Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa


Ini bukan sebarangan tajuk yang hanya gimik semata-mata, tetapi inilah hakikat yang telah terjadi pada sebuah band berkonsepkan busking/rock yang berasal dari utara tanahair yang hanya bermain di jemputan majlis kenduri perkahwinan dan fakta yang perlu anda tahu, studio latihan mereka hanyalah di dalam pondok yang di bina sendiri di hujung kampung, faham-faham saja la hujung kampung tu, mesti bersemak sedikit kan.


Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Kelembai Band

Kini secara eksklusif, Bingit membongkar rahsia Kelembai Band yang tidak pernah di ketahui umum atau mana-mana media sempena persembahan mereka di pentas Bingit International Bike Festival 2015 Kota Tinggi pada Mei ini.

Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Kelembai Band


Sejarah Awal Kelembai Band

Kelembai Band yang bertapak di utara tanahair di tubuhkan seawal Februari 2013 bergenrekan rock musical comedy seperti yang kita lihat sekarang.

Di anggotai oleh empat orang anak muda yang berasal dari utara tanahair iaitu Kadok selaku vokalist, Buang selaku guitarist juga ketua kumpulan, Raof a.k.a Abang Baldi selaku drummer dan Baharom selaku bassist. Menurut saudara Buang, nama dan imej Kelembai Band ketika ini hanyalah di gunakan untuk persembahan mainstream dan antara nama terawal di gunakan kumpulan ini adalah *******kers (nama sebenar Kelembai Band kami rahsiakan) berkonsepkan busking/rock yang banyak menerima dan masih lagi membuat persembahan undangan di majlis keraian.

Ini bermakna Kelembai Band mempunyai dua imej identiti di dua pentas berlainan, mungkin ada antara pembaca artikal dari utara tanahair pernah melihat aksi kumpulan ini di majlis kenduri baru-baru ini, siapa tahu kan?

Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Kelembai Band


Simbolik Dari Nama Kelembai Band

Mungkin tidak ramai yang tahu dan menyangka nama Kelembai Band bukanlah nama tangkap muat atau sekadar suka-suka di guna pakai.

Menurut ketua kumpulan Kelembai Band iaitu saudara Buang, nama Kelembai cukup simbolik bagi mengambarkan watak kumpulan itu sendiri. Ilham untuk nama kumpulan ini bermula apabila Buang yang sangat meminati penyanyi dan komposer terkenal tanahair iaitu M Nasir sangat tertarik dengan nama studio milik komposer itu iaitu Luncai Emas yang pada fikirannya nama itu pasti simbolik mengambarkan imej dan maksud sifat pemilik studio itu sama seperti watak dari riwayat penglipur lara iaitu Si Luncai.

Penemuan Nama Kelembai Band Hasil Dari Kajian Profesor?

Buang yang juga merupakan peminat dari riwayat penglipur lara akhirnya telah menemui satu kajian dari seorang Profesor tempatan yang mengkaji sejarah Sang Kelembai yang pada hemat Buang, sifat watak dan asal usul Sang Kelembai yang di rungkai oleh Profesor itu sama seperti anggota Kelembai Band tika ini. Menurut Buang, antara persamaan asal usul dan sifat anggota Kelembai Band dengan sejarah Sang Kelembai itu ialah kedua-duanya berasal dari sebuah kampung di utara tanahair dan kemudianya keluar untuk menetap di sebuah hujung penempatan di sebuah kampung lain.

Unik mengenai persamaan sifat anggota Kelembai Band dengan Sang Kelembai hasil dari kajian Profesor itu, sifat Sang Kelembai lebih suka menyendiri dalam rumah di kampung sama seperti anggota Kelembai Band yang juga lebih suka menghabiskan masa dan membuat hal sendiri di pondok hujung kampung tempat mereka menjalankan latihan muzik. Tetapi apabila keluar ke kampung pasti akan berlaku onar dan perkara di buat Sang Kelembai yang menarik perhatian orang kampung. Inilah persamaan sifat Sang Kelembai dan anggota Kelembai Band itu sendiri, apabila keluar membuat persembahan di mana-mana majlis undangan bukanlah onar atau kacau bilau yang di buat band ini menarik perhatian seperti yang di lakukan Sang Kelembai, tetapi muzik dan persembahan yang di tampilkan Kelembai Band inilah yang menjadi tumpuan dan mendapat sambutan tiap kali dan di mana saja Kelembai Band beraksi secara live di utara tanahair.

Kerana persamaan inilah akhirnya Buang mengabadikan nama Kelembai pada kumpulan yang kini di kenali sebagai Kelembai Band ketika ini. Sememangnya simbolik dan benar-benar onar di media sosial ketika ini.

Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Kelembai Band

Kisah Sebenar Video Parody Basikal Tua Yang Menjadi Hits

Pasti ramai yang tidak tahu di sebalik video parody pertama Kelembai Band yang bertajuk Basikal Tua itu sebenarnya bukanlah di rancang dan di arahkan, segalanya berlaku spontan dan bersahaja. Menurut Buang permulaan video parody sebelum di rakam, mereka terpaksa menjalankan latihan di bawah pokok manggis di sebelah pondok tempat biasa mereka jalankan latihan muzik kerana pondok itu sedang di ubahsuai akibat kerosakkan di makan anai-anai, memang melucukan tetapi inilah yang terjadi sebenarnya.

Seorang rakan dari anggota Kelembai Band spontan mengatakan dia mahu mencuba merakam latihan muzik Kelembai Band dari kamera yang baru di belinya, tanpa berfikir panjang dan setuju dengan cadangan itu, tanpa merancang dan di rancang bagaimana gaya persembahan video itu, Kelembai Band terus beraksi memainkan lagu Basikal Tua dan bergaya spontan mengunakan peralatan seperti kereta sorong, penyapu, baldi, topi keledar dan mask yang gunakan Buang untuk meracun anai-anai dan membaiki pondok mereka sebagai props video itu. Ya segalanya bermula secara spontan dan bersahaja dan bukan gimik yang di rancang…

Dan segala apa yang terjadi selepas itu adalah keajaiban, siapa sangka dari rakaman video parody pertama bertajuk Basikal Tua yang di rakam di bawah pokok manggis tepi pondok hujung kampung yang bersemak inilah menjadikan mereka viral di media sosial Malaysia, bayangkan follower mereka di kelembaistudiosazofficial FB dari permulaan 14 like semasa video parody itu di muatnaik, kini pengikut mereka mencecah 31081 like dalam masa hanya empat bulan tanpa mereka membuat apa pun sebarang promosi!

Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Kelembai Band

Penampilan Khas Kelembai Band Di Pentas Bingit Int Bike Festival

Sambutan hebat yang di terima Kelembai Band ketika ini adalah datang dari seni yang jujur, ikhlas dan bakat yang di tampilkan dengan niat untuk menghiburkan bukan semata-mata keuntungan…. Dari utara ke selatan, dari pondok ke pentas antarabangsa, kami bawakan khas Kelembai Band yang bakal beraksi secara live menampilkan 5 lagu cover version yang hits di FB, dan yang istimewa mereka akal mempersembahkan lagu cover version dan lagu ciptaan sendiri yang masih belum di muat naik dan di pertontonkan di mana-mana media termasuk di FanPage mereka sendiri. Kepada peminat Kelembai Band di selatan tanah air, jangan lepaskan peluang sesi bersama mereka. Segalanya eksklusif Kelembai Band bawakan hanya di Bingit International Bike Festival 2015 Kota Tinggi Pada Mei ini.


Sumber : bingit

Filled Under: