Lindsay Lohan Berjalan Peluk Terjemahan Al-Quran, Ingin Dalami Islam?


Selama ini Lindsay Lohan dikenali sebagai pelakon bermasalah. Dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, kerjayanya bermula sebagai seorang pelakon kanak-kanak yang terkenal sebelum masalah keluarga menyebabkan Lindsay berubah menjadi gadis liar.


Lindsay Lohan Berjalan Peluk Terjemahan Al-Quran, Ingin Dalami Islam?, hiburan sensasi, gosip, kontroversi, Lindsay Lohan

Gemar berparti dan terbabit penyalahgunaan dadah, populariti pelakon ini mula merudum dan dia kini jarang tampil dengan produk baru. Ini agak menyedihkan buat seorang pelakon berbakat yang dilihat sangat berpotensi di awal kariernya.


Lindsay Lohan Berjalan Peluk Terjemahan Al-Quran, Ingin Dalami Islam?, hiburan sensasi, gosip, kontroversi, Lindsay Lohan

Bagaimanapun, kecoh seketika apabila Lindsay difotokan membawa satu buku terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris ketika keluar di Brooklyn, New York semalam.
Lindsay Lohan Berjalan Peluk Terjemahan Al-Quran, Ingin Dalami Islam?, hiburan sensasi, gosip, kontroversi, Lindsay Lohan

Pelakon itu juga awal tahun ini telah memuat naik satu doa di Instagram meminta agar Allah meningkatkan pengetahuannya dan memberinya pengetahuan yang berfaedah. Dia bagaimanapun memadam gambar itu dari akaun Instagramnya selepas itu.
Jika benar Lindsay sedang mendalami Islam, kita berharap agar dia menemui apa yang dicarinya. Semoga beliau terus istiqamah mempelajari Islam melalui Al-Quran, harapnya dengan seorang guru.

Doakan yang terbaik buat Lindsay Lohan. - beautifulnara

Filled Under: