Dalam Diam-Diam Indah Ruhaila, Ewal AF Menyulam Cinta


Dalam diam-diam penyanyi kelahiran akademi Fantasia, Ewal dan Indah Ruhaila dilaporkan telah menjalin hubungan cinta secara rahsia sejak penghujung Mac lalu.


Dalam Diam-Diam Indah Ruhaila, Ewal AF Menyulam Cinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Indah Ruhaila Hussein, 25, berkata agak sukar baginya untuk menyelami perasaan Ewal kerana perbezaan yang dimiliki mereka.

Kepada pembaca Astro Gempak, jangan cepat berspekulasi ya…Sebenarnya Indah dan Ewal  menyelami perasaan masing-masing menerusi lagu duet terbaru mereka yang berjudul, Cerita Cinta Kita.

Lagu terbaru ciptaan Edry Abdul Halim ini merupakan lagu tema bagi program realiti terbaru terbitan Astro, Pelamin Fantasia.

Ewal seorang penyanyi yang sangat bagus, dan sepanjang tempoh rakaman lagu Cerita Cinta Kita, saya senang bekerjasama dengan dia.

“Cuma susahnya bila Indah kena ‘masuk’ ke dalam feel Ewal…Indah kena pastikan feel kami sama, tak boleh over. Saya rasa ini satu pengalaman yang belum pernah saya dapat sebelum ini.

“Yang lucunya dalam studio Ewal bayangkan Bunga Citra Lestari, saya pula bayangkan seseorang yang istimewa di hati,” katanya ketawa.




Tambah Indah lagi, dia menerima tawaran daripada Astro untuk menyanyikan lagu tema Pelamin Fantasia itu kerana jatuh cinta dengan keunikan dan keindahan liriknya.

“Saya suka lagu tu sebab dia berbunga-bunga dan sedap didengar. Saya terus beritahu pengurus saya yang saya mahu nyanyikan lagu tersebut.

“Jujur saya katakan, saya tak sabar menantikan hasilnya,” kata Indah.

Pelamin Fantasia Pelamin Fantasia merupakan sebuah program realiti pertama di Malaysia melibatkan 10 pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga bagi merealisasikan sebuah perkahwinan idaman.

Program ini disiarkan sebanyak 20 buah episod selama 10 minggu bermula 4 April lepas dan bersiaran pada setiap Sabtu dan Ahad pukul  9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Maya Hd (135).

Pasangan pengantin yang bergelar juara bakal menerima tajaan pakej perkahwinan bernilai RM100,000


Sumber : astrogempak

Filled Under: