Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei Tahun Depan


Penyanyi Hafiz Suip yang cukup popular menerusi lagu Matahari kini mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya Nureffy Jasreel yang berusia 22 tahun pada 14 Mei tahun depan bersempena tarikh lahir tunangnya sendiri. Fuh! akhirnya bakal berkahwin selepas ‘Hafiz Suip Akui Dugaan Bertunang Lebih Besar‘. Sebelum ini Hafiz Suip melangsungkan majlis pertunangan bersama Nureffy Jasreel , yang diadakan di Kuching. Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Black dan juga Aril (AF7).


Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei Tahun Depan, info, terkini, hiburan, sensasi


Hafiz Suip dan Nureffy Jasreel mengikat tali pertunangan pada 27 Februari 2015 lalu

Menurut Hafiz Suip :
    “Sebelum ini kami bertunang pada ulang tahun kelahiran saya (27 Februari) dan untuk bernikah, tarikh lahir dia pula dipilih


Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei Tahun Depan, info, terkini, hiburan, sensasi

Sehingga kini Hafiz Suip masih belum membuat persiapan tentang perkahwinannya yang bakal berlangsung kerana tunangnya Nureffy kini perlu fokus terhadap pengajiannya dalam jurusan perakaunan.


Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei Tahun Depan, info, terkini, hiburan, sensasi

Semoga hubungan mereka mampu bertahan memandangkan dugaan sepanjang bertunang terlalu besar. Banyakkan bersabar apabila ditimpa masalah, jangan di ikutkan emosi sangat. - gosipmalaysia

Filled Under: