Watak Ainin Julang Nama Dayana


Terdahulu Dayana pernah berada dalam keadaan paling buruk apabila tidak menerima sebarang tawaran berlakon hampir enam bulan. Namanya juga tidak sepopular artis-artis lain.


Watak Ainin Julang Nama Dayana, info, terkini, hiburan, sensasi, Dayana, pelakon

Namun kini Dayana bangkit kembali. Lakonan mantap watak Ainin Sofia yang dibawa menerusi drama “Asam Pedas Untuk Dia” telah menjulang nama Dayana Roza, 23, hingga mula jadi sebutan.

Dayana yang mula terbabit dalam dunia seni apabila menyertai program Anak Wayang musim ketiga pada 2009 ketika usia 18 tahun memberitahu bahawa dia langsung tiada asas lakonan.

Dayana juga pada awalnya tidak berminat dalam bidang seni sebaliknya mahu menjadi pramugari selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun, impiannya itu tidak direstui ibunya.

Menang tempat ketiga dalam Anak Wayang, Dayana menyertai pertandingan itu atas permintaan ibunya. Malah, ibunya pernah menyuruh Dayana menyertai uji bakat Pilih Kasih. Selepas tamat Anak Wayang, enam bulan Dayana terkapai-kapai mencari hala tuju.

Watak Ainin Julang Nama Dayana, info, terkini, hiburan, sensasi, Dayana, pelakon

Dia tebalkan muka berjumpa kenalan yang bekerja dengan produksi untuk bertanya mengenai watak sampingan. Hasratnya bukan untuk mengejar populariti tapi sekadar dirinya dikenali sebagai pelakon.

Rezekinya mula terbuka apabila berjaya membintangi filem Apokalips X, Zombi Kilang Biskut dan Hello. Dia juga diberi kepercayaan memegang watak utama dalam beberapa drama.

Kehadirannya mula dirasai apabila berlakon dalam rantaian Melarik Awan dan kemuncaknya Asam Pedas Untuk Dia yang tamat, baru-baru ini. Ibunya bukan saja bangga dengan kejayaannya dalam drama itu, malah terkejut melihatnya boleh menunggang motosikal dengan baik dalam drama itu.

Dayana kini menjalin cinta dengan pemain bola sepak kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Muslim Ahmad namun setakat ini belum membuat perancangan untuk berkahwin.


Sumber : gosipmalaysia

Filled Under: