WSJ Muat Naik Dokumen Dakwa Bagaimana Duit US$700 Juta Disalurkan Antara 1MDB-Najib

Wall Street Journal (WSJ) telah memuat naik beberapa dokumen yang didakwa menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana US$700 juta boleh masuk ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.


WSJ Muat Naik Dokumen Dakwa Bagaimana Duit US$700 Juta Disalurkan Antara 1MDB-Najib

Menurut WSJ, kesemua dokumen itu bersumberkan dari seorang "penyiasat kerajaan Malaysia".

Bagaimanapun, beberapa butiran seperti nombor akaun bank telah pun dihitamkan di dokumen berkenaan.

Dokumen-dokumen tersebut boleh dilihat di sini.
WSJ Muat Naik Dokumen Dakwa Bagaimana Duit US$700 Juta Disalurkan Antara 1MDB-Najib

WSJ Muat Naik Dokumen Dakwa Bagaimana Duit US$700 Juta Disalurkan Antara 1MDB-Najib

Antara dokumen yang membentangkan bagaimana duit dipindahkan.

Dokumen-dokumen tersebut turut melampirkan satu dokumen yang membentangkan bagaimana duit itu dipindahkan ke sebuah akaun bank AmIslamic Bank Bhd yang didakwa milik Najib.

Selain itu, beberapa borang permohonan kiriman wang dari Affin Bank kepada satu akaun Bank Ambank turut disiarkan bersama bagi mengukuhkan dakwaan itu.

[DIKEMASKINI]

Dokumen-dokumen terbabit dibahagikan kepada empat bahagian iaitu perpindahan wang pada tahun pada Mac 2013 oleh Tanore Finance, perpindahan wang pada Disember 2014 dari SRC International, perpindahan wang pada Februari 2015 juga dari SRC International dan juga surat kuasa peguam keatas beberapa akaun Ambank.


WSJ Muat Naik Dokumen Dakwa Bagaimana Duit US$700 Juta Disalurkan Antara 1MDB-Najib

WSJ Muat Naik Dokumen Dakwa Bagaimana Duit US$700 Juta Disalurkan Antara 1MDB-Najib

Dokumen-dokumen Mac 2013 memaparkan dua transaksi luar negara yang berjumlah US$619,999,988 dan US$60,999,988  dari Tanore Finance Corp  melalui Falcon Private Bank, dipindahkan pada 21 Mac dan 25 Mac.

Selain itu, dakwaan itu juga disokong oleh dokumen perpindahan kredit MT103 yang dihasilkan oleh komputer.

Dua lagi dakwaan transaksi adalah pada Disember 2014 dan Januari 2015 pula dikatakan transaksi dalam negara yang di sokong oleh dua borang permohonan kiriman wang bertulis tangan dari Affin Bank.

Pada Disember 2014, didakwa sebanyak RM40juta telah dipindahkan dari SRC International ke Gandingan Menteri seterusnya dipindahkan kepada Ihsan Perdana pada hari yang sama. Kemudian, sebanyak RM32 juta dari jumlah tersebut telah disalurkan kepada satu akaun Ambank dua hari kemudian.

Transaksi pada Februari 2015 pula didakwa berlaku dengan cara yang sama tetapi berjumlah RM10 juta.

Untuk melihat kesemua dokumen, sila ke pautan ini - Siakapkeli

Bekas Suami Nabila Huda dan Elizabeth Tan Bercinta?

Nampaknya kali ini sekali lagi nama Elizabeth Tan dikaitkan bercinta dengan bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zailani atau lebih dikenali sebagai Eddie. Bagaimanapun, Eddie menafikan perkara tersebut.


Bekas Suami Nabila Huda dan Elizabeth Tan Bercinta?

“Saya tidak bercinta dengan Elizabeth. Saya hanya berkawan baik dengan dia kerana berada di bawah satu pengurusan yang sama dan kami pernah bekerjasama sebelum ini. Elizabeth dan Tiga Swagger (kumpulan yang disetainya) juga bakal muncul dengan lagu terbaru yang berjudul Sayang Pulanglah Sayang”

“Ini pertama kali saya mendengar dakwaan ini. Saya tak pernah berjumpa secara peribadi dengan Elizabeth. Saya hanya berjumpa dengan dia hanya di pejabat dan acara di luar, semuanya atas urusan kerja. Saya terkejut dengan dakwaan ini,” jelas Eddie.

Eddie mendirikan rumah tangga dengan Nabila Huda pada 6 Disember 2008 dan mereka berpisah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan Eddie dan Nabila, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.-rotikaya

Video Lelaki Berkayak Hampir Hampir Dimakan Jerung

Seorang lelaki dari Florida, Ben Chancey hampir sahaja menjadi santapan seekor jerung yang sedang diburunya.


Video Lelaki Berkayak Hampir Hampir Dimakan Jerung

Itu pun, Ben bernasib baik dapat melarikan diri daripada jerung tersebut yang sempat menterbalikkan kayaknya.

Tak berhenti di situ, Ben yang ‘berang’ kembali semula ke kayaknya dan mula ‘bertarung’ dengan ikan pemangsa itu seperti mana dirakamkan oleh rakannya dari bot berdekatan.

Dapat dilihat si jerung berjaya juga dijerat oleh Ben namun tak dapat dipastikan sama ada dia melepaskan kembali jerung itu ke laut atau terus menangkapnya seperti ikan-ikan lain yang dikail.

Video mencemaskan ini sudah mencapai lebih daripada satu juta tontonan sejak dimuatnaik 1 Julai lalu. -mynewshub
Untuk Menonton : Klik Butang Tonton Video Dibawah

Man United Jual Penyerang Muda Skuad Juara Copa America

Manchester United dilaporkan bersetuju untuk menjual penyerang mudanya, Angelo Henriquez kepada Dinamo Zagreb.


Man United Jual Penyerang Muda Skuad Juara Copa America

Pemain skuad juara Copa America, Chile itu sebelum ini dipinjamkan kepada kelab Croatia, Zagreb oleh Louis Van Gaal dan berjaya menghasilkan 20 gol daripada 25 penampilan.

Bagaimanapun berdasarkan laporan akhbar Manchester Evening, United telah membuat keputusan untuk lagi membenarkan pemain tersebut pulang ke Old Trafford pada masa depan.

Henriquez dibawa ke United oleh Alex Ferguson pada 2012, tetapi gagal mendapatkan permit pekerjaan. Berikutan itu kelab tersebut meminjamkan pemain itu kepada Wigan Athletic selama enam bulan.

Penyerang yang tidak digunakan itu berjaya membantu United menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Van Gaal dikatakan tidak berminat terhadap khidmat Henriquez dan sedia menjualnya kepada kelab yang berminat.-mstar

Messi Enggan Terima Anugerah Pemain Terbaik Copa America

Bintang Barcelona, Lionel Messi dilaporkan enggan menerima trofi Pemain Terbaik Copa America selepas pasukannya Argentina tewas kepada Chile dalam saingan akhir pada Ahad.


Messi Enggan Terima Anugerah Pemain Terbaik Copa America

Menurut laporan di Argentina, pegawai-pegawai yang terlibat dalam kejohanan ini diminta untuk mengalihkan trofi pemain terbaik kejohanan berikutan Messi menolak untuk menerimanya.

Bukti laporan tersebut kukuh berdasarkan video yang menunjukkan trofi yang diletakkan di pentas itu dialihkan sebaik sahaja pasukan Chile menang melalui sepakan penalti ke atas Argentina.

Messi dikatakan telah memberitahu pegawai kejohanan agar tidak menyerahkan trofi itu kepadanya ketika majlis penyampaian hadiah di Stadium Nasional Chile di Santiago.

Messi begitu kecewa dengan kekalahan tersebut malah dia turut dikritik kerana gagal menyerlah dan menjaringkan gol sejak awal perlawanan.

Gol tunggal daripadanya hanyalah ketika aksi penalti ke atas Paraguay selepas seri 2-2 dalam aksi separuh akhir.-mstar



Untuk Menonton: Klik Butang Tonton Video Dibawah

Mangsa Tsunami Aceh Dilamar Kelab Sporting Lisbon Setelah Dibantu Oleh Ronaldo

Kelab Bola Sepak Sporting Lisbon telah menandatangani perjanjian bersama dengan pemain muda  berusia 17 tahun ini yang merupakan mangsa selepas terselamat dari tragedi Tsunami yang melanda Indonesia pada tahun 2004.


Mangsa Tsunami Aceh Dilamar Kelab Sporting Lisbon Setelah Dibantu Oleh Ronaldo

Ketika kejadian, pemain kelab Sporting Lisbon yang bernama Martunis ini baru berusia 7 tahun. Tragedi Tsunami yang melanda kampung halamannya di  Banda Aceh menyebabkan ibu serta dua orang adiknya juga turut terbunuh. Kejadian Tsunami di Banda Aceh telah meragut 230,000 nyawa.

Martunis terdampar di pantai selama 21 hari dan cuba menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebuah sofa. Ketika ditemui, dia memakai jersi tiruan Portugal yang tertera nama Rui Costa di belakang jersi. Nama Martunis menjadi bualan orang ramai setelah menjadi tajuk-tajuk akhbar utama di Portugal serta kisahnya mendapat perhatian dari Christiano Ronaldo.


Mangsa Tsunami Aceh Dilamar Kelab Sporting Lisbon Setelah Dibantu Oleh Ronaldo

“Saya tidak takut langsung dengan tragedi ini kerana saya hanya mahu teruskan hidup untuk berjumpa dengan ibu saya dan menjadi pemain bola sepak professional.”– kata Martunis.

Terkesan dengan kisah pemuda ini, Persatuan Bola Sepak Portugal telah mendermakan sebanyak 40 ribu euro dan membantu membina semula rumah keluarganya. Pada tahun 2005, Christiano Ronaldo yang juga merupakan idola kepada pemuda ini mengunjungi Acheh untuk melawat beliau dan berjanji akan menanggung semua kos pendidikannya.

“Saya percaya tidak semua orang mampu untuk menempuh ujian yang di hadapi olehnya. Dia mempunyai semangat dan kekuatan yang luar biasa.” komen Ronaldo tentang Martunis.

Kini, Sporting Lisbon telah menawarkan tempat untuknya bermain di akademi mereka yang terletak di Alcochete. Ronaldo sebelum ini juga menyertai akademi ini sebelum berhijrah ke Manchester United dan Real Madrid.


Mangsa Tsunami Aceh Dilamar Kelab Sporting Lisbon Setelah Dibantu Oleh Ronaldo

“Saya sungguh teruja dengan peluang yang di berikan ini. Kelab ini telah membuat cita-cita saya menjadi realiti” kata Martunis ketika ditemui di hari menandatangani  perjanjian bersama kelab Sporting Lisbon.

Sementara itu, Presiden Kelab Sporting Lisbon Bruno De Carvalho menjelaskan kakitangan akademiknya akan bekerja secara rapat dengan Martunis untuk membantu beliau menjadi seorang pemain bola sepak professional. Katanya, ini adalah sebahagian tanggungjawab pasukan ini untuk merealisasikan impian seseorang dan seterusnya akan menjadi ikon dan inspirasi kepada mereka yang berada di luar sana.-sajakongsi

Punca Yusry dan Lisa Tak Mahu Popularkan Anak

Bakal menyambut kelahiran bayi pertama mereka selepas Aidilfitri nanti, Yusry KRU dan juga Lisa Surihani mempunyai jawapan sendiri mengapa mereka tidak mahu terlalu teruja untuk menyambut cahaya mata mereka.


Punca Yusry dan Lisa Tak Mahu Popularkan Anak

“Salah satu sebab mengapa berita mengenai kandungan anak pertama ini tidak kecoh ialah kerana kami sudah mencuba selama tiga tahun. Sepanjang tiga tahun itu, bila tengok orang lain gembira dengan berita kandungan mereka dan tunjuk baby bump membuatkan kami rasa terkilan”


Punca Yusry dan Lisa Tak Mahu Popularkan Anak

“Sama ada artis atau bukan artis, saya tahu ada ramai lagi pasangan yang belum dikurniakan anak dan masih mencuba. Saya faham perasaan mereka ini. Bukan kecewa, cuma rasa terkilan. Itu yang kami tidak mahu berita ini kecoh,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Punca Yusry dan Lisa Tak Mahu Popularkan Anak

Selain itu, menurut pasangan yang turut merahsiakan jantina cahaya mata pertama mereka ini, mereka telah berbincang bahawa anak mereka nanti akan dibesarkan seperti kanak-kanak lain dan tidak terus popular selain terus diperkenalkan dengan lensa kamera ketika baru sahaja lahir.


Punca Yusry dan Lisa Tak Mahu Popularkan Anak

“Saya hendak anak saya membesar seperti saya dan Lisa dahulu. Kalau boleh tidak mahulah baru-baru lahir kamera sudah di depan muka. Bukan hendak menyimpan hak eksklusif anak saya apatah lagi hendak terlalu menonjolkan anak kami kepada umum”


Punca Yusry dan Lisa Tak Mahu Popularkan Anak

Punca Yusry dan Lisa Tak Mahu Popularkan Anak

“Tetapi, kalau ada orang jumpa anak kami semasa kami bercuti atau membeli-belah, saya tiada masalah jika ada orang ambil gambar kami bersama anak-anak. Perkara itu normal sebab kami artis tetapi bukan menonjolkan dia sebagai artis, itu maksud saya,” jelasnya.-rotikaya

Tasha Shilla Kini Sudah Berhijab Penuh?

Melihatkan kepada gambar-gambar terbaru di akaun Instagram milik Tasha Shilla, nampaknya pelakon ini sudah mula mengenakan hijab sepenuhnya. Bagaimanapun jika dilihat kepada caption gambar, rata-rata adalah Tasha mempromosikan hijab tersebut.


Tasha Shilla Kini Sudah Berhijab Penuh?

Apa yang menarik, ratusan komen sokongan dan juga galakan daripada peminat Tasha betul-betul mahukan selebriti kesayangan mereka berubah ke arah mengenakan hijab sepenuhnya. Malah ada juga di antara mereka mendoakan apa yang dilakukan Tasha ketika ini akan diteruskan walaupun setelah habis Ramadan.


Tasha Shilla Kini Sudah Berhijab Penuh?

Tasha Shilla Kini Sudah Berhijab Penuh?

Tasha Shilla Kini Sudah Berhijab Penuh?

Tasha Shilla Kini Sudah Berhijab Penuh?

Tasha Shilla Kini Sudah Berhijab Penuh?

Semoga apa yang dilakukan oleh Tasha ketika ini akan sentiasa mendapat sokongan bukan sahaja daripada keluarga malah daripada peminat setianya juga. Semoga apa yang didoakan Tasha ketika bulan ini dimakbulkan serta dipermudahkan urusan.-rotikaya

Radamel Falcao Sertai Chelsea

Selepas bermain semusim yang penuh dengan kekecewaan bersama Manchester United, penyerang Colombia, Radamel Falcao telah menyertai juara Liga Perdana Inggeris Chelsea secara pinjaman juga selama semusim.


Radamel Falcao Sertai Chelsea

Falcao akan menyertai rombongan Chelsea ke jelajah Amerika Utara pra-musim ini nanti.

Perkara ini disahkan oleh pakcik dan bapa Falcao sendiri sebagaimana yang dilaporkan oleh portal berita The Guardian pada Rabu.

Mereka berkata, kelab asal Falcao iaitu AS Monaco, bersetuju dengan perpindahan secara pinjaman itu.

Falcao, 29, hanya berupaya menjaringkan empat gol sahaja sepanjang penglibatannya dengan Manchester United musim lalu.

Manchester United diberi opsyen untuk mendapatkan khidmatnya secara kekal tetapi tidak berbuat demikian.

Sementara itu, Chelsea masih belum membuat pengumuman secara rasmi berhubung berita terbaru ini.

Bagaimanapun Jorge Mendes, yang mewakili Falcao telah mengadakan rundingan selama tiga minggu berturut-turut dengan wakil Chelsea.

Ejen pemain itu mahu Chelsea mengekalkan bayaran gajinya sebanyak £265,000 seminggu tetapi Chelsea dikatakan hanya bersedia untuk membayarnya sekitar £180,000 seminggu dengan bayaran tambahan £4 juta sebagai yuran pinjaman untuk Monaco.

Radamel García, bapa kepada Falcao mengesahkan yang perpindahan itu dalam satu temuramah dengan stesen televisyen Caracol TV.

Malah dia memberitahu yang Falcao akan melaporkan diri di kem latihan skuad utama Chelsea di Montreal, Kanada pada 19 atau 20 Julai nanti.

Sementara pakciknya, Herbert King, yang kini sedang bercuti dengan pemain itu di Colombia, turut mengesahkan kepada The Guardian mengenai perpindahannya ke Chelsea.-mstar

Stoke City Berjaya Dapatkan Pemain Inter Xherdan Shaqiri

Dalam satu langkah yang agak mengejutkan, kelab pertengahan Liga Perdana Inggeris, Stoke City telah berjaya mendapatkan khidmat pemain Inter Milan, Xherdan Shaqiri pada harga £12 juta.


Stoke City Berjaya Dapatkan Pemain Inter Xherdan Shaqiri

Walau bagaimanapun, terma-terma peribadi antara pemain itu dengan Stoke masih belum lagi dimuktamadkan.

Pemain tengah antarabangsa Switzerland berusia 23 tahun itu baru sahaja menyertai Inter Januari lalu dengan menandatangani kontrak empat setengah tahun.

Oleh yang demikian keputusannya untuk berpindah lagi adalah sesuatu yang agak mengejutkan.

Sebelum menyertai Inter, Shaqiri adalah pemain Bayern Munich, bermain selama tiga musim dengan juara Bundesliga itu.

Dia berpindah ke Inter setelah mendapati persaingan untuk slot tengah sangat sengit dengan  Franck Ribéry, Arjen Robben dan Mario Götze.

Selama bersama Inter, Shaqiri bermain 15 kali serta menjaringkan satu gol.-mstar