Apa Status Terkini Fazura & Piolo Pascual, Dicadang Bercinta?


Dipertemukan buat pertama kalinya di ASEAN International Film Festival and Awards (AIFFA) 2015 baru-baru ini, dengar salah seorang delegasi dari Malaysia khabarnya diintai aktor pujaan ramai dari Filipina, Piolo Pascual.


Apa Status Terkini Fazura & Piolo Pascual,info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fazura,

Bagi yang menonton pasti perasan insiden Piolo tersalah menyebut nama teman penyampainya, Nur Fazura menjadi Faruza, rasa momen tersebut sangat terkesan dek kerana sifat menawan dan budiman Piolo kerana cuba memperbetulkan keadaan, jealous I tau!

Ingatkan cerita mereka berdua habis sebaik sahaja acara anugerah itu melabuhkan tirai, rupa-rupanya tidak. Dek kerana cerita tentang mereka sebelum ini sudah keluar, Murai Batu pun sengajalah aktifkan mode siasatan nak tengok betul ke tidak.

Apa kata hati ku? Haaa agak-agaklah yang gandingan mereka berdua ini sangat serasi bersama dan mendapat reaksi positif peminat, macam tu. Tak lebih, tak kurang, saling melengkapilah bak kata orang,(siapa yang bercinta sekarang,lari!)

Rupa-rupanya para tukang komen dan golongan bijak pandai di Instagram pun melontarkan hujah yang sama. Belek di carian, gosip ini turut mendapat perhatian beberapa portal hiburan dari negera jiran kita itu juga sejak AIFFA 2015.

Tetapi rasanya selain daripada wajah dimiliki Faz ada iras jelitawan daripada Filipina, sudah tentunya pelakon Gol & Gincu itu dikenali menerusi Facing Up To Fazura yang juga ditayangkan di negara itu.


Apa Status Terkini Fazura & Piolo Pascual,info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fazura,

Selain daripada Piolo, Faz juga dilihat meluangkan masa dengan ‘keluarga besar’ saluran E! News Asia yang terdiri daripada bintang realiti Filipina, Raymond dan Richard Gutierrez serta Sarah Lahbati dari siri televisyen It Takes Gutz to be a Gutierrez.

Berbalik kepada cerita Piolo dan si cantik dari Malaysia yang seorang ini, agak-agak gandingan mereka ini menjadi tak? Kalau menjadi beruntunglah badan kan, sama cantik dah tentunya padan bukan?

Tetapi adakah Faz bersedia untuk menempuh kembali zaman bercinta seperti dulu? Adakah Piolo akan mengikut jejak langkah seperti Jericho Rosales mencipta nama disini? Atau Faz ingin mencontohi Carmen Soo mencuba nasib disana?

Tak mustahil okay sebab dah usha yang Piolo ini pun single ha walaupun dah ada anak bujang umur 18 tahun. Kisah ke? Kalau tampan macam si Piolo tu, anak lapan pun ok je. Ciao bella!

Sumber : murai

Filled Under: