Gambar Di Sekitar Majlis Berinai Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah


Bakal melangsungkan majlis pernikahan pada hari ini, semalam telah berlangsungnya sebuah majlis berinai yang cukup sederhana tetapi meriah buat pasangan Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos yang telah diadakan di kediaman keluarga Ezzaty di Pahang. Manakala majlis merisik pula telah pun diadakan di kediaman keluarganya pada Mac lalu.


Gambar Di Sekitar Majlis Berinai Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah


Dalam majlis yang diadakan semalam, Ezzaty kelihatan begitu berseri mengenakan busana sari bertemakan hindustan, yang turut digayakan dengan pelbagai aksesori. Manakala sehari sebelum majlis berinai pula, sebuah majlis marhaban turut diadakan dengan kehadiran kumpulan nasyid dan pengantin perempuan yang lengkap memakai persalinan kurung.

Dimaklumkan hari ini bertempat di kediaman keluarga pengantin perempuan akan diadakan majlis pernikahan pada sebelah pagi, diikuti dengan majlis persandingan bagi pasangan pengantin sama cantik sama padan itu. Manakala sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan pada keesokan hari bertempat di Kuala Lumpur buat semua peminat selebriti ini.



Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat pasangan bahagia Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, semoga segala perancangan majlis yang seterusnya akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNya. Apa pun, kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar majlis berinai mereka yang berlangsung semalam.-rotikaya


Filled Under: