Yatt Hamzah Mohon Sebulan Bincang Masalah Rumah Tangga


Pelakon Yatt Hamzah memohon kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis untuk menangguhkan sebutan kes tuntutan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pada awal Februari lalu.
Yatt Hamzah Mohon Sebulan Bincang Masalah Rumah Tangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kes cerai artis,

Yatt menerusi peguam syarie, Nuraini Fauzi membuat permohonan itu selepas menyatakan ingin menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi mereka secara baik dan meminta tempoh sebulan untuk berbincang.

Nuraini ketika memberitahu mahkamah, pasangan itu yakin menerusi perbincangan secara mendalam ia dapat membuka ruang dalam menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu.

Kes disebut dihadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.


Yatt Hamzah Mohon Sebulan Bincang Masalah Rumah Tangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kes cerai artis,

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 35, selaku plantif bagaimanapun tidak hadir pada prosiding itu.
Dalam pada itu, Abdul Mutalib selaku defendan juga turut bersetuju dengan permohonan tersebut.

Abdul Mutalib, 35, diwakili peguam syarie, Rafizal Ahamadin.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 20 April depan.

Sementara itu, Abdul Mutalib ketika ditemui diluar mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaharu kes berkenaan.

Sumber : mstar
 

Filled Under: