezeki dan juga menambah pahala, selain memberikan keberkatan pada premis perniagaannya itu.

“Membaca al-Quran pada pagi hari insya-Allah dapat memperlancar rezeki dan juga menambah pahala,” katanya.


Sepotong Ayat Al-Quran Ganti Upah Gunting Rambut

Namun, promosi yang ditawarkan itu dihadkan waktunya, hanya bermula dari jam 7 pagi hingga 9 pagi sahaja. Tambah Asep, dia tidak mahu memaksa pelanggan supaya mengaji al-Quran dan yang penting baginya ialah keikhlasan pelanggannya membaca ayat suci itu.

“Ini kan bulan yang baik, jadi saya ingin bersedekah dan mencari pahala juga,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia tetap menerima ‘bayarannya’ itu walaupun pelanggan hanya mampu membaca sepotong ayat suci al-Quran.

Seorang pelanggan setia Asep iaitu Tendi mengambil peluang itu untuk mencuba promosi yang ditawarkan dengan membaca surah yang pendek.

“Biasanya dibayar guna wang tapi hari ini mengaji. Unik juga,” katanya. – MYNEWSHUB

Ramai Nak Belasah Wanita Baju Merah Ini, Kenapa?

Ramai netizen menyatakan mahu belasah dan memberi penumbuk jika terjumpa dengan ‘wanita’ seksi berbaju merah ini. Dah kenapa pulak nak belasah dia?


Ramai Nak Belasah Wanita Baju Merah Ini, Kenapa?

Rupa-rupanya wanita yang gemar tampil berpakaian seksi untuk menggamit perhatian orang ramai di kawasan terbuka pada ‘siang-siang’ hari di Chengdu, China ini adalah pondan yang terlalu yakin dia dipandang jelita oleh orang sekeliling.

Walau bagaimanapun di alam realiti nyata berbeza kerana ramai orang berasa meluat melihatnya.

Seorang netizen meninggalkan komen pada gambarnya, “Aku nak sangat belasah dia kalau jumpa. Menyakitkan mata betul!” 


Ramai Nak Belasah Wanita Baju Merah Ini, Kenapa?

Pandangan itu dikongsi ramai pelayat internet lain di China terutama lelaki yang meluat melihat aksi manja gedik ‘wanita’ berkenaan.

Namun, ada juga netizen yang lebih bertimbang rasa apabila mengatakan ianya adalah hak asasi si polan berkenaan untuk berpakaian seperti mana dimahukan.

“Setiap orang ada hak untuk berpakaian apa sahaja yang dia nak, itulah hak asasi manusia namanya,” bela seorang netizen.

Jom lihat gambar-gambar yang membangkitkan kemarahan netizen tertentu di bawah, dan nilaikan sendiri perasaan anda selepas melihatnya. – MYNEWSHUB

Marsha Merasa Sangat Tertekan

Pertanyaan orang ramai mengenai soal kehamilan merupakan perkara biasa bagi selebriti yang sudah berkahwin, bagi Marsha Milan Londoh pula pertanyaan itu dianggap seperti satu doa untuk dikurniakan zuriat dengan cepat. Namun begitu, kadang kala pernah timbul rasa tertekan kerana pertanyaan itu membuatkan beliau tidak sabar menantikan untuk hamil.


Marsha Merasa Merasa Sangat Tertekan

“Sejujurnya saya merasa agak tertekan kerana saya sendiri memang teringin untuk menimang cahaya mata hinggakan tanda kecil pun membuatkan saya cepat teruja, sedangkan ianya sekadar memberi harapan palsu. Tetapi bukan disebabkan orang ramai yang sering bertanya soal hamil tetapi mungkin saya sendiri terlalu mengharap untuk cepat mengandung”


“Apa pun saya cuba hindari tekanan kerana kami pun baharu enam bulan bergelar suami isteri. Masih banyak waktu lagi untuk menunggu berita baik itu. Pasti ada rezeki nanti dan kami perlu banyakkan doa serta bersabar,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung keinginannya yang teruja dan tidak sabar untuk mempunyai cahaya mata.

Menyentuh soal kali pertama berpuasa bersama suami tersayang, Marsha memberitahu bahawa sukar diungkapkan perasaan teruja serta gembira kerana dapat berpeluang menjalani ibadah ini buat kali pertama. Pada masa yang sama beliau akui tidak kekok untuk berpuasa kerana sebelum ini drinya pernah berpuasa bersama rakan-rakan Islam yang lain.


Bagaimanapun sejak mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, Marsha akui berat badan beliau dan suami naik mendadak kerana mungkin terlalu bahagia bersama. Jadi Marsha dan suami bercadang untuk mengambil peluang didalam bulan puasa ini untuk mengamalkan pola pemakanan sihat bagi memastikan badan mendapat gizi yang mencukupi.-rotikaya

Gambar Sekitar Awal Ashaari Sekeluarga Tunai Umrah Di Tanah Suci

aru-baru ini pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha al-Yahya telah berkesempatan menunaikan umrah di tanah suci Mekah pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Mereka sekeluarga bersama anak perempuan, Lara Alana telah berangkat ke sana pada 12 Jun lalu dan nampaknya sudah selamat sampai disana mengerjakan umrah.
Gambar Sekitar Awal Ashaari Sekeluarga Tunai Umrah Di Tanah Suci


Seperti selebriti lain, Awal dan Scha turut tidak ketinggalan berkongsi perkembangan serta perjalanan mereka ketika disana dengan telatah Lara yang sentiasa mencuit hati peminat beliau di laman sosial Instagram. Beberapa keping gambar yang dikongsi turut menunjukan kecomelan Lara yang memakai tudung dan telekung ketika berada disana.
Gambar Sekitar Awal Ashaari Sekeluarga Tunai Umrah Di Tanah Suci

Sebelum ini Awal pernah memaklumkan bahawa perancangan ke Mekah untuk menunaikan umrah sudah lama dilakukan namun terpaksa ditangguh akibat komitmen kerja yang terlalu tinggi buat pasangan ini. Tetapi dengan kesempatan kali ini, Awal bersyukur kerana akhirnya dapat berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci pada bulan Ramadhan.

Walau apapun, semoga Awal sekeluarga dapat menunaikan umrah dengan lancar dan semoga mendapat keberkatan mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Diharap segala perancangan akan dipermudahkan olehNya dan selamat pulang ke tanah air nanti. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar mereka sekeluarga disana.-rotikaya

Neelofa Dikecam Di Instagram Kerana Kaedah Rawatan Islam

Ada di antara pengikut Neelofa Instagram Neelofa menyatakan rawatan tersebut tidak memerlukan sentuhan manakala ada juga yang mahu video tersebut diturunkan kerana tidak mahu menimbulkan pelbagai lagi sangkaan buruk.


Neelofa Dikecam Di Instagram Kerana Kaedah Rawatan Islam

Malah Ustaz Harun Din turut menjadi mangsa kritikan kerana dikatakan perbuatan tersebut menimbulkan fitnah. Hebat masing-masing melemparkan pandangan. Selain itu, ruangan komen gambar itu juga dijadikan medan untuk membandingkan ilmu agama siapa yang lebih handal.
Neelofa Dikecam Di Instagram Kerana Kaedah Rawatan Islam

Mahu puaskan hati semua orang susah juga. Namun melalui video-video lain yang dimuatnaik oleh Neelofa, khas dari Ustaz Harun Din sendiri, pendakwah tersebut sempat meninggalkan pesanan agar menjadi insan yang bersih hatinya, bersangka baik sesama kita dan juga cara yang betul menegur untuk memberikan nasihat iaitu dengan cara berdepan bukan dengan menegur di sosial media.-rotikaya

Penyokong Man City Bakal Kempunan Tonton Aksi Ilkay Gundogan

Penyokong Manchester City mungkin perlu menangguhkan hasrat mereka untuk menonton aksi pemain baharu, Ilkay Gundogan dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim depan.


Penyokong Man City Bakal Kempunan Tonton Aksi Ilkay Gundogan

Ini kerana, Gundogan yang baru menandatangani kontrak selama empat tahun mengalami kecederaan lutut sehingga memerlukan tongkat sebagai sokongan ketika berjalan.

Bekas pemain Borussia Dortmund berusia 25 tahun itu berkata, dia akan hanya dapat bermain semula pada akhir Ogos atau awal September.

Pemain tengah tersebut berkata demikian ketika melawat ibu pejabat Man City dan bertemu kanak-kanak di akademi berkenaan.

Gundogan merupakan pemain pertama yang dibawa Pep Guardiola ke City sebagai persediaan mengharungi musim depan.-mstar

Barcelona Terima Padah Akhirnya

Barcelona bersetuju membayar denda sebanyak 5.5 juta euro kepada pihak berkuasa Sepanyol untuk menyelesaikan kes penipuan cukai terhadap isu perpindahan pemain bintangnya, Neymar pada 2013.


Barcelona Terima Padah Akhirnya

Kelab gergasi Sepanyol tersebut didakwa menyembunyikan sebahagian daripada bayaran perpindahan Neymar sebaik sahaja pemain berusia 24 tahun itu berhijrah ke Sepanyol dari Santos, sebuah kelab yang berpangkalan di Brazil.

Penyelesaian kes itu dilaporkan oleh agensi berita Sepanyol, Efe pada minggu lalu dan Barcelona mengesahkan mengenainya dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Lembaga pengarah kelab memutuskan untuk meluluskan perjanjian yang disampaikan bahagian undang-undang kelab itu dengan merujuk kepada kes perpindahan Neymar," demikian menurut kenyataan itu.

Kes Neymar sedang didengar di Mahkamah Wilayah Barcelona.

Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu mengakui berlaku kesilapan dalam perancangan cukai pada 2011 dan 2013 semasa membawa masuk Neymar.

"Adalah lebih baik menerima penyelesaian ini daripada kes perpindahan Neymar tersebut terus diheret untuk jangka masa yang lebih lama," katanya.

Undian lembaga pengarah Barca meluluskan perjanjian untuk membebaskan Bartomeu dan bekas presiden kelab itu, Sandro Rosell atas salah laku berkaitan perpindahan tersebut.

Bartomeu merupakan Naib Presiden ketika dibawah Rosell apabila Neymar dibawa masuk menerusi perjanjian kompleks yang melibatkan pelbagai kontrak.

Neymar dan bapanya turut disiasat berhubung dakwaan penipuan cukai yang turut dinafikan mereka.

Barca berkata mereka membayar sebanyak 57 juta euro untuk mendapatkan Neymar dengan ibu bapa pemain itu menerima 40 juta euro manakala Santos memperoleh 17 juta euro.

Namun pasukan penyiasat mendapati yuran perpindahan itu mencecah 83 juta euro dan Barcelona didakwa menyembunyikan sebahagian daripada perjanjian tersebut.

Barca bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.-mstar

Kami Tak Suka Wales - Wilshere

Pemain tengah England, Jack Wilshere mendedahkan bahawa tidak ada perasaan 'sayang' terhadap Wales menjelang perlawanan peringkat Kumpulan B Jumaat ini.

Kami Tak Suka Wales - Wilshere


Wilshere membuat maklum balas terhadap komen Gareth Bale minggu lalu yang mengkritik England yang kurang bersemangat.

"Saya sedar yang Wales tidak sukakan kami. Adakah kami suka mereka? Tidak juga!" jelas Wilshere.

"Kami sedar perlawanan akan menjadi lebih sengit dan pasti juga berlaku perebutan. Ia seperti aksi dalam Liga Perdana Inggeris.

"Tetapi ia akan memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan bahawa kami mempunyai jiwa bersemangat.

"Kami di sini untuk menang dan ada tugas. Jika kami  tunjukkan prestasi yang baik dan menang, kami berada dalam situasi yang baik".

Keputusan seri 1-1 ketika aksi bertemu Rusia minggu lalu di Marseille meletakkan England di kedudukan kedua di belakang Wales yang menang 2-1 ke atas Slovakia.

"Kami perlu buat seperti malam lalu (bertemu Rusia). Apabila kami kehilangan bola, kami perlu menghalang mereka daripada menyerang dan cuba cuba dapatkan bola kembali.

"Kami telah menunjukkan prestasi memuaskan sebelum ini dan ianya semakin baik."-mstar