Black Hanifah Terkejut Disyaki Hidap Sakit Jantung


Penyanyi Black Hanifah dikejutkan dengan berita yang tidak disangka oleh beliau sewaktu menjalani pemeriksaan perubatan beberapa minggu lepas. Menurut Black beliau agak terkejut apabila doktor mengesyaki beliau menghidap sakit jantung selepas mengadu merasa letih dan pening ketika sedang mencari lokasi yang sesuai bagi majlis cukur jambul anaknya.


Black Hanifah Terkejut Disyaki Hidap Sakit Jantung


    Kejadian berlaku tiga minggu lepas sewaktu saya dan isteri sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis cukur jambul anak saya. Ketika naik tangga di Dewan N’dah Mahligai, badan saya tiba-tiba rasa letih dan jantung berdegup laju sangat.

    Saya kemudian rasa pening dan nak muntah sehingga isteri menyuruh saya duduk dan baring dulu. Selepas itu, kami terus pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan dan ketika di sana, doktor melakukan ECG (electrocardiogram) ke atas saya.

    Kemudian apabila mendapat keputusan, doktor beritahu saya disyaki ada penyakit jantung. Menurut doktor, jantung saya ada masalah dan dia bagi surat rujukan ke hospital untuk saya pergi berjumpa dengan doktor pakar. Saya memang terkejut dan tak percaya kerana saya tidak pernah ada masalah jantung lebih-lebih lagi saya seorang yang aktif bersukan.


Black Hanifah Terkejut Disyaki Hidap Sakit Jantung

Khuatir dengan keadaan kesihatan beliau, Black telah ditahan di wad untuk satu malam dan telah menjalani beberapa lagi pemeriksaan lanjut untuk mengetahui status sebenar penyakitnya itu. Walaubagaimanapun, Black merasa syukur taktala doktor mengesahkan jantung beliau tidak mengalami sebarang masalah yang serius dan kini keadaan beliau sudah semakin baik.

Memang terkejut jika sesiapa sahaja dikatakan mempunyai masalah jantung oleh doktor kerana sakit jantung adalah pembunuh no 1 di negara. Banyak perkara yang kita tidak boleh lakukan dan sering akan merasa bimbang dengan keadaan kesihatan. Apa-apa pun syukurlah Black Hanifah tidak mempunyai sebarang masalah yang serius.

Sumber Berita: Tonton Extra

Filled Under: