Kes Curi Kereta: Kononnya Tersilap Kereta!


Kelmarin, orang ramai telah berjaya menangkap seorang lelaki yang cuba mencuri sebuah kereta di Dataran Tasek Kluang.


Kes Curi Kereta: Kononnya Tersilap Kereta! , info, terkini, berita, curi kereta

Kejadian berlaku apabila seorang pesara kerajaan yabg berusia awal 60-an hendak berjoging dalam sekitar jam 9 pagi di tempat letak kenderaan di taman rekreasi itu.

Munurut sumber,  sebelum memecah masuk kereta mangsa dan menanggalkan kunci stereng, suspek dikatakan kelihatan berdekatan dengan kereta tersebut.


Tindakan yang mencurigakan itu disedari beberapa orang awam dan diperhatikan. Suspek dilihatkan berlegar-legar berdekatan kereta tersebut di tempat letak kereta.

Suspek juga dikatakan berlegar-legar bersama set walkie-talkie di kawasan sekitar and tiba-tiba hilang tak dapat dikesan. Ini menyebabkan orang ramai terus melakukan pemeriksaan.

Kes Curi Kereta: Kononnya Tersilap Kereta! , info, terkini, berita, curi kereta

Orang ramai terus melakukan pemeriksaan dari satu kereta ke satu kereta sehingga menjumpai suspek yang berada di dalam sebuah kereta Proton Wira yang sedang asyik mencuba membuka kunci stereng tersebut. Selepas suspek sedar akan kehadiran awam, suspek terkejut dan cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya apabile telah dikepung orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Suspek dikatakan memberi alasan yang tidak masuk akal yang mengatakan dia tersilap masuk kereta selepas bersiar-siar bersama keluarga. Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Kluang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Mohd Noor Mohamad mengatakan suspek berjaya ditangkap hasil daripada kerjasama orang ramai.

Beliau juga memaklumkan yang polis sedang menyiasat latar belakang suspek yang mungkin mempunyai rekod jenayah yang boleh dikaitkan dengan bebrapa kes kecurian di sekitar Kluang atau sebaliknya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.




Artikel Terdahulu : Video Bukti Ahli Familia Myvi Club Terlibat Dalam Perlumbaan
Sumber : oomedianetworkdot

Filled Under: