Orang Ramai Diseru Sertai Perhimpunan 16 September


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyeru orang ramai menyertai perhimpunan besar-besaran Himpunan Rakyat Bersatu yang akan diadakan di ibu negara pada 16 September ini.


Orang Ramai Diseru Sertai Perhimpunan 16 September

Kata beliau, perhimpunan anjuran Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) itu akan mengabungkan orang ramai untuk menunjukkan penyatuan mereka dalam menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar dan songsang.

“Pesaka akan menganjurkan perhimpunan dari pukul 9 pagi. Untuk mengelak kesesakan digalakkan berjalan kaki dari masjid dan LRT ke Padang Merbok di Jalan Parlimen Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, Himpunan Rakyat Bersatu anjuran persatuan-persatuan silat itu bertujuan mempertahankan demokrasi luhur, menolak chauvanis kaum ala DAP dan memupuk sikap kecintaan, hormat serta kesatuan.

Kata beliau, perhimpunan itu juga bertujuan mempertahankan kestabilan negara dan menolak campur tangan warga asing dalam menentukan hal ehwal Malaysia.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP membantah perhimpunan tersebut kerana didakwa bakal mengundang isu perkauman dalam negara.

Ironinya, PKR dan DAP dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi secara melampau termasuk kebebasan mengamalkan gaya hidup gay dan lesbian membuat perhimpunan di ibu negara baru-baru ini.

Perhimpunan yang majoritinya disertai kaum Cina itu turut mengadakan acara memijak-mijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.-mynewshub

Filled Under: