Memaparkan catatan dengan label Pilot Cafe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilot Cafe. Papar semua catatan

"Saya Bukan Pengarah Soft Porn" - Osman Ali

Rentetan isu sekeping gambar sedutan babak filem Pilot Cafe yang melibatkan pelakon Remy Ishak dan Izara Aishah didakwa bersifat berahi, ada segelintir pihak menggelarkan pengarahnya, Osman Ali sebagai seorang pengarah yang menggunakan elemen 'soft-porn' di dalam filem arahannya untuk melariskan jualan tiket.


"Saya Bukan Pengarah Soft Porn" - Osman Ali, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, pilot cafe

Menjawab dakwaan itu, Osman yang pernah mengarahkan beberapa naskah filem hebat seperti Anak Halal, Ombak Rindu dan Jiwa Taiko menafikan perkara tersebut.

"Saya rasakan tidak betul dakwaan tesebut. Ramai pihak memberikan penilaian hanya berdasarkan sekeping gambar, sedangkan tiada babak sebegitu dalam filem tersebut. Perkara ini pun menjadi percakapan orang. Saya rasakan perkara ini tak patut menjadi isu," kata Osman memulakan perbualan.

Mengulas mengenai sambutan filem adaptasi novel karya Ahadiat Akashah itu, Osman bersyukur kerana dia menerima banyak reaksi positif penggemar filem tempatan yang gemar dengan karya terbarunya itu.

"Ramai yang sudah menonton filem Pilot Cafe memberikan ulasan positif. Ramai yang suka dengan hasil adaptasi tersebut. Saya sangat gembira dan berharap filem ini dapat sambutan yang menggalakkan," ujarnya lagi.

Filem Pilot Cafe lakonan Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak dan ramai lagi ini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 30 April lalu.

Sumber : murai

Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe

Isu tidak berhijab pelakon Neelofa dalam filem terbaru Pilot Cafe sekali lagi mendapat perhatian peminat dunia hiburam tempatan kerana secara jelasnya Neelofa yang dikenali kini sememangnya menjaga batas dan auratnya itu.


Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa, Pilot Cafe

Bertemunya di majlis tayangan filem Pilot Café kelmarin, dia menjelaskan bahawa filem lakonannya itu telah menjalani penggambaran pada tahun 2013. Seperti yang telah kita ketahui pula, Neelofa mula berhijrah sekitar Julai tahun lepas.

“Bila saya memuat naik poster filem ke Instagram saya, ada peminat yang bercakap kenapa nak letak gambar saya yang tak bertudung di situ. Hari ini saya akan jelaskan yang pertama ialah penggambaran filem Pilot Café dijalankan pada tahun 2013″


Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa, Pilot Cafe

“Manakala yang kedua filem ini juga melibatkan banyak pihak & yang ketiga saya bersyukur filem ini keluar sekarang, sebab orang boleh tengok saya di dua sisi yang berbeza,” katanya.

Menurutnya lagi, tidak adil bagi seseorang itu untuk menghukum orang lain, sebagai manusia biasa seseorang itu tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

“Dua tahun lepas saya cukup berbeza dengan yang sekarang ini dan sebagai manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan tidak adil untuk orang itu mengkritik, menghukum atau menghakimi sesiapa. Sesiapa sahaja boleh berubah bila-bila masa sahaja”

“Untuk peminat-peminat semua kalau saya boleh edit perkara yang lepas sudah tentu saya akan lakukannya sekarang. Apa yang boleh saya lakukan sekarang ialah belajar daripada pengalaman yang lepas,” tambahnya.


Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa, Pilot Cafe

Jangan lupa untuk saksikan filem Pilot Café, arahan Osman Ali yang turut dibintangi nama besar seperti Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Remy Ishak dan ramai lagi yang akan ditayangkan pada 30 April ini. Amaran, bawa tisu sebanyak mungkin heh.

Sumber : rotikaya