Isteri Shah Iskandar Terpalit Skandal


Baru sahaja beberapa hari bergelar suami isteri, kini telah timbul cerita yang kurang enak didengar mengenai Sarah iaitu isteri kepada pelakon Shah Iskandar.


Isteri Shah Iskandar Terpalit Skandal

Menerusi Harian Metro, teman Cik Pang dikenali Datin W mengadu mengenai seorang pengasas produk kecantikan didakwa belum melangsaikan hutang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa peminjam, termasuk dirinya.

Individu itu dipercayai menipu ramai pihak untuk mendapatkan duit bagi memulakan bisnes produk kecantikan dengan pelbagai janji manis.

Datin W mendedahkan nama Sarah turut naik kerana dia antara pengarah urusan syarikat terbabit yang bertanggungjawab menandatangi surat perjanjian berkaitan pinjaman wang sebelum ini.

Pada masa sama, individu itu dikatakan menipu banyak pihak menggunakan gelaran kerabat yang entah dari mana munculnya.

Tambah Datin W lagi, pengasas produk itu didakwa telah direman selama seminggu pada hari pernikahan Shah dan Sarah bagi membantu siasatan mengenai penipuan gelaran diraja yang digunakan.

Katanya, pada hari bahagia Shah dan Sarah, tiada kelibat pengasas kecantikan itu pada gambar kahwin mereka walaupun hakikatnya dia antara insan terpenting dalam keluarga baru Shah Iskandar.


Isteri Shah Iskandar Terpalit Skandal

Lebih kasihan, antara yang kena kencing si pengasas kecantikan itu ialah kawan Shah Iskandar juga dan si pelakon itu tahu mengenai hal terbabit, namun seolah-olah tidak mahu membantu.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh Datin W dan rakan-rakan untuk mendapatkan semula wang mereka namun si penipu itu tebal muka. Malah telah berlaku pergaduhan kecil sehingga menyebabkan seorang mangsa penipuan cedera ketika cuba menuntut duitnya. Dengar cerita, beberapa selebriti popular pun pernah dan hampir kena tipu.

Hurmm baru jer nikah kan dah timbul cerita-cerita macam ni. Memang tak dinafikan makhluk macam ni memang wujud. So hati-hatilah apabila berurusan dengan mereka yang menabur janji manis. Janganlah cepat terjebak kerana manusia seperti ini wujud di mana-mana.-gosipmalaysia

Filled Under: