Che Ta Dedah Gaji Bulanan Sebagai Pelakon


Umum tahu, industri hiburan negara kita tidaklah sebesar mana. Oleh kerana itu, bukan semua yang menceburinya akan berjaya dan memperoleh pendapatan lumayan.


Che Ta Dedah Gaji Bulanan Sebagai Pelakon

Ada yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan ada juga yang sekali borong dapat makan setahun. Ia sudah tentu bergantung kepada populariti mereka.

Namun ianya berbeza dengan pelakon Rozita Che Wan atau dikenali juga dengan panggilan Che Ta. Beliau berpendapat menjadi pelakon boleh menghadiahkan kehidupan yang mewah dan terjamin.

Katanya, sepanjang tujuh tahun berada dalam bidang seni, seseorang itu perlu bijak merancang dengan hasil pendapatan yang diperoleh seperti mana yang dia telah lakukan.

Terbuka untuk berkongsi pendapatannya, Che Ta dengan mudah mampu memperoleh RM60,000 sebulan hanya dengan menjadi pelakon. Itu tak termasuk bayaran menjadi duta produk dan sebagainya.

“Itu hanya berlakon sahaja tanpa ditambah dengan pendapatan yang diperolehi daripada iklan. Jika ditambah, saya tidak akan menafikan bahawa jumlahnya akan menjadi lebih daripada itu. Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang,” luah Rozita penuh jujur dalam program hlive! Apa Kata Malaysia?.

Maka tidak hairanlah peminat seringkali disajikan dengan gambar-gambar Che Ta bercuti ke luar negara dan juga gambar-gambar koleksi beg tangannya yang mencecah ribuan ringgit. Pelakon kelahiran Kedah itu juga mengakui mempunyai keinginan untuk memiliki hartanah di London.

“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki. Bagi mereka yang sentiasa tidak berpuas hati dan hanya mahu bersikap negatif, itu terpulang pada diri masing-masing,” kata pengacara program bual bicara, Primadona itu panjang lebar tanpa selindung.-ammboi

Filled Under: