Video Lelaki Berkayak Hampir Hampir Dimakan Jerung


Seorang lelaki dari Florida, Ben Chancey hampir sahaja menjadi santapan seekor jerung yang sedang diburunya.


Video Lelaki Berkayak Hampir Hampir Dimakan Jerung

Itu pun, Ben bernasib baik dapat melarikan diri daripada jerung tersebut yang sempat menterbalikkan kayaknya.

Tak berhenti di situ, Ben yang ‘berang’ kembali semula ke kayaknya dan mula ‘bertarung’ dengan ikan pemangsa itu seperti mana dirakamkan oleh rakannya dari bot berdekatan.

Dapat dilihat si jerung berjaya juga dijerat oleh Ben namun tak dapat dipastikan sama ada dia melepaskan kembali jerung itu ke laut atau terus menangkapnya seperti ikan-ikan lain yang dikail.

Video mencemaskan ini sudah mencapai lebih daripada satu juta tontonan sejak dimuatnaik 1 Julai lalu. -mynewshub
Untuk Menonton : Klik Butang Tonton Video Dibawah

Filled Under: