Memaparkan catatan dengan label pelakon hollywood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelakon hollywood. Papar semua catatan

Punca Pelakon Iron Man Berang Angkat Kaki

Ia merupakan mimpi ngeri kepada setiap wartawan atau pengacara apabila rancangan yang dikendalikan mereka terpaksa dihentikan akibat kesilapan.


Punca Pelakon Iron Man Berang Angkat Kaki, info, terkini, pelakon hollywood, iron man

Tunggak utama Avengers: Age of Ultron, Iron Man yang dibintangi pelakon Hollywood terkenal,  Robert Downey Jr semalam mengejutkan ramai setelah bertindak meninggalkan wawancara yang sedang berlangsung kendalian pembaca berita Channel 4 Krishnan Guru-Murthy.


Insiden ini berlaku ketika Robert Downey yang berada di UK untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya tetapi terus-menerus ditanya soalan yang pada dirinya tidak relevan dan cuba untuk merosakkan imej Robert yang kini dihormati ramai apatah lagi dengan watak Iron Man sebagai penyelamat.

Krishnan Guru-Murthy yang sememangnya terkenal sering menaikkan kemarahan selebriti yang diwawancaranya sebelum ini tidak terlepas bertanya soalan panas mengenai sejarah hitam Iron Man yang dahulunya ketagihan dadah dan pernah meringkuk didalam penjara.

Dilihat cuba memberikan amaran dengan mengingatkan tujuan utama dia berada disitu untuk mempromosikan filem Avengers: Age of Ultron  bukan bercakap mengenai sejarah hitam dalam hidup pelakon tersebut.

Momentum yang baik dilihat pada permulaan, namun apabila pelakon yang kini berusia 50 tahun  itu ditanya mengenai keadaan diri kini dan adakah sudah benar-benar berubah atau masih lagi bertarung melawan ketagihannya itu..

'I'm sorry, I really don't... what are we doing?' (Maafkan saya, saya tidak faham apa yang sedang kita buat,? Soal Robert Downey Jr beserta riak wajah yang menahan kemarahan.

Rakaman video yang sempat dirakam kan menyaksikan adegan dimana Krishnan terpinga-pinga sebaik Robert Downey bangun dan berlalu pergi sebelum meninggalkan kata-kata bahawa Krishnan cuba meniru Diane Shaw.


Sumber : murai

Pelakon Leonardo DiCaprio Bina Eco Resort

Bintang Wolf Of Wallstreet, Leonardo DiCaprio sedang merancang untuk 'menyembuhkan' sebuah pulau dan dijadikan sebuah lokasi pelancongan.


Pelakon Leonardo DiCaprio Bina Eco Resort, info, terkini, sensasi, hiburan, pelakon hollywood, Hero Filem Titanic

Menurut NYTimes, DiCaprio yang juga aktivis alam persekitaran membeli Blackadore Caye, sebuah pulau tidak berpenghuni seluas 104 ekar di Belize, Amerika Utara.

"Seperti syurga di bumi," kata DiCaprio.

"Saya terus dapatkan peluang untuk membeli pulau itu ," katanya.


Pelakon Leonardo DiCaprio Bina Eco Resort, info, terkini, sensasi, hiburan, pelakon hollywood, Hero Filem Titanic

DiCaprio akan bekerjasama dengan Paul Scialla, seorang pemaju dari New York untuk mewujudkan sebuah resort di pulau berkenaan.

"Tujuannya adalah untuk buat sesuatu yang akan mengubah dunia," kata DiCaprio.

"Tak ada alasan lain untuk saya ke Belize selain untuk idea tersebut," akhiri beliau.

Pelakon Leonardo DiCaprio Bina Eco Resort, info, terkini, sensasi, hiburan, pelakon hollywood, Hero Filem Titanic

Sumber : sinarharian

Angelina Jolie Umum Buang Ovari

Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan dia telah menjalani pembedahan membuang ovari dan tiub fallopio kerana bimbang terjadi penyakit kanser selepas menjalani pembedahan mastektomi atau membuang payudara dua tahun lepas.


Angelina Jolie Umum Buang Ovari, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon hollywood, angelina jolie, gosip, sensasi

Jolie yang kehilangan ibu, nenek dan ibu saudara akibat penyakit kanser dipercayai membawa gen mutasi yang menjadikannya 87 peratus berisiko untuk membentuk kanser payudara dan 50 peratus terdedah kepada risiko kanser ovari.

“Saya katakan kepada diri sendiri agar sentiasa tenang, cuba menjadi kuat dan tabah.

“Saya juga ingatkan diri bahawa saya mempunyai banyak masa untuk melihat anak-anak membesar sehingga saya memperolehi cucu,” kata Jolie.

Brad Pitt yang sedang menjalani penggambaran di Perancis diberitakan terbang ke Amerika Syarikat untuk menemani Jolie sepanjang isterinya itu menjalani pembedahan.

Sumber : mynewshub