Sharnaaz Ahmad Lebih Selesa Berkawan Kru Produksi


Terkenal dengan sikap berterus-terang dan cukup tegas dengan pendiriannya, Sharnaaz Ahmad mengakui bahawa dia mempunyai sebab sendiri mengapa dia lebih selesa bergaul dengan kru produksi ketika menjalani penggambaran daripada barisan artis seangkatannya.


Sharnaaz Ahmad Lebih Selesa Berkawan Kru Produksi, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, sharnaaz ahmad

“Ada segelintir artis yang saya temui sikapnya suka bermuka-muka. Depan kita mulut manis sopan santun, belakang macam-macam cerita yang mereka kata mengenai saya. Sudah banyak kali saya terkena dan mengalami keadaan seperti itu”

“Sebab itu saya lebih selesa bergaul dengan kru produksi yang tidak bermuka-muka. Mereka lebih telus dan berterus-terang,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada sesi tayangan episod akhir drama bersiri Suamiku Encik Sotong di Kota Damansara.

Malah oleh kerana perangainya itu juga, ada pihak yang mendakwa Sharnaaz bersikap seperti diva ketika berada di lokasi penggambaran.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya gelaran diva itu kepada saya. Tertanya-tanya juga apa yang saya buat sehingga dilabelkan seperti itu dan saya mahu tahu juga siapa yang membawa mulut. Saya tak terkejut dengan dakwaan itu,” katanya sambil menjelaskan bahawa hubungannya bersama Anis Al Idrus berjalan baik dan lancar sekaligus menafikan khabar angin yang mengatakan hubungan mereka dilanda masalah.

Sumber : rotikaya

Filled Under: