Kotak Hitam Kedua Pesawat Germanwings Ditemui


Kotak hitam kedua milik pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis ditemui pada hari kesembilan hari operasi pencarian.


Kotak Hitam Kedua Pesawat Germanwings Ditemui, info, terkini, berita, nahas pesawat germanwings, kotak hitam germanwings

Pasukan penyelamat menjumpai kotak hitam kedua dari pesawat Airbus A320 pada Khamis selepas yang pertama ditemui pada hari nahas.

Data teknikal, yang memberi maklumat penting saat-saat akhir penerbangan, direkodkan pada kotak hitam yang kedua.

Pegawai berharap pemeriksaan ke atas kotak itu dapat memberi lebih banyak petunjuk mengenai apa yang sebenarnya yang berlaku pada 24 Mac lalu.

Pesawat itu hilang dari radar pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) ketika dalam penerbangan dari bandar Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman.

Pesawat itu terhempas di Alps Perancis kira-kira 52 minit selepas berlepas.

Semua 150 penumpang termasuk anak kapal terbunuh dalam insiden itu.


Sumber : mstar online

Filled Under: