Kurang Ajar, Pengawal Keselamatan Tendang Pengemis


Menjadi viral di laman sosial sejak semalam apabila sebuah video yang memaparkan aksi seorang pengawal keselamatan menyepak seorang wanita warga emas yang dipercayai kurang siuman, tersebar.


Kurang Ajar, Pengawal Keselamatan Tendang Pengemis

Rakaman video berdurasi 1 minit 32 saat itu pada mulanya menunjukkan pengawal keselamatan berkenaan menyoal wanita malang terbabit yang sedang duduk menggemis di hadapan sebuah bank.


Namun, tidak beberapa lama kemudian, lelaki tersebut cuba menghalau mangsa dengan menyepak dan mengacu cota kepada mangsa.

Berdasarkan maklumat daripada netizen, insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah bank di Sandakan, Sabah.

Tindakan pengawal keselamatan berkenaan yang jelas amat melampau menimbulkan kemarahan pengguna media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Shakirnah Osman berkata, “Ini tidak patut, bagaimana seorang wanita boleh diperlakukan demikian. Pihak polis perlu mengambil tindakan ke atas pengawal keselamatan itu.”

Seorang lagi pengguna Facebook, AznIzam AzIz berkata wanita tua terbabit merupakan pengemis yang sering dilihat berada di kawasan berkenaan.

“Dia biasanya memaksa orang ramai memberikannya wang disebabkan masalah mental, berikanlah sedikit walaupun syiling, bukannya menendang macam itu,” kata AznIzam.

Di penghujung video, seorang lelaki dilihat menghampiri wanita itu selepas pengawal keselamatan meninggalkannya dan berbual dengannya sebelum menghulurkan wang.-mynewshub

Filled Under: