Tengkorak, tulang manusia berselerak


Dua tengkorak dan tulang manusia ditemui berselerak di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Bukit Tok Alang, di sini, 2 petang tadi.


Tengkorak, tulang manusia berselerak, info, terkini, berita,

Rangka berkenaan ditemui beberapa pekerja kira-kira 70 meter dari jalan utama sebelum memaklumkan kepada polis.

Sumber berkata, tulang berkenaan berselerak dipercayai diganggu binatang liar dan turut ditemui cebisan kain pelikat digunakan untuk membungkus mayat selain daun kelapa sawit kering untuk menutupnya.

"Siasatan awal mendapati dua mayat dibuang di ladang kelapa sawit itu antara dua hingga tiga bulan lalu kerana hanya tinggal rangka dan tulang sahaja.

"Tengkorak dan tulang berkenaan dipercayai milik warga asing kerana kecenderungan mereka membuang mayat rakan ke dalam hutan berikutan tidak mahu berurusan dengan pihak berkuasa sekiranya ada kematian memandangkan sebahagian besar tidak memiliki dokumen perjalanan sah," katanya.
 
Sumber : hmetro

Filled Under: