Harrison Pecah Rekod Dunia Acara Lompat Pagar 100m


Atlet olahraya, Amerika Syarikat (AS), Kendra Harrison memecah rekod dunia acara lompat pagar 100 meter dalam acara Sukan Ulangtahun London.

Harrison Pecah Rekod Dunia Acara Lompat Pagar 100m

Harrison yang gagal melayakkan diri pada aksi Olimpik di Rio selepas sekadar menamatkan ujian Olimpik AS di tempat keenam menamatkan larian dengan catatan masa 12.20 saat.

Keputusan itu membolehkan Harrison memadamkan rekod yang pernah dicatatkan Yordanka Donkova dari Bulgaria pada 1988.

Brianna Rollins (12.57), Kristi Castlin (12.59) dan Ali Nia (12.63) yang akan beraksi di Rio menamatkan larian di belakang Harrison pada Jumaat.

"Gagal ke Olimpik amat menyedihkan dan saya datang ke sini untuk membuktikan kemampuan saya.

"Saya berlatih bersungguh-sungguh untuk saat ini. Selamat maju jaya kepada rakan-rakan lain yang akan bersaing di Rio tetapi saya amat terkejut sekarang," kata Harrison.-mstar

Filled Under: