Remaja Boleh Pusingkan Kepala 180 Darjah


Seorang pelajar sekolah diberi gelaran ‘budak getah’ kerana kemampuannya melentur badan pada tahap luar biasa seperti membengkokkan kakinya sehingga 180 darjah ke belakang.


Remaja Boleh Pusingkan Kepala 180 Darjah, info, terkini, berita, pelik

Pelajar tersebut, Jaspreet Singh Kalra, 15, yang tinggal di negeri Punjab, India itu paling dikenali dengan aksi membengkokkan kaki ke belakang sehinggakan tapak kaki remaja berkenaan boleh diletakkan di atas bahunya.

Dia juga boleh memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang seperti watak dilakonkan Meryl Streep dalam filem komedi Death Becomes Her.

Gambar-gambar menakjubkan remaja ini menunjukkan dia mampu membengkokkan badan ke belakang, meletakkan kepala di pahanya di samping memusing badannya sehinggakan muka dan kakinya menghadap arah yang bertentangan.

Kalra mendedahkan dia tidak berasa sakit ketika melakukan aksi-aksi tersebut dan merancang untuk mengatasi idolanya, Daniel Browning Smith.

Smith merupakan ahli melentur badan dari Amerika Syarikat yang kini memegang rekod sebagai lelaki paling fleksibel di dunia. – Agensi


Sumber : mynewshub

Filled Under: