Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan

Punca Sebenar Kejadian Cermin Tabung Haji Kangar Pecah

Semalam tersebar dilaman sosial Facebook, Twitter dan Aplikasi Whatapps tentang kejadian cermin sebuah premis milik Lembaga Tabung Haji yang dikatakan dipecahkan angkara perbuatan khianat.


info, terkini, berita, isu Tabung Haji, 1MDB, TRX

Kami telah cuba menghubungi pihak berkaitan tentang kejadian ini dan mereka menolak segala andaian yang dibuat tersebut.

Ini kerana kejadian tersebut adalah berlaku hanya kerana masalah teknikal biasa dimana dikatakan pintu tersebut telah rosak dibahagian engselnya menyebabkan pintu tersebut jatuh.

Ia berlaku petang semalam ketika premis tersebut sudah ditutup dan pintu dijaga oleh seorang polis bantuan bertugas. Pintu dijaga untuk membenarkan pelanggan-pelanggan terakhir Tabung Haji tersebut keluar kerana sudah tamat waktu operasi.

Semasa pintu kaca tersebut cuba ditutup, engsel pintu itu telah tertanggal dan jatuh menyebabkan ia pecah.

Kami cuba telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk pengesahan kejadian tersebut tetapi menurut seorang pegawai polis, mereka tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan kerana pihak polis tidak menerima sebarang report dan sekaligus ia bukan merupakan perbuatan khianat.

info, terkini, berita, isu Tabung Haji, 1MDB, TRX

Selain itu, kami juga menjumpai satu pesanan Whatapps di laman sosial yang dikatakan perbualan antara pekerja Tabung Haji di situ dimana dia menceritakan kejadian tersebut seperti apa yang SK sendiri dapat.

Cerita mengenai Tabung Haji sejak dua tiga hari ini menjadi panas selepas tersebar surat rahsia pembelian tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta yang didakwa bertujuan untuk menyelamat syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB. - Siakapkeli

Penyimpan serbu kaunter Tabung Haji keluar wang

Sekumpulan penyimpan di Tabung Haji (TH) menunjukkan slip pengeluaran wang dan poster kecil mendesak Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan sebagai pengerusi TH di depan pejabat TH cawangan Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal


Penyimpan serbu kaunter Tabung Haji keluar wang, info, terkini, berita, sensasi, Tabing Haji, 1MDB

Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.

“Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi,” kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

Azeez sebelum ini menafikan dakwaan beberapa blog mengenai pembelian itu, tetapi kemudiannya mendakwa kesilapan komunikasi selepas pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.

Hilmi berkata tindakannya mengeluarkan wang merupakan signal daripada rakyat Malaysia agar TH tidak dikuasai kelompok yang menjaga kepentingan politik mereka daripada pendepositnya.

Seorang lagi penyimpan, Danial Al-Rashid Haron Aminar berkata beliau hilang kepercayaan kepada TH sejak timbul isu pembelian tanah 1MDB ini.

Danial, yang merupakan anak bekas pelakon Allahyarham Haron Salim Bachik, mahu TH dikembalikan kepada tujuan asalnya dan tidak dikuasai orang politik.

“Sebelum ni ok je. Bagi saya, Azeez kena letak jawatan,” katanya yang mengeluarkan RM1,000 daripada akaun yang disimpan atas nama anaknya.

Turut hadir ialah seorang guru, yang mengambil cuti sekejap dari tempat kerjanya bagi urusan mengeluarkan wang simpanannya hari ini.

“Saya memang marah bila dengar berita ini, sebab itu saya ambil keputusan keluarkan wang saya dari Tabung Haji.

“Dia pandai-pandai guna wang kita untuk selamatkan kroni dia,” kata guru berusia 29 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad itu.

Rafizal Ali, 36, mengeluarkan RM1,500 hari ini dan menuntut Azeez meletak jawatan.

“Saya hilang keyakinan kepada TH selagi Azeez memimpinnya,” kata Rafizal kepada The Malaysian Insider.

Beliau berjanji akan menyimpan semula wangnya selepas Azeez meletak jawatan dan TH membatalkan pembelian tanah 1MDB itu.

Artikel Terdahulu : Wajah Pembunuh Tunang Sendiri


TH semalam mengesahkan ia membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta daripada projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX), iaitu projek utama oleh 1MDB, yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

TH mendakwa pembelian itu mendapat “diskaun” harga berbanding nilai pasaran semasa.

Badan pengelola dana simpanan itu merancang membina sebuah menara kediaman di tapak yang akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat hartanah dan pembinaan yang terlibat dalam pembangunan perbandaran bercampur Bandar Enstek seluas 5.119 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pelaburan itu berdasarkan kepada keputusan komersial yang sesuai dengan risiko Tabung Haji dan melalui semua proses sewajarnya,” kata Johan dalam kenyataannya, semalam.

Bagaimanapun, TH menafikan kumpulan itu membeli sebidang tanah daripada 1MDB di parcel kedua TRX seperti diperkatakan blog “The Benchmark” yang membocorkan dokumen didakwa memperincikan pembelian TH sebanyak 2 plot tanah di TRX dengan jumlah modal RM772 juta.


Sumber : masturajebat