Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Skuad B-22 Malaysia Bawa Balik Piala Emas Bangabandhu 2015

Skuad Bawah 22 Tahun negara (Harimau Muda) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Bangabandhu 2015 selepas menewaskan Bangladesh 3-2 pada aksi final di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh, hari ini.


Skuad B-22 Malaysia Bawa Balik Piala Emas Bangabandhu 2015, info, terkini, berita, sukan, bola sepak, harimau muda,

Kemenangan tersebut adalah kedua diraih Malaysia selepas muncul juara edisi pertama pada 1996 menerusi kemenangan 2-1 ke atas kelab dari Indonesia, PSM Makassar.

Pada aksi hari ini, kapten pasukan Nazirul Naim Che Hashim meletakkan skuad negara di hadapan pada minit ke-31 menerusi sepakan percuma cantik pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen berbayar.

Penyerang, S. Kumaahran menggandakan jaringan skuad negara pada minit ke-40 selepas mudah menolak masuk bola melalui hantaran rakan sepasukan.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah mengubah rentak permainan dengan lebih banyak melakukan serangan dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi tandukan Jahid Hasan Ameli pada minit ke-48.

Enam minit kemudian, Bangladesh menyamakan kedudukan menerusi Yeasin Khan yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut oleh kapten pasukan, Mohd Mamunul Islam.

Mohd Faizat Ghazli, bagaimanapun muncul wira skuad negara apabila menanduk masuk gol kemenangan, hasil sepakan sudut Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak pada masa kecederaan, bagi mengesahkan kejuaraan milik skuad kendalian Razip Ismail itu.

Kejohanan berkenaan merupakan persediaan Razip bagi menghadapi Liga Singapura 2015, awal bulan depan selain pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun 2016, dari 27 hingga 31 Mac ini.

Selain Malaysia dan Bangladesh, Piala Emas Bangabandhu turut disertai Thailand, Bahrain, Sri Lanka dan Singapura. – BERNAMA


Man United Terus Buru Mats Hummels

MANCHESTER UNITED berharap kejatuhan Borussia Dortmund pada pusingan pertama Bundesliga akan memberi peluang kepada kelab itu untuk mendapatkan Mats Hummels.

Man United Terus Buru Mats Hummels, info, terkini, sukan, bola sepak, Man United, Mats Hummels

Hal ini kerana, tawaran United sebanyak £35 juta untuk mendapatkan Hummels pada Julai lalu telah ditolak oleh Dortmund.

Berikutan itu, United kembali berusaha untuk mendapatkan pemain pertahanan Jerman itu pada tingkap pemindahan bulan ini.

Man United Terus Buru Mats Hummels, info, terkini, sukan, bola sepak, Man United, Mats Hummels

Hummels merupakan pemain pertahanan pilihan utama Louis van Gaal sejak jurulatih kelahiran Belanda itu tiba di Old Trafford.

Dalam pusingan pertama Bundesliga, Dortmund hanya memenangi empat daripada 17 perlawanan dan berada di kedudukan kedua terbawah liga iaitu di atas Freiburg.

Sumber : mstar.com.my

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres

Fernando Torres mengecap nikmat kemenangan ke atas Real Madrid selaku pemain Atletico Madrid selepas juara La Liga itu membenam musuh tetangganya 2-0 pada perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Piala Raja Sepanyol, awal pagi tadi.

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres, info, sukan, bola sepak, la liga, torres
Gaya pemain baharu Atletico Madrid, Fernando Torres ketika membuat penampilan pertama bersama kelab itu dalam perlawanan Piala Raja Sepanyol menentang Real Madrid, awal pagi tadi. - Foto Reuters


Gol Atletico dijaringkan Raul Garcia menerusi penalti pada minit ke-58 sebelum tandukan Jose Gimenez pada minit ke-76 mengesahkan kemenangan tuan rumah dengan Torres sekadar menampilkan persembahan biasa ketika beraksi buat kali pertama bersama Atletico sejak dipinjamkan dari AC Milan.

Kedua-dua kelab yang mencipta kejayaan besar musim lepas ini akan bertemu sekali lagi pada timbal balik yang dijadualkan di Santiago Bernabeu pada 15 Januari ini.

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres, info, sukan, bola sepak, la liga, torres

Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Atletico Madrid pada perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Piala Raja Sepanyol di Vicente Calderon, awal pagi tadi. - Foto Reuters

"Kami memiliki peluang. Jelas Atletico mempunyai kelebihan namun di tempat sendiri, apa saja boleh berlaku. Ia tidak memihak kepada kami namun kami akan cuba yang terbaik," kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti.

Kekalahan menyaksikan Real tumbang buat kali kedua berturut-turut pada permulaan kempen 2015 selepas melakar 22 perlawanan tanpa kalah.

Pengurus Atletico, Diego Simeone enggan mengatakan kelebihan kini terletak di tangan pasukannya.

"Kami mempunyai rasa hormat yang banyak terhadap Real Madrid. Mereka memiliki jurulatih yang hebat, skuad yang hebat dan perlawanan ini jelas belum berakhir."

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres, info, sukan, bola sepak, la liga, torres

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pengendali menampilkan perencanaan berbeza dengan Ancelotti meninggalkan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo di bangku simpanan manakala Simeone membuat tujuh penukaran daripada skuad yang menewaskan Levante 3-1, awal minggu ini. - AFP

Sumber : bharian.com.my

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic

Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini dilapor mahu mendapatkan Mario Mandzukic yang benilai £25 juta pada tingkap pemindahan Januari ini sebagai persediaan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic, info, sukan, epl, spekulasi, mario manzukic, manchester city


Pellegrini terdesak untuk mendapatkan Mandzukic yang merupakan penyerang Croatia dan Atletico Madrid bagi menajamkan jentera serangan City selepas mereka hanya mengharapkan kepada Sergio Aguero.

Bagaimanapun Aguero juga menerima nasib seperti Edin Dzeko dan Stevan Jovetic yang terpaksa direhatkan akibat mengalami kecederaan.

Aguero perlu direhatkan sehingga Januari manakala Jovetic memerlukan beberapa minggu lagi untuk kembali cergas sepenuhnya.

Tertekan dengan kehilangan penyerang utama, Pellegrini kini terpaksa menggunakan khidmat pemain tengah seperti James Milner untuk mengetuai jentera serangan.

Artikel Terdahulu : Nicol Juarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia Kali Ke-8

Sumber : mstar.com.my

Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab 2014

Juara Piala Dunia Kelab milik Real Madrid selepas menumpaskan San Lorenzo, 2-0 pada Ahad, sekali gus merangkul gelaran keempat untuk tahun ini.


Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab 2014, info, terkini, sukan, berita, real madrid, Piala Juara Kelab Dunia

Sebelum ini, Real dinobatkan sebagai pemenang Liga Juara-Juara, Copa del Rey dan Piala Super Eropah.

Kemenangan ke atas kelab Argentina itu melengkapkan kecemerlangan Real musim ini, termasuk pencapaian sebagai pendahulu La Liga dengan satu mata mengatasi musuh ketat, Barcelona dengan kelebihan satu lagi perlawanan.

Kejayaan Real dalam perlawanan itu hasil jaringan pemain pertahanan, Sergio Ramos dan Gareth Bale, masing-masing pada minit ke-37 dan enam minit ketika perlawanan memasuki separuh masa kedua, menewasakan penjaga gol, Torrico.

Bagaimanapun, Real hampir menambah luka San Lorenzo tetapi dua lagi cubaan yang dilakukan Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo tersasar dari gawang lawan.

Artikel Terdahulu : Sanggup Langgar Motosikal Sebab Rebut Pam Minyak

Sumber : mstar.com.my

Tony Fernandez Beri Tiket Percuma Tonton AFF Suzuki 2014 Di Bangkok

Siapa tak suka benda free kan? Lagi-lagi apabila berpeluang mendapat tiket penerbangan percuma untuk menonton perlawanan akhir pertama AFF Suzuki 2014 di Bangkok pada 17 Disember ini.


Tiket Percuma Tonton AFF Suzuki 2014 Di Bangkok, iinfo, sukan, berita, AFF Suzuki 2014, Tony Fernandes,

Tak cukup dengan itu, menerusi laman Twitternya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes akan membiayai penginapan 5 orang pemenang bertuah itu di Tune Hotel Bangkok! Fuh. Kami pun nak!

Tiket Percuma Tonton AFF Suzuki 2014 Di Bangkok, iinfo, sukan, berita, AFF Suzuki 2014, Tony Fernandes,


Dek kerana itu, ramailah netizen mula mencuba nasib  dengan memuat naik foto mereka  menggayakan pakaian atau kostum terbaik Harimau Malaya.

Kami tengok pelbagai ragam dan aksi yang mereka lakukan semata-mata demi mendapatkan offer Tony Fernandez tu. Siap ada yang tangkap gambar dengan harimau. Haha.


Tiket Percuma Tonton AFF Suzuki 2014 Di Bangkok, iinfo, sukan, berita, AFF Suzuki 2014, Tony Fernandes,

Jadi, anda semua apalagi, cepatlah upload aksi terbaik anda. Mana tahu anda boleh tengok team Harimau Malaya beraksi menentang Thailand nanti. Free of charge ooooii!

Sumber: Astro Awani

Pusingan 16 Liga Juara-Juara: City Bertemu Barcelona

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City telah diundi untuk bertemu Barcelona dalam pusingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah Februari tahun depan.


Pusingan 16 Liga Juara-Juara, City Bertemu Barcelona, info, sukan, bloa sepak, UEFA Champion League, UCL,

Chelsea pula telah diundi untuk bertemu juara Perancis PSG manakala Arsenal diundi menentang Monaco, iaitu pasukan yang pernah dilatih oleh Arsene Wenger suatu ketika dahulu.

Sesuatu yang menarik ialah, Manchester City turut bertemu Barcelona di peringkat yang sama tahun lalu. Mereka tewas dengan agregat 4-1.

Pengarah Bolasepak City, Txiki Begiristain, yang secara kebetulan juga adalah bekas pengarah bolasepak Barcelona menyifatkan undian tersebut sebagai sesuatu yang sukar untuk dipercayai.

Sementara itu Chelsea yang merupakan juara kumpulan bertemu PSG  yang merupakan pencabar mereka di peringkat suku akhir musim lalu.

Chelsea perlu berhadapan PSG dengan penuh berhati-hati kerana kini bekas pemain bek mereka, David Luiz bermain untuk juara Perancis itu.

Arsenal pula bernasib baik kerana mereka tidak diundi menentang naib juara Atlético Madrid atau juara bertahan, Real Madrid.

Arsène Wenger mencipta namanya di Monaco, menjadi pengurus di situ dari 1987-1994.

Juara bertahan, Real Madrid seperti mana City dan Barcelona akan bertemu pasukan yang sama di peringkat yang sama musim lalu iaitu Schalke.

Musim lalu, Real membelasah Schalke dengan agregat 9-2 manakala finalis musim lalu, Atlético Madrid akan berdepan Bayer Leverkusen.

Undian untuk pusingan kalah mati ini berlangsung di Lyon pada Isnin.

Dalam pada itu, juara lima kali, Bayern Munich akan bertemu Shakhtar Donetsk, Juventus menentang Borussia Dortmund yang merupakan pertemuan ulangan final 1997 dan Basel diundi menentang Porto.

UNDIAN 16 PASUKAN TERAKHIR LIGA JUARA-JUARA EROPAH:

PSG lwn Chelsea

Manchester City lwn Barcelona

Bayer Leverkusen lwn Atlético Madrid

Juventus lwn Borussia Dortmund

Schalke lwn Real Madrid

Shakhtar Donetsk lwn Bayern Munich

Arsenal lwn Monaco

Basel lwn Porto

Sumber : mstar.com.my