Sherry Alhadad Minta Tips Bekas Pengacara ABPBH


Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad dipilih untuk menggalas tugas sebagai pengacara untuk malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) buat julung kalinya. Bakal bergandingan dengan AG Hot FM dan Amy Mastura, Sherry bersyukur kerana terpilih sebagai pengacara majlis anugerah berskala besar itu.


Sherry Alhadad Minta Tips Bekas Pengacara ABPBH, info, terkini, hiburan, sensasi, sherry alhadad

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dipilih untuk mengendalikan majlis anugerah ini. Saya masih lagi tidak percaya yang nama saya telah tersenarai untuk mengacara ABPBH dan bergandingan dengan nama besar seperti AG dan Amy Mastura,” ujar Sherry.

Sebagai persiapan untuk mengacarakan malam berprestij itu, Sherry bakal ‘berguru’ dengan selebriti yang pernah mengacarakan ABPBH sebelum ini.

“Untuk persediaan saya dalam mengacara ABPBH nanti, saya akan ‘berguru’ dengan mereka yang pernah menjadi pengacara ABPBH, sebagai contoh Fara Fauzana dan Sharifah Shahira. Jika saya berjumpa mereka di acara-acara hiburan selepas ini, pastinya saya akan bertanyakan pendapat dan tips dalam mengendalikan acara besar seperti itu,” kata Sherry.

Dalam pada itu, Sherry juga meluahkan rasa gementarnya kerana ini bakal menjadi penampilan sulungnya untuk mengacara sesebuah rancangan tanpa kehadiran pasangan serasinya, Zulin Aziz.

“Rasa takut juga kerana ini merupakan penampilan pertama saya dengan ketiadaan Zulin di sisi. Sebelum ini saya memang sering mengacara bersama Zulin, seperti contoh untuk program Melodi dan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur tahun lalu. Namun begitu, saya akan berusaha sehabis daya untuk memberikan yang terbaik dalam ABPBH 2014 nanti,” kata Sherry mengakhiri perbualan.


Sumber : murai

Filled Under: