Marsha Merasa Sangat Tertekan


Pertanyaan orang ramai mengenai soal kehamilan merupakan perkara biasa bagi selebriti yang sudah berkahwin, bagi Marsha Milan Londoh pula pertanyaan itu dianggap seperti satu doa untuk dikurniakan zuriat dengan cepat. Namun begitu, kadang kala pernah timbul rasa tertekan kerana pertanyaan itu membuatkan beliau tidak sabar menantikan untuk hamil.


Marsha Merasa Merasa Sangat Tertekan

“Sejujurnya saya merasa agak tertekan kerana saya sendiri memang teringin untuk menimang cahaya mata hinggakan tanda kecil pun membuatkan saya cepat teruja, sedangkan ianya sekadar memberi harapan palsu. Tetapi bukan disebabkan orang ramai yang sering bertanya soal hamil tetapi mungkin saya sendiri terlalu mengharap untuk cepat mengandung”


“Apa pun saya cuba hindari tekanan kerana kami pun baharu enam bulan bergelar suami isteri. Masih banyak waktu lagi untuk menunggu berita baik itu. Pasti ada rezeki nanti dan kami perlu banyakkan doa serta bersabar,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung keinginannya yang teruja dan tidak sabar untuk mempunyai cahaya mata.

Menyentuh soal kali pertama berpuasa bersama suami tersayang, Marsha memberitahu bahawa sukar diungkapkan perasaan teruja serta gembira kerana dapat berpeluang menjalani ibadah ini buat kali pertama. Pada masa yang sama beliau akui tidak kekok untuk berpuasa kerana sebelum ini drinya pernah berpuasa bersama rakan-rakan Islam yang lain.


Bagaimanapun sejak mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, Marsha akui berat badan beliau dan suami naik mendadak kerana mungkin terlalu bahagia bersama. Jadi Marsha dan suami bercadang untuk mengambil peluang didalam bulan puasa ini untuk mengamalkan pola pemakanan sihat bagi memastikan badan mendapat gizi yang mencukupi.-rotikaya

Filled Under: