Najib Jawab Isu GST, Jet Dan Cincin RM24 Juta Rosmah


Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab beberapa persoalan berbangkit yang hangat dikaitkan dengan beliau dewasa ini, termasuk isu GST yang mendapat kritikan ramai serta beberapa tuduhan lain yang dilemparkan mantan perdana menteri Tun Mahathir ke atas beliau dan keluarga.


Najib Jawab Isu GST, Jet Dan Cincin RM24 Juta Rosmah, info, Jet Dan Cincin RM24 Juta Rosmah, Najib Jawab Isu GST,

Semua ini dijawab menerusi pos terbaru di laman web rasm beliau, najibrazak.com.

Berkaitan isu GST Najib berkata, sebagai pemimpin negara beliau cuba melakukan keputusan terbaik walaupun ianya membuatkan keadaan menjadi agak sukar pada mulanya.

Pada masa ini ujar beliau, hanya satu daripada sepuluh rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan individu, justeru asas cukai perlu diperluaskan bagi kebaikan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

Tambahan pula, 23% pendapatan semasa kerajaan yang bersumberkan minyak dan gas, terjejas berikutan kejatuhan harga pasaran minyak dan gas sedunia sekarang. Sekiranya berpegang pada sumber ini semata-mata, maka ia boleh merencatkan usaha memajukan negara.

Tambah Najib, lebih 160 negara sudah mengamalkan GST sebelum ini malah dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia merupakan negara kelapan mempraktikkan cukai jenis ini.

Negara jiran seperti Filipina, Kemboja, Vietnam, Laod dan Indonesia malah mengenakan GST sebanyak 10% berbanding hanya 6% di negara ini, ujar beliau.

Merujuk kepada tuduhan dilemparkan Tun Mahathir kebelakangan ini, Najib menyifatkan kebanyakannya berbentuk fitnah dan berniat jatuh untuk menjatuhkan dirinya semata-mata.

Antaranya kisah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin bernilai RM24 juta yang kembali diselak Tun Mahathir dalam satu ceramah di Ipoh baru-baru ini, jelas satu pembohongan.

“Ini semua pembohongan. Syarikat yang memiliki cincin itu sendiri telah menjelaskan secara terperinci bahawa cincin itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah,” tulis Najib.

Mengulas tentang isu pembelian jet ganti yang digembar-gemburkan Tun bahawa ianya tidak digunakan Yang Di-Pertuan Agong, Najib berkata tuduhan itu nyata tersasar kerana Tuanku merupakan VIP pertama menggunakan khidmat jet tersebut untuk ke Langkawi dan akan terus menggunakannya pada masa akan datang. – MYNEWSHUB

Filled Under: