Rusia Guna Kuasa Veto Sekat Tribunal MH17


Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghalang dan menyekat tribunal daripada membicarakan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine.


Rusia Guna Kuasa Veto Sekat Tribunal MH17

Laporan siasatan awal yang diketuai pihak penyiasatan Belanda mendapati senjata yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat berkenaan dipercayai milik puak pemisah pro-Rusia.

Keputusan hasil siasatan menyeluruh hanya akan diketahui Oktober ini.

Pemimpin dari Malaysia, Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine sebelum ini telah mendesak Presiden Rusia Vladimir Putin agar tidak menggunakan sebarang kuasa veto untuk menghalang tuntutan tribunal tersebut.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte sebelum ini turut mendesak Putin agar tidak menghalang tuntutan tribunal demi mencari keadilan buat kesemua 298 nyawa yang terkorban dalam tragedi pada 17 Julai tahun lalu.

Rusia yang merupakan lima ahli tetap dalam Majlis Keselamatan bersama Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan China mempunyai kuasa veto untuk menolak resolusi tersebut.-mynewshub

Filled Under: