Fadlan Hazim Nafi Aibkan Pengurusan MIG Production


Pelakon muda Fadlan Hazim 23, sekeras-kerasnya menafikan keputusannya untuk keluar daripada pengurusan MIG Production Sdn Bhd adalah niat untuk mengaibkan syarikat itu.


Fadlan Hazim Nafi Aibkan Pengurusan MIG Production, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi

Malah dia menganggap cerita sebegini ini tidak wajar diperbesarkan kerana dia amat bersyukur telah diberi peluang dalam syarikat tersebut untuk melebarkan sayap lakonan.

“Sekali lagi saya tegaskan, tiada niat untuk mengaibkan atau memalukan MIG, saya keluar atas kehendak saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Saya berkeputusan untuk keluar daripada pengurusan tersebut kerana mahu mencari pengalaman yang lebih mendalam memandangkan lakonan saya ini belum lagi ditahap yang memuaskan,” kata Fadlan.

Ketika ditanya adakah rundingan masih dibuat agar dia tidak berubah fikiran lantas dengan senyuman manisnya menjawab perundingan masih diteruskan namun dia kekal dengan keputusan untuk bergerak solo.

“Buat masa sekarang memang saya selesa untuk bergerak solo, walaupun ada tawaran daripada syarikat pengurusan artis yang lain, saya belum bersedia untuk mengikat dengan mana-mana kontrak.

“Banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan demi memantapkan lagi ilmu lakonan saya termasuk berguru dengan pelakon otai iaitu Namron untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi bakat saya ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fadlan baru sahaja selesai penggambaran untuk drama terbaru iaitu ‘Dunia Generasi Baru’ yang kini sedang disiarkan di #TV9, setiap hari Khamis jam 8.30 malam.

Antara pelakon-pelakon lain yang membintangi drama tersebut ialah Kaka Azraf, Erwin Dawson, Natasha Elyzza, Zahiran Macwilson dan Ben Amir.


Sumber : murai

Filled Under: